Kali ini ana kongsikan satu lagi homestay untuk mereka yang tercari-cari penginapan di Daerah Kuala Lipis, Pahang. Lokasinya di Kampung Jeransang - Kerambit dan  bandar paling hampir ialah bandar Benta terletak lebih kurang enam belas kilometer dari lokasi homestay ini. Seindah namanya Homestay Hijauan Nyaman, berlatar belakangkan perkampungan Melayu dan kelilingi kehijauan alam semula. 


Homestay Hijauan Nyaman


homestay jeransang, kerambit,benta

Homestay Hijauan Nyaman ini merupakan sebuah rumah memiliki tiga bilik tidur dengan bilik utama dilengkapi penghawa dingin. Mempunyai kelengkapan dapur dan juga ruang tamu yang luas boleh memuatkan bilangan keluarga yang ramai tanpa had. Halaman rumah juga luas dan dihiasi tanaman pokok bunga yang pelbagai manakala kawasan kampung Jeransang, Benta ini merupakan kampung tradisional Melayu Pahang di mana tanaman pokok getah adalah sumber pendapatan utama penduduknya.Oleh itu, jika ingin mengalami pengalaman suasana desa bolehlah menyewa di homestay Hijauan Nyaman ini, sama ada untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau lain-lain urusan di sekitar Bandar Benta atau Kerambit atau Kuala Lipis yang jaraknya lebih kurang dua puluh kilometer dari lokasi homestay.




homestay jeransang,benta,kerambit



Gambaran jelas persekitaran Homestay Hijauan Nyaman

Ruang tamu turut di sediakan Astro Njoi

Ruang makan bersebelahan dapur yang dilengkapi peralatan memasak

Homestay ini memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air. Bilik tidur utama dilengkapi penghawa dingin. Walaubagaimana pun pengalaman ana sendiri apabila bermalam di rumah arwah mertua di Kampung Jeransang, keadaan malam disini sangat dingin kerana dikelilingi tumbuhan dan kawasan agak berbukit. Homestay Hijauan Nyaman terletak tidak jauh dari rumah arwah mertua ana dan dimiliki oleh rakan arwah bapa mertua sendiri. 


Bilik tidur utama 

Bilik tidur kedua

Bilik tidur ketiga 

Salah satu dari dua bilik air 

homestay kuala lipis, jeransang, benta,kerambit


Harga untuk semalam di Homestay ini ialah Rm150 sahaja. Sebarang pertanyaan lebih lanjut bolehlah hubungi  011-2577 5759 .Semoga perkongsian di www.anajingga.com dapat memberi serba sedikit informasi bagi yang mencari penginapan homestay di sekitar Benta, Kampung Jeransang, Kerambit atau Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur. 

26 Comments

  1. asalam..wah banyak ya rumah sewa..murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan milik AJ, etuza sekadar mempromosikannya, mudah-mudahan saling membantu dan memberi rezeki buat ownernya, in shaa allah :)

      Delete
  2. Kak...bila rumah dikelilingi alam semulajadi seronokkan kak...bila bangun pagi...ada satu aroma yang istimewa...bau embun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC di sini masih dingin jika malam dan subuh hari, Alhamdulillah.

      Delete
  3. luasnya kawasan homestay tu k.Ana..keliling hijau nyaman je ..

    ReplyDelete
  4. Selasanya nampak! Siap ade aircond n astro lagi.

    ReplyDelete
  5. Best kalau homestay macam ni. Dekat kampung pulak memang nyaman sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi ni memang kawasan kampung kan nani :)

      Delete
  6. Eh murah ni..erm tunggu anak sedara kawin la baru pergi stay..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi yang agak jauh dari bandar memang murah anis sewanya :)

      Delete
  7. Bila hari raya atau ada event time sedara-mara ramai datang Homestay memang sangat diperlukan. Bagi mereka yang ada rumah dikampung dari terbiar lebih baik buat homestay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mrs A, sekarang homestay satu keperluan dah kan :)

      Delete
  8. Suasana kampung tu...seronok dengar bunyi cengkerik malam2...

    ReplyDelete
  9. wah luas.
    yes... nyaman kawasan sekitarnya :)

    ReplyDelete
  10. Mmmm...hujung bulan ni insyaAllah akan bercuti di Perak..pilihan pertama sentosa villa resort..harap2 boleh lawat taiping dan kuala sepetang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang ke bumi Perak Darul Ridzuan kak Mala, :)

      Delete
  11. Tengok pun dah tahu homestay tu cukup selesa.Kak zai suka laman yang dipenuhi dengan pokok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah selesa cuma suasana kampung kak Zai :)

      Delete
  12. Salam tahun baru 2016 Ana :)

    ReplyDelete
  13. Salam AJ, di kampung Jeransang - Kerambit nie ada bilik sewa ? Berapa kadar sewanya sebulan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mekik, maaf sangat saya tiada sebarang info tentang bilik sewa di kampung Jerangsang - Kerambit ni, mungkin boleh cuba bertanya pada owner homestay di nombor yang tertera di dalam entri ini. Terima kasih :)

      Delete