Penginapan Banglo Homestay Yang Selesa di Melaka
Minggu ni memang agak sibuk dengan persiapan Family Day ana untuk ke Melaka pada 24-25 hb Oktober lalu. Blog anajingga.com juga agak terabai dan maaf sangat-sangat kepada pengunjung setia ana tak sempat nak blogwalking atau membalas komen sehari dua yang lalu. Bukan mudah nak menguruskan sebuah percutian keluarga namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca yang mulanya agak muram diselubungi jerebu kembali pulih dengan izinNya jua.Ana mulakan catatan percutian di Melaka ini dengan berkongsi penginapan yang sangat menarik di RJ Homestay, Bukit Beruang,Ayer Keroh,Melaka.Sekiranya ada yang singgah dari carian enjin dengan kata kunci homestay di Melaka, mudah-mudahan entri ana kali ini dapat membantu kalian.In Shaa Allah.
Banglo Homestay di Melaka
Setiap kali ingin bercuti dengan bilangan keluarga yang ramai, tugas mencari homestay ini adik beradik akan serahkan pada ana. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan sebuah rumah homestay yang selesa,bersih dan lebih-lebih lagi dapat memuatkan lima keluarga .Kebanyakkan tuan rumah akan menghadkan bilangan ahli untuk menginap. Namun pengalaman sebagai blogger yang hampir setiap hari melayari internet dan mendapat pelbagai pendedahan dari pengalaman blogger lain sedikit sebanyak membantu ana untuk mendapatkan beberapa laman web tentang homestay yang sesuai di Melaka.
Homestay lima bilik di Melaka
Percutian Family Day kali ini, kami menginap di RJ Homestay, sebuah banglo dengan lima buah bilik tidur yang sangat luas, bersih dan amat selesa sekali. Lokasinya juga berdekatan dengan bandar Melaka betul-betul di belakang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Ayer Keroh,Melaka. Ruang tamu yang luas dan ruang dapur yang amat lengkap kelengkapan memasak yang disediakan. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati menginap di sini selama dua hari satu malam.Jom ana kongsikan beberapa foto yang sempat ana rakam ketika kami menginap di sini. Dan untuk keterangan lanjut dan gambaran yang lebih jelas tentang homestay ini silalah ke www.mukminhomestay.com/
Ruang tamu dan ruang dapur yang luas ,bersih dan selesa serta dilengkapi dengan peralatan memasak yang lengkap. Foto di atas ana ambil ketika kami telah check-in dan dipenuhi dengan makanan dan hamper untuk acara yang bakal kami adakan, masa mula-mula masuk memang ia sangat cantik teratur.
Banglo ini memiliki lima buah bilik dan setiap bilik mempunyai peralatan yang lengkap termasuk tv, aircond,kipas ,bilik mandi,sejadah,tuala mandi dan paling menarik disertakan dengan extra bantal dan alas tidur.Ana di fahamkan selain menyewa sebuah banglo, homestay ini juga boleh disewa biliknya sahaja.
Ada model kecil depan katil di dalam salah sebuah bilik |
Harga homestay sebuah banglo ini kami sewa dengan kadar RM 560 dua hari satu malam.Memang berbaloi kerana kami terdiri dari lima buah keluarga dan jumlah penginap seramai 16 orang. Alhamdulillah .Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi no telefon di dalam foto atau layari ke laman web yang ana berikan di atas.Semoga perkongsian ana kali ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di luar sana yang sedang mencari homestay yang selesa dengan jumlah keluarga yang ramai, In shaa Allah.
29 Comments
Cantik & kemas...:)
ReplyDeleteya Norma memang kemas, cantik dan bersih,Alhamdulillah :)
Deletemenarik, cantik, kemas...bilik yang ada macam corong istana tu menarik
ReplyDeletehaah Arz, berebut nak duk bilik tu dengan adik beradik kak ana, last2 kak long gak yang dapat sebab kak long yang cari kan hihi :)
Deletecantikkknyaa.. berbaloi dengan harganyaa :D
ReplyDeletehaah MM lagipun kami shared2 kan tak lah mahal sangat jadinya kan :)
Deletemenarik dan kemas bilik2nya....
ReplyDeletehaah azie sangat kemas dan bersih :)
DeleteCantik homestay ni..berbaloi untuk ahli keluarga yang ramai..
ReplyDeleteberbaloi sangat kak Mala dan selesa walaupun kami ramai kerana bilik2 yang luas dan persekitaran yang privasi :)
Deleteok sangat ni kak ana...kemas dan cantik..yang penting rasa selesakan..
ReplyDeletehaah PC, Alhamdulillah sangat selesa menginap di sini :)
Deletecantik homestaynya...btw hana xpernah lg ke bukit beruang wlaupown slalu jln kt melaka...btw melaka best sbb dia bandaraya bersejarah..
ReplyDeleteHana bukit beruang ni terletak di ayer keroh, yup Melaka memang destinasi pelancungan yang sangat menarik kan :)
DeleteCantik & luas ruang dalam tu kak ana..
ReplyDeleteConfident sikit nak tinggal homestay.. ;-)
memang sangat selesa LZ ,alhamdulillah
Deletehai... salam perkenalan... ;)
ReplyDeletenice blog... =)
done follow...
follow me back ya... ^_^
terima kasih FieDaN
Deletebila nk g Melaka plk yeaaa
ReplyDeleteSha dah merdeka dah ni boleh je nak pii mana pun hihi :)
DeleteSalam, wahhh cantiknya banglo homestay ni, design dia unik. Plus pemiliknya orang Islam juga, jd tak ragu2 utk stay kat situ. Berbaloi! :D
ReplyDeletebetul tu Lynn segalanya lengkap di homestay ni, alhamdulillah.
DeleteSalam Kak Na... Wah.. murahnya HARGA... besar pun besar..cantik pun cantik.. Maklumat yang bagus ni....
ReplyDeleteberbaloi dah tu long, bila dikongsi beramai-ramai kan :)
DeleteAda kolam renang x
ReplyDeletetak ada syafira isma :)
DeleteTERKINI, Mukmin homestay dah ada kolam renang :)
DeleteCantik homestay tu ~ kemas dan bersih je nampak :)
ReplyDeleteKepada sesiapa yg nak bercuti or berkunjung ke Melaka tu..
Jom Terjah: Homestay Muslim Murah di Bandar Hilir Melaka
:)
Delete