Nostalgia Telefon Awam


Jom kita bernostalgia lagi, kali ini ana bercerita kisah telefon awam.Ketika ana di usia remaja dahulu memang telefon awam ni sebati dengan kisah percintaan masa silam.Ini kerana tak banyak rumah yang mempunyai talian telefon tetap. Untuk menghubungi seseorang terpaksalah menggunakan telefon awam.Dan cabarannya, kena menapak ke pondok telefon yang jauh lebih kurang 1km dari rumah kami tu.Hebatkan... demi cinta ku gagahi menapak ke sana untuk menghubungi insan tersayang, namun akhirnya cintaku hanyut di lautan sepi bak kata Ramlah Ram. okaylah saja intro je tu, bukan nak kongsi kisah cinta pun, kita kongsi nostalgia telefon awam lagi best kan.


kredit foto: facebook.com


Inilah antara jenis-jenis telefon awam yang pernah ana gunakan suatu masa dahulu.Generasi Y masa kini ada yang  pernah lihat namun tak pernah pun menggunakannya lagi.Ini kerana masing-masing mempunyai telefon canggih sendiri. Kami dahalu ini lah antara alat komunikasi yang paling mudah untuk di gunakan.Pastikan ada duit syiling yang cukup, kalau tak talian akan terputus dengan sendirinya.Tak mahal pun, habis kuat dalam seringgit dan boleh berbual dekat setengah jam.Sekitar 1990-an dahulu kadar cajnya 4 minit untuk sepuluh sen, jika tak silap.Cuma masalahnya kalau ada yang beratur kat belakang tu, kenalah pendekkan perbualan kan.

Dan cabaran untuk menggunakan telefon awam ni pertamanya penat dah jalan kaki ke pondok telefon, sampai sana....telefon rosak.Balik lah menapak semula dengan perasaan hamba, nak hilangkan penat, singgah kedai beli lah aiskrim Malaysia, sedut sambil jalan balik ke rumah.

Keduanya, sampai ke pondok telefon, ada pula mamat duk bergayut atas motor.Agak-agaklah kan, macam dia punya sorang je telefon awam tu...sabar menunggu hingga ke dialog penutup yang akhir.Macam-macam kan kenangan yang ana lalui ketika di alam remaja yang penuh keindahan dan kini menjadi catatan nostalgia silam yang ana abadikan di sini sebagai kenang-kenangan.

Bila rumah sendiri dah masuk talian telefon, telefon awam ni, ana gunakan di sekolah untuk memberitahu mak, jika ada kelas tambahan tau 'stayback' di sekolah untuk 'study group'.Memang 'study group' okay, di perpustakaan sebab seingat ana, tak pernah sekali pun berbohong dengan mak semasa di zaman remaja dahulu. Kalau berbohong tu rasa macam satu kesalahan besar ya amat rasanya.Boleh tak tidur semalaman.

Selain menggunakan duit syiling, dulu-dulu juga telah ada kad pra-bayar telefon ni.Slotkan sahaja di telefon awam yang ada perkhidmatan sebegini.Mudah sangat.Satu kad tu berharga Rm5-RM 10 rasanya.Namun selepas habis wang di dalamnya, ia tidak boleh digunakan lagi.Buat koleksi sahaja lah sebab tak boleh nak top-up macam sekarang ni. 

Cuma yang menghairankan, kenapa banyak telefon awam dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab.Bukankah ianya untuk kegunaan bersama.Apatah lagi zaman itu memang susah nak berkomunikasi.Hinggakan untuk menghubungi talian 999 juga terpaksa menggunkankan telefon awam ni.Namun tiada kesedaran sivik dan vandelisme memang telah ada sejak berpuluh tahun dahulu lagi.Kepuasan apakah yang mereka ni dapati dengan melakukan kerosakkan harta benda awam yang seharusnya di jagai untuk kepentingan bersama.Wa Allahu A'lam.

Panjang pula bercerita kisah nostalgia telefon awam ni.Kredit gambar dari facebook yang memberi ilham untuk ana menulis coretan sejarah silam di sini.Dan sesungguhnya, setiap yang lama harus dihargai kerana dari yang lama inilah berkembangnya teknologi hari demi hari sehingga hari ini, segalanya dihujung jari.