Takoyaki Yang Sedap
Pertama kali kenal takoyaki ni apabila melihat adik manja kak ana, Kakcik dari sayidahnapisah.com posting gambarnya makan makanan dari Jepun ni di dalam group whatsapp.Memang pernah lihat di jual di beberapa Mall tapi akhirnya ana dan Adik Ika mencuba sendiri takoyaki ni di Wangsa Walk beberapa bulan lepas. Sekali cuba terus terpikat pula dengan keenakkan rasanya. Dan sejak dari itu, setiap kali ke Aeon Rawang, pasti kami akan membelinya dan di makan panas-panas.Sedap sangat takoyaki ni.
Kemudian ana cubalah mencari bahan-bahan untuk resepi takoyaki ni, bukan nak buat sendiri tapi sekadar mempastikan yang ianya di buat dari bahan yang halal di makan.Alhamdulillah bahan yang di gunakan adalah halal kerana di buat dari tepung gandum, campuran kobis dan mayo, daun bawang dan intinya sama ada ayam, sotong atau udang mengikut pilihan. Sosnya juga dari bahan-bahan yang halal serta taburan yang menambah kesedapannya adalah dari seaweed dan bonito sejenis hirisan ikan nipis seperti kertas. Istimewanya takoyaki ini ialah pada acuan untuk memasaknya yang sangat unik dan membentuk adunan menjadi bulat ketika menyediakannya.
Resepi dan cara membuat takoyaki
Semasa membuat sedikit pencarian tentang bahan-bahan membuat takoyaki ini, ana terjumpa sebuah blog masakan yang berkongsi cara menyediakan takoyaki. Jika kita mempunyai acuannya yang boleh di beli di pasaraya Aeon menurut beberapa komen yang ana baca, bolehlah ke link ini untuk mendapatkan resepi penuh cara membuat takoyaki : http://mamawandiha.blogspot.my/2011/03/takoyaki.html .
Cuma ana setakad ini, lebih senang untuk membelinya sahaja di mana-mana medan selera yang menjual takoyaki dan disini pastinya yang terdekat ialah di Aeon Rawang.
33 Comments
sedapnya..mcm dh lama je tak mkn :)
ReplyDeletesedapkan jom pii cari tokayaki Norma hihi :)
Deletesedapnyeee. BV belum pernah rasa takoyaki lg T^T
ReplyDeleteBV sesekali kena rasa pastu terus terpikat hihi :)
Deleteanak2 suka ni tapi belum pernah buat sndri boleh try jugak tunggu mood rajin dtg Ana..
ReplyDeletekak noor kalau buat pasti menjadi punya lah :)
Deleteanak pompuan wak sukak takoyaki makanan doraemon nih., ;p
ReplyDeletewak bukan lah doraemon suka dorayaki huhu :)
DeleteKena cuba ni...hehe...
ReplyDeletecubalah PC hihi :) sedap .
Deletehaah DR, ni kak ana dengan anak je suka, dua set cukup dah sekali beli, remeh gak resepinya kak ana tengok tadi :)
ReplyDeleteMacam sedap jer....boleh cuba ni...
ReplyDeletesedap Fida :)
Deletelama tak makan tokoyaki.. hee. sedapnyaa tuu T_T
ReplyDeletesedapkan Lisa :)
DeleteDedulu saya pon tak pandai makan takoyaki ni kak ana...anak2 saya la ni yg mula terus saya pon terjebak sama...kikiki...makan panas2 memang layan...tapi kalau kat mall jual cam mahal la...3 ketul rm5 hengget lebih...saya selalu makan kat pekan pontian 4 ketul baru rm 5 hengget je...hehehe....takoyaki octopus feberet saya :)
ReplyDeletesamalah Malinda, anak yang ajar ibu dia makan takoyaki ni hihi :) ada ye jual di gerai kat sini tak ada kena makan di mall je jawabnya :)
Deletepertama kali akak makan takoyaki ni semasa akak melawat anak yg belajar di jepun hampir10 tahun dulu. puas anak akak pujuk.. katanya ia halal..sbb di buat dri sotong..tapi akak tak berani makan.lama2 bila akak fikir..nanti anak kecil hati kata akak tak percaya dia makan benda halal ke tidak..akak pun makan.sedap rupanya..hehehe
ReplyDeletetu lah KY ana pun ragu-ragu juga pada mulanya, lepas google dan baca sendiri bahan-bahannya baru puas hati nak makan.
Deletex pernah makan lagi.. tapi selalu tgk org jual bende nih.
ReplyDeletex berani nak try sebab takut x boleh terima dek tekak. hehehe
ye betul Fira, kadang-kadang takut tak kena dengan selera, macam sushi kak ana memang tak leh nak telan hihi hat ni okay sebab dia garing agaknya :)
Deletedah lama sy jatuh cinta dgn takoyaki ni... lau nak beli tiap kali p mall mmg melayang lah jugak duet.. sbb agak mahal. then barulah sy cri resipi kat blog2 dan buat kat umah sendiri wlaupun hanya guna acuan kueh cara.. haha. xpelah xbulat pun, asalkan rasanya sodapp..hehe
ReplyDeletewow hebat Isya dah boleh buat sendiri, Alhamdulillah, boleh makan puas-puas kan :)
DeleteSampai skrg x pandai nak makan..
ReplyDeleteMayb kena beli and terus makan kot.. baru tekak boleh terima..
haha Sha, beli terus ngap try tengok sedap tak :)
Deleteain pun suka Takoyaki.. beli kat pasar malam RM5.50 dpt 5 biji.. cuma tak tahan kena beratur panjang... hehehehhee... :)
ReplyDeletealaa ada ye kat pasar malam sini tak ada lah ain,kena gak beli kat mall huhu :)
Deleterasa nak makan..lembut ja hidangan ni...
ReplyDeletegaring diluar lembut di dalam kan etuza, dapnya :)
DeletePernah beli beberapa kali yang rasanya kureng.. tapi, pernah beli yang rasanya sedap jugak.. macam kat Pasar kemboja, Parit Buntar.
ReplyDeletehaah kalau yang betul-betul ikut resepinya baru sedap kan zaf :)
Deleteaida makan kat jusco few times.
ReplyDeleteok not bad...
tu lah sedap kan aida :)
Delete