Minggu ni memang agak sibuk dengan persiapan Family Day ana untuk ke Melaka pada 24-25 hb Oktober lalu. Blog anajingga.com juga agak terabai dan maaf sangat-sangat kepada pengunjung setia ana tak sempat nak blogwalking atau membalas komen sehari dua yang lalu. Bukan mudah nak menguruskan sebuah percutian keluarga namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca yang mulanya agak muram diselubungi jerebu kembali pulih dengan izinNya jua.Ana mulakan catatan percutian di Melaka ini dengan berkongsi penginapan yang sangat menarik di RJ Homestay, Bukit Beruang,Ayer Keroh,Melaka.Sekiranya ada yang singgah dari carian enjin dengan kata kunci homestay di Melaka, mudah-mudahan entri ana kali ini dapat membantu kalian.In Shaa Allah.

Banglo Homestay di Melaka

 

homestay di Melaka


Setiap kali ingin bercuti dengan bilangan keluarga yang ramai, tugas mencari homestay ini adik beradik akan serahkan pada ana. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan sebuah rumah homestay yang selesa,bersih dan lebih-lebih lagi dapat memuatkan lima keluarga .Kebanyakkan tuan rumah akan menghadkan bilangan ahli untuk menginap. Namun pengalaman sebagai blogger yang hampir setiap hari melayari internet dan mendapat pelbagai pendedahan dari pengalaman blogger lain sedikit sebanyak membantu ana untuk mendapatkan beberapa laman web tentang homestay yang sesuai di Melaka.


homestay di Melaka

Homestay lima bilik di Melaka


Percutian Family Day kali ini, kami menginap di RJ Homestay, sebuah banglo dengan lima buah bilik tidur yang sangat luas, bersih dan amat selesa sekali. Lokasinya juga berdekatan dengan bandar Melaka betul-betul di belakang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Ayer Keroh,Melaka. Ruang tamu yang luas dan ruang dapur yang amat lengkap kelengkapan memasak yang disediakan. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati menginap di sini selama dua hari satu malam.Jom ana kongsikan beberapa foto yang sempat ana rakam ketika kami menginap di sini. Dan untuk keterangan lanjut dan gambaran yang lebih jelas tentang homestay ini silalah ke www.mukminhomestay.com/


homestay melaka




Ruang tamu dan ruang dapur yang luas ,bersih dan selesa serta dilengkapi dengan peralatan memasak yang lengkap. Foto di atas ana ambil ketika kami telah check-in dan dipenuhi dengan makanan dan hamper untuk acara yang bakal kami adakan, masa mula-mula masuk memang ia sangat cantik teratur. 

Banglo ini memiliki lima buah bilik dan setiap bilik  mempunyai peralatan yang lengkap termasuk tv, aircond,kipas ,bilik mandi,sejadah,tuala mandi dan paling menarik disertakan dengan extra bantal dan alas tidur.Ana di fahamkan selain menyewa sebuah banglo, homestay ini juga boleh disewa biliknya sahaja.


homestay di melaka




Ada model kecil depan katil di dalam salah sebuah bilik






Harga homestay sebuah banglo ini kami sewa dengan kadar RM 560 dua hari satu malam.Memang berbaloi kerana kami terdiri dari lima buah keluarga dan jumlah penginap seramai 16 orang. Alhamdulillah .Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi no telefon di dalam foto  atau layari ke laman web yang ana berikan di atas.Semoga perkongsian ana kali ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di luar sana yang sedang mencari homestay yang selesa dengan jumlah keluarga yang ramai, In shaa Allah.