DIY Perabot Lama Nampak Baru
Cara ubah suai perabot lama jadi baru
Percaya tak dengan modal RM3.50 atau RM5.30 permukaan perabot lama rumah kita boleh berubah wajah? Percayalah jangan tak percaya.. jom ana cerita sikit bagaimana mengubah permukaan perabot lama kita nampak baru dan berbeza corak. Begini kisahnya... :)
Selalunya apabila kita menukar perabot di ruang tamu, pasti perabot lama kita alih ke dapur atau bilik tidur kan. Lainlah jika memang ada bajet yang tinggi, namun dalam keadaan ekonomi yang agak tenat kini, mana yang boleh jimat kita jimatkan sedaya mungkin. Tepuk dada tanya poket.
Selepas menukar sendiri wallpaper di rumah baru-baru ini (kisahnya di SINI ) ,suami ana turut telah makeover semula meja tv di dalam bilik tidur kami. Meja tv ni memang dah berusia 20 tahun, ialah kami membelinya ketika mula-mula mendirikan mahligai perkahwinan, reka bentuk pun dah ketinggalan zaman. Cuma ianya masih boleh digunakan, nak tak nak simpan dalam bilik tidur sahaja.
Dah tukar separuh jalan baru ana teringat nak buat tutorial ni di blog, nasib baik ada satu lagi permukaan belum di tukar, dapatlah ana kongsikan rupa paras permukaan meja tv sebelum di ubahsuai.Fesyen lama kan.. tapi masih boleh digunakan lagi, simpanlah sampai reput :)
Dan inilah pula bahan yang diperlukan untuk proses ubahsuainya. Segulung Self Adhesive Foil dan pisau. Self Adhesive Foil ni, kami beli di Mr DIY dengan harga RM3.50 sahaja. Terdapat pelbagai pilihan corak yang ada. Juga terdapat di Daiso dengan harga wajibnya RM5.30.
Satu gulung berukuran 45cm x 2 meter. Ambillah ukuran perabot sebelum membelinya, bimbang jika tidak cukup dan apabila ingin membelinya semula, kehabisan stok pula corak yang sama. Kan naya...
Inilah dia permukaan Self Adhesive Foil apabila kita buka. Ianya berpelekat sendiri memudahkan kerja. Bolehlah di lekatkan di mana-mana permukaan perabot yang hendak diubah suai dan potong mengikut ukuran permukaannya. Cuma pastikan permukaan perabot telah dibersihkan serta kering sebelum melekatkannya. Pasti akan nampak baru permukaan perabot lama di rumah kita nanti. In Shaa Allah.
Permukaan meja tv selepas di makeover |
Ana juga menukar permukaan meja belajar anak yang telah lama kepada corak baru. Untuk meja belajar, hanya segulung Self Adhesive Foil cukup digunakan satu permukaan meja .
Permukaan meja belajar lama sebelum di pasang self adhesive foil |
Selepas makeover meja belajar |
Taadaa... meja belajar Adik Ika sudah berwajah baru. Dia memilih warna hitam untuk dipadankan dengan perabot yang lain di dalam biliknya. Bolehlah bermain dengan corak untuk memberi kombinasi warna tema bilik masing-masing dengan modal semurah RM3.50 sahaja. (Harga pada entri diterbitkan).
Semoga perkongsian ana kali ini memberi sedikit idea untuk melakukan makeover dengan bajet yang murah. Terpulang pada kreativiti masing-masing.
32 Comments
Wah... idea bagus ni. Xdelah membazir kan... btw... morning kak ana...
ReplyDeletekan Cik La, good morning, tengkiu pagi-pagi dah singgah AJ nasib bukan posting makanan pagi ni ye hihi :)
Deletewah kreatifnya
ReplyDeletenak berjimat NH hihi :)
DeleteKreatif dan jimat. Perkongsian yang menarik.
ReplyDeleteIn shaa Allah Isma .Terima kasih.
DeleteYang penting - kerajinan kena ada... :)
ReplyDeleteIn shaa Allah, kak cik :)
Deletemeja tu jadi cantik sangat anajingga hehe,,wah seronok lah anak2 belajar kat meja berwajah baru,, kretif mak dia ne hehe
ReplyDeletehaah saniah , nampak lain sikit kan, ada lah perubahan dari hat lama :)
Deleteassalamualaikum ana...perabot yg lama boleh jadi mcm baru kn bila dimakeoverkn...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, tu lah mama murahje kos nya :)
DeleteKreatif dan jimat duit ;)
ReplyDeleteIn shaa Allah Azwar :)
Deletesaya memang suka n3 DIY ape2 barang lama camni kak...tak perlukan kos yg beso pon kan tapi barang lama terus nampak baru...cantik sangat
ReplyDeletebetul tu kan Malinda, mana yang boleh make over kita diy je , jimat belanja tukdar pandangan baru :)
Deletepergh..tak pernah tau pun boleh buat sendiri.thanks share kak Ana
ReplyDeleteBoleh je Sal, most welcome semoga bermanfaat kan :)
DeleteWow menarikla kak Ana.. Thumps Up!
ReplyDeletetengkiu mummy :)
Deletewah wah wah betul T_T
ReplyDeletei need to do this hihi thanks kak ana <3
welcome Qila, buat pasni update ye... :)
Deletenice kak ana.. tapi part yg melengkung tu macam susah je ..huhu
ReplyDeletetq yoorin, boleh je yoorin kena potong banyak bahagian ikut lengkungannya,in shaa allah boleh ikut bentuk tu balik :)
DeleteMesti kak ana bli kt kaison kn kertas tu..
ReplyDeleteAipp tak baca entri ye ummul, kat Mr DIY atau Daiso ada jual, Kaison kak ana tak jumpa pula ummul :)
DeleteRajin akak ni. Jimattt.
ReplyDeletehihi kena berjimat gak lah anis, kut mana yang boleh kan.. :)
DeleteCantik jadinya...rajin boleh menjimatkan kan ana.
ReplyDeleteIn shaa Allah Kak zai :)
Deletekreatif plus rajin = cantik :)
ReplyDeletetq suki :)
Delete