Satu pujian ikhlas buat Feroz Kader, pengarah drama Lari Mira menerusi slot Lestary TV3, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam.Pada ana satu kisah yang sangat menarik untuk di tonton oleh setiap lapisan masyarakat.Padat dengan pengajaran, keinsafan yang digarapkan secara dramatik di dalam setiap watak.Betapa beruntungnya kita tinggal di tanahair Malaysia dan betapa indahnya dan sederhananya masyarakat Acheh menjalani kehidupan harian mereka.
Dipertengahan kisah kita dapat melihat betapa rasa penyesalan didalam setiap watak di mainkan menjadi satu keinsafan setelah alpa dalam kehidupan yang serba mewah, nilai murni yang di sampaikan begitu terkesan pada penilaian ana.Mira yang menyesal akan setiap perilakunya pada mamanya, Yusuf yang insaf dengan kebesaran Tuhan, Hadi yang tabah dalam kehidupannya dan sikap tamak dan kekejaman manusia yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.Banyak mesej yang dapat di ambil dari drama siri Lari Mira ni.Dan ana akan menunggu hingga ke episod akhir nanti, In Shaa Allah.

Nina Iskandar Pelakon Utama Lari Mira
Di dalam drama siri ini, watak utama sebagai Mira digalas oleh Nina Iskandar, pelakon yang berasal dari Brunei Darussalam.Sebelum ini ana pernah mendengar Nina berlakun didalam beberapa buah drama tempatan namun ketika terjebaknya mengikuti siri Lari Mira, ana semakin meminati lakonannya yang ana anggap sangat berjaya dan terkesan di hati. Di awal cerita kita rasa sangat geram dengan karektornya, kemudian simpati apabila Mira hampir menjadi mangsa ketamakkan manusia durjana dan kini terasa sama penat dan lelah dengannya menyusuri jalan bersama Hadi ke Banda Acheh mencari mamanya.Tahniah buat Nina Iskandar.Jom kita kenali Nina Iskandar sebagai Mira di dalam Lari Mira.
 |
Ketika Mira cuba dijual oleh sendikit pemerdagangan manusia |
 |
Mira meneruskan perjalanannya ke Banda Acheh bersama Hadi |
 |
Kenali Nina Iskandar di Instagramnya |
 |
Nina membalas komen di IG anajingga |
 |
Malah di IG Nina juga rajin membalas komen-komen peminatnya dan bercerita disebalik pengambaran drama Lari Mira di Acheh |
 |
Inilah dia wajah jelita Nina Iskandar |
Ana pernah terbitkan entri sinopsis drama Lari Mira di
SINI .Kredit foto: Instagram Nina Iskandar .
14 Comments
lari ke sini pulak...pinjam shampoo.... dove ni wangi ek??
ReplyDeletesila lah sedutzone..wow nama hebat :)
Deletefollow jugak...
ReplyDeleteterima kasih sz :)
Deletesempat tengok drama ni satu episod lepas tu dah tak ikut pun kak ana...tak ingat bila waktu, pastu kena paksa main dengan cik puteri lagi...hahah
ReplyDeletehaha ok tak pe arz, cik puteri di dahulukan, sian dia tau :)
Deletehaha boleh pulak macam tu DR hihi :)
ReplyDeleteCntiknya dia..
ReplyDeletecantik kan ummul :)
Deletecerita dia best..tapi bersiri. adehh susah nak follow... Ciann mummy tau.. :(
ReplyDeletealolo ciannya mummy, boleh sambung kat tonton mummy no worries kay :)
DeleteMenarik sinopsis nya.. sha ada tertengok sekejap aritu.. Pergh!! mendebarkan jiwa.. pastu dah x tertengok.. hehehe..
ReplyDeletekak ana tak pernah missed lagi Sha, memang sedap sangat jalan ceritanya :)
DeleteHabis dah citer ni... huhuhu... sgt touching...
ReplyDeleteMmg tgu pacak dpn tv... since tahu citer ni on 6thOkt...
Sempat lah layan 6episod...
Walaupun bnyk je bnda x ter jawab.
But since its happen base on true story.. .
Huhu... but eager sgt nk tau apa "kisah benar" tu yg sebenar-benarnya....
Owh nina ni lbh cantik bila dia bertudung sebenarnya...