Seperti yang ana ceritakan di dalam entri sebelum ini tentang lawatan ke Mardi,Cameron Highland di SINI ,percutian ke Cameron Highland kali ini memang tidak dirancang sama sekali. Dan risiko yang terpaksa kami ambil ialah mendapatkan penginapan yang selesa untuk bermalam disana. Setelah selamat sampai ke Tanah Rata, kami berlegar-legar sekitar bandar dan singgah di beberapa buah bajet hotel untuk bertanyakan bilik.Memang masih banyak bilik kosong, cuma yang tidak menyenangkan ialah lokasi kebanyakkan hotel bajet disini ialah di deretan shoplot. Masalah utama pastinya ruang parkir kereta, kedua kesesakkan dan bising dan ketika kebersihan dan keselesaan bilik yang mana kebanyakkannya tidak bertingkap.

Selepas beberapa ketika, ana terpandang sebuah hotel di bangunannya sendiri di belakang deretan kedai di jalan utama pekan Tanah Rata. Bird's Nest Hotel. Kami singgah dan Alhamdulillah terdapat beberapa lagi bilik kosong dan dengan penyambut tetamu yang begitu 'friendly' memberikan harga istimewa dua bilik kepada kami hari itu.Jom ana kongsikan sebuah review bermalam di sini.

Bird's Nest Hotel,Cameron Highland

 




Hotel Bird's Nest, Cameron Highland ialah sebuah boutique hotel dengan kemudahan 28 buah bilik pelbagai jenis. Kami mengambil dua buah bilik, satu 'superior queen' untuk ana dan suami, manakala Adik Ika dan Kak Long di 'superior twin ' dengan dua katil single. Harganya amat berbaloi lebih kurang RM320 ( harga pada entri diterbitkan, mungkin ada perubahan di masa akan datang)  termasuk gst untuk dua buah bilik. Harga juga adalah tertaluk kepada tarif bilik untuk peak season, weekend atau weekdays. Ianya lebih murah dari yang kami tanya di sebuah hotel bajet sebelumnya.


hotel selesa di cameron highland

Yang penting ianya luas dan selesa kerana terdapat banyak ruang parkir sekitar hotel serta jauh sedikit dari jalan utama yang pastinya bising dan sesak. Bilik-bilik dan tandas juga bersih.Terdapat kemudahan wifi serta Astro dengan beberapa channel terpilih. Cuma agak kurang sesuai untuk warga emas kerana hotel ini tidak mempunyai kemudahan lif untuk naik ke bilik. 


Ruang lobi Bird's Nest Hotel,Cameron Highland


Ruang lobi bersebelahan reception counter yang cantik

Di sebelah luar Bird's Nest Hotel ini, terdapat sebuah ruang santai yang cantik. Sejuk sangat apabila kami lepas-lepak disini di sebelah malam selepas makan malam dan ke pasar malam di Brinchang. Angin malam di Cameron Highland amat sejuk ketika kunjungan kami kali ini mendinginkan tubuh. Subhanallah.







Ini pula dua buah bilik yang kami sewa, sebuah bilik dengan katil queen dan untuk anak-anak dua buah katil single. Selesa dan bersih sekali .Terdapat sebuah lcd, dua botol air mineral, jug letrik, cawan dan instant coffee. Bilik air dilengkapi alat pemanas dan dua tuala mandi. Kalau tak ada pemanas memang tak payah mandilah sebab disini ketika itu teramat sejuk sekali malamnya. Dan bagi yang pertama kali ingin bermalam di Cameron Highland, perlu diberitahu bahawa hotel-hotel disini memang tiada penghawa dingin okay...Sejuk semulajadi. 







Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com kali ini dapat membantu mereka yang tercari-cari hotel yang murah dan selesa di Cameron Highland untuk bercuti. Hotel ini juga sangat dekat dengan bandar Tanah Rata, berjalan kaki sahaja dari hotel untuk ke kedai-kedai makan, kedai cenderhati dan sebagainya. Malahan pagi itu, kami berjalan kaki selepas sarapan pagi sehingga ke taman awam di Tanah Rata kerana cuaca yang dingin dan menyegarkan. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 05- 491 4374 . Atau ke facebook :Bird's Nest Hotel Cameron Highland atau terus walk in di alamat No1, Jalan Perdah,39000 Tanah Rata,Cameron Highland. 

Selamat bercuti :) 


12 Comments

  1. Macam best tapi tak mampula kalau nak kena angkat barang2 ke tingkat 3 atau 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sahaja lah kekurangan hotel ni anis, tanpa lif, yang lain okay semua selesa sangat :) macam kak ana masih okay sebab anak-anak dah besar boleh bawa beg masing2 kan, kalau ada warga emas dan anak-anak kecil tu payah sikit lah :)

      Delete
  2. bestnye kak ana..harga memang berbaloi2...saya lagi sanggup hangkut beg turun naik tangga dari tido dalam bilik yg teruk...ada pengalaman yg saya tulis kat n3

    http://wanitagaramdangula.blogspot.my/2016/02/chalet-di-cameron-highland-yang-indah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana dah baca entri malinda, tak dinafikan melalui forum2 di website kita akan dapat komen2 negatif atau positif dari pengalaman penghuni sebelumnya. Sedih baca kisah Malinda teraniaya sungguh bila berhadapan situasi sebegini.

      Delete
  3. Cantik hotelnya Ana..mungkin lain kali pergi nak tido ditanah rata pula...dulu2 pi semua tido area brincang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak mala, ana dah tiga kali tidur di tanah rata dan dua kali di brinchang, alhamdulillah dua-dua agak selesa dan sejuk juga cuma peak seoson tu jalan jem ya amat di brinchang ni menghala ke kea farm tu.. adoi..azab .

      Delete
  4. Menarik nie.. Boleh dijadikan panduan.. Manalah tahu tetibe nak bercuti ke cameron.. thanks kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ,Sha berkongsi pengalaman disini,semoga bermanfaat :)

      Delete