Resepi Mee Kari Ala-ala Kopitiam
Salam Jumaat, penghulu segala hari..Pertama kali ana berkongsi resepi yang bukan dari air tangan ana sendiri. Kali ini ana kongsikan satu menu menarik yang biasa kita masak, cuma berlainan resepinya sedikit dari kebiasaan. Menurut pemilik resepi ni, rasa kuah mee karinya ala-ala yang dijual di kebanyakkan kopitiam. Apa kata kita tengok dahulu bahan-bahan dalam resepi kuah mee kari ini dan mungkin boleh membayangkan kombinasi dari segi rasanya. Maklumlah lain orang lain citarasanya. Terima kasih buat adik sepupu ana, Farhana Jafar atas keizinannya berkongsi resepi kuah mee kari ala-ala Kopitiam ni.. Lain kali share lagi ye ...
Amacam ?? Mengancam tak penuh sarat aneka pilihan bebola ikan dan kerang kan..Bagi yang ingin mencuba di sini ana sertakan resepi untuk kuahnya. Terima kasih buat empunya resepi Puan Farhana :)
Resepi Kuah Mee Kari Ala Kopitiam
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat (pssstt...pekat sangat tak sedap tau)
4 cawan air
Isi ayam (yang Anna masak ni pakai 3 ketul chicken wings je)
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu makan petis/otak udang
3 sudu cili boh (nak pedas lagi boleh tambah)
1 paket kecil serbuk kari
1 kiub stok ayam
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Tumbuk atau blend bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan serai. Gaulkan bahan yang dah ditumbuk lumat bersama serbuk kari, otak udang dan cili boh.
2. Tumis bahan tersebut kemudian masukkan daun kari dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, air, santan dan kiub stok ayam. Tunggu sehingga mendidih dan perisakan dengan garam, gula dan asam jawa.. Tadaa dah siap...
Kuah nya jangan pekat sangat nanti tak sedap, muak pun sama.. Yang ni resepi untuk 4 orang makan.. Fishball tu semua celurkan saja, tak masuk dalam kuah, cuma isi ayam dan tauhu kering saja didalam kuah ye.. Kerang juga rebus sedikit saja separuh masak , dan tak masak sekali di dalam kuah.Selamat mencuba .
#DariDapurAnna
24 Comments
Wow banyak lauk sampingan mee kari tu..gerenti kenyang mkn..sedap ni kan kak..
ReplyDeletehihi kan wana, macam-macam ada tuu :)
DeletePergh.. sedap ni kak ana. puas makan. ros amik resepi kuah ni ya. TQ ^^
ReplyDeleteOK Ros, selamat mencuba ye nanti update balik tau :)
DeleteNmpk sedap... Yumm..
ReplyDeleteyummyyy :)
DeleteBaru teringat...dah lama juga kakcik tak buat mee kari... :)
ReplyDeleteweekend ni mengkari lah kita kak cik hihi :)
Deletecedaaappnyeeee
ReplyDeleteSha ni semuapun sedap jee :)
Deleteuishhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteamboi qila, semua sedap yee :)
DeleteMee kari feveret lya..lma da x msk.last raya thn lps
ReplyDeletelama dah tu Lya, kena masak balik dah ni hihi :)
Deletesalam kak ana Tengok gamabq dah terliuq~
ReplyDeletehaha Yana, jom pakat masak mee kari cuti tiga hari ni nak :)
Deletemcm nk buat mee je Ana esuk hehe sedap tengok dlm pinggan tu
ReplyDeletehaha versi kak noor pasti gempak sedap punya lah :)
DeleteSedap nie, nak try la nanti
ReplyDeleteboleh je Zumal mencubanya kay :)
Deletebetul Ana, mee kari kalau terlampau lemak sangat tak sedap..cepat jemu..
ReplyDeletekan kak Mala :)
DeleteTengok gambar pun dah terliur, acaner? Hehe
ReplyDeleteacaner Sha, kenalah masak kan hihi :)
Delete