Sempena perayaan Deepavali yang lalu, banyak juga di tayangkan semula di saluran-saluran tv filem-filem Bollywood yang best-best seperti Dhil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hotta Hai, dan malam semalam kalau tak salah filem Ab Ab Laut Chalen lakonan awal pelakon jelita Aishwarya Rai. Kadang-kadang terhibur juga menonton filem-filem Hindustan ni dengan alunan lagu-lagu dan pelakon yang cantik dan kacak. Ana memang peminat Bollywood dari dulu.Teringat pula dekat blogger Amy Sheera dan Ain Dramaticuniq yang merupakan peminat tegar Bollywood.

Kemudian rasa teringin  pula nak melihat wajah Aishwarya Rai terkini dan anaknya Aaradhya Bachchan yang semakin membesar ni. Hasil tangkapan di Google ana kongsikan semula wajah-wajah comel anak gadis pasangan Bollywood terkenal Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan iaitu Aaradhya Bachchan.





Sedikit biodata Aaradhya yang lahir dari keluarga seni legenda Bollywood cucu kepada Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan.

Aaradhya Bachchan


Panggilan  : BetiB
Tarikh lahir : 16 November 2011
Usia : 4 years
Bapa : Abhishek Bachchan
Ibu  : Aishwarya Rai Bachchan
Datuk : Amitabh Bachchan
Nenek : Jaya Bachchan
Pre-School : Kookaburra Learning Center













Dan ini pula foto-foto keluarga Bachchan sedang merayakan Deepavali baru-baru ini.Kredit foto buat Google Image dan IBN live .Untuk lebih info tentang gadis comel ini bolehlah www.filmyfolks.com/star-kids/aaradhya-bachchan.shtml dan baca di sana. :)