sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 7 Januari 2016

DIY - Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah


Bulan Disember lepas, ana ada kongsikan kisah ana ke Kaison, Setapak Centre untuk membeli wallpaper di SINI . Namun oleh kerana ana tidak membuat ukuran yang tepat, kami sekadar cuci mata dan buat pilihan dahulu corak yang berkenan di hati. Ketika Kak Long cuti sem sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru, sekali lagi kami ke Kaison dan kali ini berjaya membeli beberapa gulung wallpaper untuk ruang tamu dan bilik tidur. Dan hari ini, ana kongsikan hasil kreativiti kami DIY pasang wallpaper sendiri. 




Cara Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah


Sebenarnya mudah sangat untuk memasang wallpaper yang telah pun mempunyai gam dibelakangnya ni. Ianya adalah 'sticker wallpaper' , namun yang di jual di Kaison ini sangat berkualiti dan agak tebal lapisannya. Jangan tersilap kerana  wallpaper di Kaison ada dua jenis, yang berharga Rm19.90 ini telah mempunyai gamnya di bahagian belakang, manakala yang berharga Rm55 segulung pula tidak bergam. Kita perlu membeli gamnya yang berharga RM7.90 dan membancuh serta menyapunya sendiri sebelum melekatkannya ke dinding. 

Walaubagaimanapun, kualiti wallpaper tanpa gam ini lebih cantik coraknya dan keluasannya lebih besar.Cuma suami ana bimbang jika tersalah sapu dan tersilap ketika memasangnya kelak, kami mencuba dahulu wallpaper yang sedia bergam sebagai percubaan pertama memasang wallpaper di rumah.

Sebelum datang membeli wallpaper disini, pastikan ukuran panjang x lebar dinding atau keluasan dinding yang ingin dipasang dicatatkan. Ini untuk mengelak pembaziran kerana setiap satu gulung wallpaper dengan gam ini mempunyai 45cm x 10 meter.* segala informasi yang ana kongsikan disini adalah pada tarikh entri diterbitkan, mungkin ada berlaku perubahan dari segi harga dan ukuran.


corak wallpaper
Pelbagai pilihan corak wallpaper yang ada di Kaison 

Memang rambang mata nak membuat pilihan dari pelbagai corak yang ada di sini.Kenalah bijak mengikut tema dan warna pilihan hati masing-masing kan.





Bahan yang diperlukan, pastinyalah wallpaper, pisau yang tajam dan scrapper atau alat untuk meratakan permukaan dan kain basah untuk mempastikan tiada ruang udara di antara dinding dan wallpaper yang telah dilekatkan. 



Bersihkan permukaan dinding yang hendak dipasang wallpaper daripada habuk atau sebarang paku supaya permukaan wallpaper yang dipasang kelak akan kelihatan rata dan cantik.




Dan mulalah memasang sekeping demi sekeping, kemudian apabila telah pastikan kelurusan dan susunan coraknya senada, gunakan scrapper atau gunakan kain basah sahaja untuk melekatkannya dengan elok.Pastikan tiada ruang udara antaranya agar ia kelihatan kemas.Teruslah menampal sehingga selesai.








Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com dapat memberi serba sedikit gambaran dan informasi serta idea buat mereka yang sedang bercadang untuk menukar tatarias dekorasi dalaman rumah. Dengan bajet yang murah, In Shaa Allah kita boleh mendapat hasil yang memuaskan hati masing-masing. Tak salah mencuba sesuatu kelainan kan. Mungkin bila sudah jemu kelak boleh ditanggal semula dan tukarlah sama ada dengan corak yang lain atau mengecatnya semula. Ikutlah citarasa dan pilihan hati sendiri. Rumah kita biarlah cara kita tentukan.



56 ulasan:

  1. Dinding nmpk lebih cantik dengan wallpaper kan kak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak lain sikitlah wana kan :)

      Padam
  2. cantik ana..rumah ana berkonsepkan english..memang sesuai pasang wallpaper.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak juga kak yon, bilik tidur je ana ana pilih ala-ala inggeris, ruang tamu biasa2 je kak..rumah KY memang inggeris kan..pasti cantik :)

      Padam
  3. wahhhh rajin betul Ana ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin kalau cukup bajetnya Linda hihi :) murah2 boleh lah..

      Padam
  4. Balasan
    1. bukan kak ana yang pasang khaty, kak ana directornya aje :) haha

      Padam
  5. kak ana!!!!!..kenapa ni..kenapa kak...CANTIK..hihi..terima kasih perkongsian ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kita kongsi idea kan PC, mana tahu boleh beri inspirasi pada orang lain, in shaa allah

      Padam
  6. whoaaaaaaaaaaaaaa nak jgk la hihihi thanks kak anaa!!! <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi sama-sama Aqilah, nanti dah siap up ye :)

      Padam
  7. Saya pon dah beli dah wallpaper dekat sana jgk tapi kan tak cukup..pergi lagi nak beli tapi stock dah habes..kena tunggu dorang call untuk beli stock baru.. T__T sedih sbb belum dapat siapkan wall.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tu lah kak ana kata kena ukur siap2, biar lebih jangan kurang hihi, samalah sepupu pun kena camtu tapi Kaison dah call bila ada stok yang dikehendaki :)

      Padam
  8. cantik sangat...paling berkenan wallpaper yg dalam bilik tido tu kak...sangat serasi dengan katil dan lukisan bunga kat dinding tu...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah je bajetnya malinda, in shaa allah semua mampu nak buat kan.. :)

      Padam
  9. Cantik ada walpaper kat dinding :)

    BalasPadam
  10. wahhh! dah siap nampak cantik, nampak luas...nnt laa nak buat jugak...malas nak cat rumah skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah sally, kakak pun dah malas nak tukar cat lah kaedahnya, harga cat pun lebih mahal dari pasang wallpaper ni hihi :)

      Padam
  11. wah cantikknya, pandai Kak Ana buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bonde pun boleh buat juga ni ,senang je :)

      Padam
  12. assalamualaikum ana...cantik2 bila dah siap keseluruhannya...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, mama pun boleh juga pasang sendiri ni mama :)

      Padam
  13. Kreatif dan menarik! Terbaik la Kak Ana!

    BalasPadam
  14. waa.. nice. suasana pon makin ceria kalau dinding mcm ni. huda follow sini ;)

    BalasPadam
  15. cantiknya kak..kita pon puas atikan bila pasang sendirik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kan CCC.. puas hati jimat bajet hihi :)

      Padam
  16. dalam perancangan saya ni kak..tunggu sikit masa lagi saya pun nak pasang kertas dinding.buat masa ni tak boleh lagi sebab anak tengah syok menulis di dinding.ahahha..Bila dia dah tahu salah menconteng dinding kami akan pasang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah DR, anak-anak kian membesar nanti mereka faham dan mudah lah urusan kita untuk mendisplinkan nanti :)

      Padam
  17. pandai pasang sendiri..suki tak pandai..semua beli dan minta crew Korea Wallpaper pasangkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki ni beza dengan Korean wallpaper tu, harga pun jauh bezanya suki hihi :) kak ana pernah servey dengan korea wallpaper sebelum ni :)

      Padam
  18. Bukan saja cantik, dalam masa yang sama menjimatkan bila pasang sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Isma, memang banyak jimatnya :) alhamdulillah

      Padam
  19. boleh tukar2 selera...dh la jimat pasg sdiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha bajet ciput kena ah pasang sendiri hihi :0

      Padam
  20. tgk cantik2 mcm ni hati pon senang kan kak Ana..... :D

    BalasPadam
  21. kalau wallpaper bunga-bunga ni..memang orang perempuan suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Nurul hihi dalam hati ada taman :)

      Padam
  22. Cantik...!! dan macam senang je kak ana pasang tu.. hehehehee.. :) Ain sebenarnya tak minat dinding bercorak2 tapi bila tengok wallpaper cantik2 tu rasa teringin la pula... hahahahaha.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ain ajaklah pok cik pasang kat bilik baru romantika de amore hihi :)

      Padam
  23. follow back.....saya pasang sediri jgk walpaper...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Mr Mahmud, kan seronok dan puas hati pasang sendiri, yang penting jimat kos hihi :)

      Padam
  24. Memang sangat cantik.kemas dan damaikan hati

    BalasPadam
  25. Cantik sekali wallpaper dinding yang dipakai... Salam kenal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ernisa, salam ukhuwah dari www.anajingga.com :)

      Padam