Nostalgia Telefon Awam


Jom kita bernostalgia lagi, kali ini ana bercerita kisah telefon awam.Ketika ana di usia remaja dahulu memang telefon awam ni sebati dengan kisah percintaan masa silam.Ini kerana tak banyak rumah yang mempunyai talian telefon tetap. Untuk menghubungi seseorang terpaksalah menggunakan telefon awam.Dan cabarannya, kena menapak ke pondok telefon yang jauh lebih kurang 1km dari rumah kami tu.Hebatkan... demi cinta ku gagahi menapak ke sana untuk menghubungi insan tersayang, namun akhirnya cintaku hanyut di lautan sepi bak kata Ramlah Ram. okaylah saja intro je tu, bukan nak kongsi kisah cinta pun, kita kongsi nostalgia telefon awam lagi best kan.


kredit foto: facebook.com


Inilah antara jenis-jenis telefon awam yang pernah ana gunakan suatu masa dahulu.Generasi Y masa kini ada yang  pernah lihat namun tak pernah pun menggunakannya lagi.Ini kerana masing-masing mempunyai telefon canggih sendiri. Kami dahalu ini lah antara alat komunikasi yang paling mudah untuk di gunakan.Pastikan ada duit syiling yang cukup, kalau tak talian akan terputus dengan sendirinya.Tak mahal pun, habis kuat dalam seringgit dan boleh berbual dekat setengah jam.Sekitar 1990-an dahulu kadar cajnya 4 minit untuk sepuluh sen, jika tak silap.Cuma masalahnya kalau ada yang beratur kat belakang tu, kenalah pendekkan perbualan kan.

Dan cabaran untuk menggunakan telefon awam ni pertamanya penat dah jalan kaki ke pondok telefon, sampai sana....telefon rosak.Balik lah menapak semula dengan perasaan hamba, nak hilangkan penat, singgah kedai beli lah aiskrim Malaysia, sedut sambil jalan balik ke rumah.

Keduanya, sampai ke pondok telefon, ada pula mamat duk bergayut atas motor.Agak-agaklah kan, macam dia punya sorang je telefon awam tu...sabar menunggu hingga ke dialog penutup yang akhir.Macam-macam kan kenangan yang ana lalui ketika di alam remaja yang penuh keindahan dan kini menjadi catatan nostalgia silam yang ana abadikan di sini sebagai kenang-kenangan.

Bila rumah sendiri dah masuk talian telefon, telefon awam ni, ana gunakan di sekolah untuk memberitahu mak, jika ada kelas tambahan tau 'stayback' di sekolah untuk 'study group'.Memang 'study group' okay, di perpustakaan sebab seingat ana, tak pernah sekali pun berbohong dengan mak semasa di zaman remaja dahulu. Kalau berbohong tu rasa macam satu kesalahan besar ya amat rasanya.Boleh tak tidur semalaman.

Selain menggunakan duit syiling, dulu-dulu juga telah ada kad pra-bayar telefon ni.Slotkan sahaja di telefon awam yang ada perkhidmatan sebegini.Mudah sangat.Satu kad tu berharga Rm5-RM 10 rasanya.Namun selepas habis wang di dalamnya, ia tidak boleh digunakan lagi.Buat koleksi sahaja lah sebab tak boleh nak top-up macam sekarang ni. 

Cuma yang menghairankan, kenapa banyak telefon awam dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab.Bukankah ianya untuk kegunaan bersama.Apatah lagi zaman itu memang susah nak berkomunikasi.Hinggakan untuk menghubungi talian 999 juga terpaksa menggunkankan telefon awam ni.Namun tiada kesedaran sivik dan vandelisme memang telah ada sejak berpuluh tahun dahulu lagi.Kepuasan apakah yang mereka ni dapati dengan melakukan kerosakkan harta benda awam yang seharusnya di jagai untuk kepentingan bersama.Wa Allahu A'lam.

Panjang pula bercerita kisah nostalgia telefon awam ni.Kredit gambar dari facebook yang memberi ilham untuk ana menulis coretan sejarah silam di sini.Dan sesungguhnya, setiap yang lama harus dihargai kerana dari yang lama inilah berkembangnya teknologi hari demi hari sehingga hari ini, segalanya dihujung jari.




49 Comments

  1. SA pernah guna yang no 2 sampai no 5 tu kecuali yang no 1..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA yang no satu tu pun kak ana tak pernah guna rasanya, tak ingat mungkin masa tu masih kecil lagi tapi pernah main yang dah rosak kat rumah dulu-dulu warna hitam, punyalah berat haha :)

      Delete
  2. linda selalu bergayut jugak kat telefon awam ni....masa asrama selalu buat call reverse charge..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu linda, reverse charge call kan , mak bayar balik seronok le berbual kan hihi :)

      Delete
  3. Hehehe. dulu-dulu, kad tu simpan buat koleksi..

    Lepas tu, ada orang yang banyak seguni duit syiling. Di bantainya berborak dari malam bawa ke pagi. Siap ada yang beratur dekat belakang. Huishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ejoy ke tu yang bawa duit segoni tuuu betul tu ejoy nostalgia kan kisah telefon awam ni :)

      Delete
  4. legend sungguh. Lissa ingat Lissa waktu zaman sekolah dulu, call kawan tanya kerja rumah pakai public phone dekat kedai runcit depan rumah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm lissa pun ada kisah disebalik telefon awam ni ye, pasti menjadi kenang-kenangan kan :)

      Delete
  5. Nostalgia betul public phone. Sanggup ambil kerusi untuk beratur masa kat hostel dulu. Bergayut berjam-jam. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi CP siap angkut kerusi tuu, lama kan men laa ye bergayutan di telefon awam hihi :)

      Delete
  6. kisah cinta bermula..eh , memang nostalgia dgn public phone ni..sanggup begayut berjam-jam... kuatnya, utuhnya..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ana...betul tu jadi kenangan ...nak telepon jer mesti cari public phone...kena kumpul duit syiling byk2 baru boleh bergayut lama2...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, macam tu tulah kisahnya kan mama :)

      Delete
  8. Teringat dulu syira ngn kakak gi begayut public phone dekat depan lorong umah. Segenggam duit syiling bwk. Haha. Kenangan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah masa tu syira kecil-kecil lagi lah kan... teman kakak gituu, sekarang senang kan ada smartphone dah sambil baring pun boleh berbual :)

      Delete
  9. Dulu ikat duit syiling 50 sen dengan benang...jadi memang lama lah bergayut...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong buat tutorial cara-caranya

      Delete
    2. OOOO boleh ye cam tu zarin, terre angpa naa... :)

      Delete
    3. hamboi FR nak tutorial lak dari zarin, erm ada lagi ke public phone pun FR nak buat camtu :)

      Delete
  10. ada 1 lg public phone wak nmpk tuari ade minachi tu pakai kat bukit belacan ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm macam mana rupanya wak..ada lagi ye public phone kat sana..:)

      Delete
    2. tular, wak ingt mmg dh lupus public phone nih., ada lg utk golongan tak mampu nak beli henset smartfon canggih manggih., huhu2

      Delete
  11. wah nostagia sangat tefon awam ni Ana, akak pun pernah jugak guna tefon ni utk call marka haha adoii malu nya kalau ingat masa tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak noor, masa-masa tu memang macam tu lah komunikasi kita kan,ececeh..marka lama naa haha :)

      Delete
  12. nostalgia benda ni..
    akak pernah marah sesorang kerana bergayut lama sangat..sedangkan akak emergency nak buat pangilan masa tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa selalu memang macam tu lah, sakit hati je kan kak yon bila depa buat tak tahu je kewujudan kita, betul tu ketika itu saat kecemasan pun kita memerlukan telefon awam ni .

      Delete
  13. Memang nostalagia..Pernah la merasa bergayut guna public phone ni..susah nak jumpa sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga kisah fieza dengan public phone :)

      Delete
  14. nostalgia sungguh..hehehe...seronok bila ingat balik kak anna..hehehe

    ReplyDelete
  15. sayangnya telefon ini hanya tinggal kenangan...teringat pula kenangan ketika nak gunakan telefon ni masa bateri smartphone habis bateri. satu pun tak dapat digunakan dan ada yang tidak berfungsi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kata di tepi jalan arz, anak kak ana selalu juga guna hat sekolah untuk call bagitau aktiviti tapi yang dalam sekolah pun sering kali rosak, sedangkan ia sangat berguna bila kita memerlukannya.

      Delete
  16. Suka guna telefon nie..
    Masa belajar dulu memang x pakai handphone, jadi malam jer beratur menunggu giliran. Siap belajar trick2 tertentu untuk bagi dapat cakap lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ada trick2 gituu Sha... terre lah tu ye hihi :)

      Delete
    2. Bolehlah Kak Ana.. hehehe.. Belajar dari kawan-kawan.. skrg x buat dah.. salah.. hehehe..

      Delete
  17. Salam, haha yess...public phone..mmg nostalgia sungguh lah..kalau boleh jual yg lama2 tu kan, lepastu letak kat hipster2 cafe mesti menarik! sy pun dulu zaman duk asrama, duk gigih lah asyik nak duit syiling saje..nak call mak..wuwu homesick!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kisah kan Lynn di sebalik telefon awam ni :)

      Delete
  18. Kenangan menggamit memori silam nie...

    ReplyDelete
  19. Mmg nostalgia betullah... hahaha saya dulu pun pakai phone ni masa sekolah utk bgtau mak kena stayback...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Nora, sekarang pun anak kak ana menggunakan public phone di sekolah nya utk bagitau stayback atau tidak :)

      Delete
  20. Zaman bercinta dulu-dulu, inilah teman sejati..:)

    ReplyDelete
  21. yang memula tu tak pernah pakai / guna.. yang lain, pernah... heee

    ReplyDelete