Buah-buahan Tempatan 





Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah swt Tuhan Sekalian alam. Di ketika musim panas terik melanda sepanjang bulan Januari ini, Dia Yang Maha Adil dan Bijaksana mengurniakan hamba-hambaNya musim buah-buahan sebagai makanan yang sangat sesuai di kala musim panas. Buah jambu air dan mangga telur di dalam gambar adalah dari tuaian kami bersama jiran Zura dari kebun sekangkang kera belakang rumah sahaja. Kedua-dua pokok mangga dan jambu air sedang ranum berbuah sedap sebagai makanan kami penghilang dahaga.

Benarlah bila berbakti pada tanah, lambat laun akan membuahkan hasil, In Shaa Allah. Pokok mangga jiran ana, Zura ni pertama kali berbuah dengan lebat dan masak ranum. Rezeki kami lah, bila pokok yang kami tanam di sekitar belakang rumah ni kami nikmati bersama. Tak kira sama ada herba atau tanaman lain, masing-masing telah memberi keizinan untuk mengambilnya bila perlu. Maklumlah ruang yang terhad membataskan kami bertanam banyak jenis tanaman, maka kami berkongsi ruang dan tanaman yang ada sebaiknya.

Buah Mangga Telur


buah mangga telur ,buah mangga padi


Buah mangga telur ini dan ada juga yang memanggilnya buah mangga padi, ketika muda memang masam ya amat rasanya. Sedap makan dijadikan jeruk atau di makan bersama gula,kicap dan cili padi, dicicah. Namun apabila masak ranum sebegini, ana kupaskan siap-siap isi dalam petisejuk. Bila suami dan adik Ika ada di rumah senang untuk mereka memakannya begitu sahaja.Rasanyapun manis. Namun makan berhati-hati juga takut tertelan biji , naya nanti. Tak sesuai untuk anak-anak kecil, jika ada anak-anak kecil lebih elok di hiris sahaja untuk memberi mereka makan kan.


Buah Jambu Air



buah jambu air


Buah jambu air ini pula memang setiap tahun dua tiga kali berbuah. Banyak yang berguguran di bawah pokok kerana di usik tupai atau ketika di timpa hujan lebat. Selain dari terus makan sebegitu, ana juga gemar makan dengan mencicahnya dengan gula dan kicap. Sedap, laju sahaja habis beberapa butir. Kalau ada serbuk asam boi pun sedap kan di makan bersama.


Buah Ciku 



buah ciku


Satu lagi buah tempatan yang tak kurang sedapnya ialah buah ciku atau di pantai timur memanggilnya buah sawo nilo , unikkan . Buah ciku ni kami beli di pasaraya. Sebab pokok ciku tak ada di kebun belakang rumah. :) Sedap kan di makan ketika cuaca panas sekarang ni. Alhamdulillah masak ranum dan manis sekali rasanya. Kupas dan simpan dalam petisejuk sebelum di makan, segarnya terasa bila kita makan di tengahari, Subhanallah. Tips membeli buah ciku yang masak ranum, pastikan ianya agak lembut dan warna kulitnya gelap. In shaa Allah , kita dapat menikmati buah ciku yang enak sebegini.


Buah Cempedak 



buah cempedak



Buah cempedak di luar pagar ni pemberian dari jiran kami yang di bawa dari kampung halamannya. Memang manis isinya, banyak dan sedap juga di makan sebegitu sahaja. Selebihnya ana goreng sahaja buat santapan petang hari. Cempedak goreng merupakan kesukaan adik Ika. 

Inilah dinamakan rezeki bila berbaik-baik sesama jiran tetangga. Mungkin inilah juga kemanisan ukhuwah antara kami sesama dengan ikatan umpama sebuah keluarga besar. Saling memberi dan merasa kan.. Dalam kita sedang diuji dengan cuaca panas saat ini, pastikan minum banyak air kosong, hadkan masa berada di luar rumah, khasnya untuk anak-anak dan makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. In shaa Allah. Jangan banyak merungut kerana sebagai hambaNya, redhalah dengan segala nikmat yang diberiNya...Waallahu a'lam.



33 Comments

  1. hai k.ana,buah cempedak kalau di goreng dia boleh merasuk jiwa

    ReplyDelete
  2. ros suka jambu air cicah kicap+ gula tu. dulu rumah abah ada tanam sekarang dah takde. selalu kat pokok jambu air ada ulat bulu kan kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ye ros, ni tak jumpa lak kak ana, tapi dalam jambu tu kadang2 ada ulat buah gak, kena hati2 nak makannya :)

      Delete
  3. sedapnya Kak Ana.. semua ni peberet mummy tau! Especially pelam telur tu.. adehh menitik ayaq liuq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je taste kita kan mummy :) sedap ngap macam tu je kan :)

      Delete
    2. tak pernah makan pelam telur tu..ke pernah, tapi x tau nama, main ngap aje..hehe

      Delete
  4. Alhamdulillah...kat tempat saya di melaka sekarang kerap jugak hujan kak...tengok buah ciku tu terkenang saya mengadung sulung...nak sangat makan ciku tapi puas cari tak pulak jumpe...last2 terjah kat rumah seorang uncle cina ni...memula dia nak jual tapi bila nampak perut saya terus dia kasi free je...kikiki...rezeki Allah kasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki anak kan Malinda, Alhamdulillah, seronok hujan sini malam ada juga hujan sekali sekala

      Delete
  5. Hi kak ana.. sedapnya buah mangga tu. Kecuq liyq bak kata org utara.. hehe..

    Cikla ada tag kak ana tau...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/01/pencarian-mega-bloglist-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  6. teringst lg masa duduk asrama time skolah mnengah dlu.. kat gate ada spokok besar pelam telur nih.. kalau dya tgh lebat sedap laa cari yg dah masak jatuh tergolek.. pastu pakat usung gigit mcm tu je.. alahai kenangan betoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tuu mesti husna gosok2 kat baju pastu terus ngap kan hihi :)

      Delete
  7. Banyak khasiat dan mudah ditanam..:)

    ReplyDelete
  8. salam kak ana cempedak goreng seulas ! XXD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Yana sat gi kak ana anta guna pos lambat ye hihi :)

      Delete
  9. Jambu air cicah kicap + gula memang best. Aaaa kecur ailio. Cempedak lagi, mangga lagi :D

    ReplyDelete
  10. lama x jenguk blog ni....sedapnya cempedak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi haah kan suzie lama tak jengok sini , busy ye :)

      Delete
  11. kami suami isteri baru je nak mula berkebun di laman belakang rumah, dulu rajin..lepas tu tak dan kini rajin semula..haha bukan buah je bermusim tau..untunglah kalau rajin berudi pada tanah, adalah rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipidap PCL mamaD.. cepat rajin2 berkebun semula.. nanti boleh menuai hasilnya :)

      Delete
  12. Terliur akak tengok buah-buahan tu ana..
    Hendaknya buah ciku tu peberet akak tu..
    Tu lah rajin berbudi pada tanah dptlah hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciku memang sedap kan CH, sejuk je bila makan :)

      Delete
  13. Bestnya buah ciku.
    Tapi bila teringin nak beli rime tu ler... tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tak nak kan Mrs A, ada je depan mata hihi :)

      Delete
  14. Banyak2 buah , ciku je dekat 10 tahun dah tak makan

    ReplyDelete
  15. lapar la pagi-pagi ni teringat cempedak goreng..hehe.buah-buahan tempatan memang win!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sal, kak ana pun suka makan buah-buhan tempatan kita..sedap-sedap belaka :)

      Delete