Minggu lepas ketika Kak Long masih bercuti, kami ke Selayang Mall sekali lagi kerana Kak Long nak makan aiskrim Sangkaya . Selepas membeli beberapa barang keperluannya, dalam perjalanan tadi kami ternampak di pinggir jalan Burger Bakar Abang Burn. Kami singgah untuk meninjau-ninjau sahaja pada awalnya kerana sebelum pergi tadi telahpun makan malam di rumah selepas Maghrib. Namun macam selalulah, Adik Ika ni pantang nampak makanan, dia yang dahulu menarik kerusi dan duduk.Bila dah duduk kenalah meng'order'. Dan merasalah juga kami makan Burger Bakar Abang Burn yang femes seantero Malaya ni. Hari ini ana kongsikan menu-menu yang ada disini, sekiranya ada yang singgah mencari info di www.anajingga.com

Burger Bakar Abang Burn


Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakar Abang Burn ni terletak di Medan Seri Selera, Taman Bidara,Selayang , iaitu jika berada di persimpangan lampu isyarat menghala ke Selayang Mall dan Mydin dari Rawang terletak di sebelah kanan. Mudah untuk di lihat dari tepi jalan sahaja. 



Konsep makan disini macam kebanyakkan tempat, kita ke kaunter membuat pesanan dan bayaran kemudian makanan akan di hantar ke meja makan.




Terdapat pelbagai menu yang menarik ada disini dengan nama yang unik-unik. Kreatif mereka ni menamakan menu makanan yang unik sebagai tarikan pelanggan. Jom ana kongsikan beberapa menu yang dipamerkan buat pembaca AJ , mungkin bila nak ke sini nanti dah boleh gambarkan nak makan sajian yang mana. Burger Bakar Abang Burn mempunyai banyak cawangan di serata tempat. Jadi ana rasa menu mereka pasti sama sahaja di mana-mana cawangan agaknya kan.











Haa tuuu diaaa!! macam-macam rupa burger ada dijual disini. Pilih sahaja mengikut citarasa masing-masing, harga boleh tahan jugalah bergantung pada saiz burger. Makin tinggi burgernya makin naiklah harganya. Nak makan tak kisahlah kan, jika ada rezeki lebih apa salahnya. Malahan lebih mahal dari harga ini pun banyak di restoran-restoran lain. Tepuk dada tanya poket :)

Namun ana difahamkan dari poster yang ada disini , pembelian selepas pukul 10:30 malam sehingga jam 12:30 malam harga untuk sesetengah menu adalah lebih murah. Nak murah kena datang lewatlah kan. Masa kami sampai tu baru jam 9:45 malam, jadi kalau nak tunggu pun lambat lagi lah jawabnya. Dan memandangkan kami telahpun kekenyangan makan malam di rumah, kami cuma memesan tiga menu yang ada disini untuk di cuba.


Burger Ayam Goreng, Burger Bakar Abang Burn


Burger Daging, Burger Bakar Abang Burn


Meat ball, Burger Bakar Abang Burn


Adik Ika makan Burger Ayam Goreng (tak habis-habis dengan ayam gorengnya ) yang berharga RM 8.90 , Kak Long pula mencuba Burger Daging berharga RM 7.90 manakala ana dan suami hanya makan Meat Ball bersama cheese berharga RM 9.90 sepinggan.Air minuman juga pelbagai pilihan.

Dari segi rasa, perbezaan antara sesuatu tempat yang menjual burger homemade patty ni adalah adunan di dalam pattynya. Dan untuk Burger Bakar Abang Burn, rasa patty nya tidak mengecewakan dan terasa keenakkan daging segar dan ramuan rempah yang di adun bersama. Begitu juga dengan meat ball dengan sos yang pekat dan cukup lazat berpadu dengan cheese dan mayo yang awesome.

Mungkin di lain ketika , kami boleh singgah semula ke sini untuk mencuba lain-lain menu yang ada.Namun kena pastikan betul-betul lapar untuk menikmati kesedapannya dengan saiz yang besar dan pelbagai disini.



~berkongsi selera Burger Bakar Abang Burn disini~ 

18 Comments

  1. mengancam kalbu..rasa nak ja pergi oder hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi di Sabah belum ada cawangannya Etuza, cuba cari mana tahu dah ada burger bakar abang burn kat sana :)

      Delete
  2. wak tenok pon sedap burger menggunung tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  3. Fulamak..memang terbaik kalau ada gerai burger..:)

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan burger, takut perut naik nanti..huhu

    ReplyDelete
  5. Titiber teringin nak makan burger yg dua keping patty tu. Nak lamb. Tamak ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah anis, besar selera ye.. kalau dah lapar bedal je nis hihi :)

      Delete
  6. nmpk meatball naik berselera nk mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah KY nampak sedap dan rasanya pun sedap.. hihi :)

      Delete
  7. tak pernah makan burger bakar abg burn ni

    ReplyDelete
  8. salam kak tgk tajuk pon dah nangis , tengok gambar banjir .. sdap!nyee

    ReplyDelete