Filem Langit Cinta



Fazura.. memang ana suka sangat dengan lakonan Fazura Syarifudin ni, dari filem Gol dan Gincu lagi ana sudah mula menonton pelakon cantik ni, comel sangat. Biarlah dengan pelbagai gossip dan kontroversinya pada ana meminati pelakon atau penyanyi ni pada bakat dan naskah yang dilakonkan atau suara mereka sahaja.Cukup sampai situ, siapa lah ana untuk mengambil tahu kisah-kisah peribadi mereka, kerana mereka juga insan biasa makhluk Allah swt yang sentiasa ada kekurangan.



Langit cinta.. siapa lagi kalau bukan garapan Osman Ali, kali ini sekali lagi bergenangan airmata, merintih bersama Nur Khadejah menanti kepulangan suami dengan kandungan yang semakin hari semakin sarat dan  lebih hebat ditinggalkan ibu tercinta di saat amat memerlukan kehadirannya disisi.

Terusik juga dengan keikhlasan Budiman yang menggalas tanggung jawab sebagai seorang kawan sepermainan sehingga menggantikan tempat suami yang hilang tanpa khabar berita. Kadang-kadang itulah permainan takdir, menyintai namun tidak memiliki. Derita yang dicintai adalah lara juga buat si pencinta dan kebahagiaannya mungkin senyuman buat dirinya. Inilah yang ana rasai ketika menonton filem Langit Cinta di Astro First minggu ini. Tahniah buat Osman Ali, sebuah filem yang cukup indah dengan mesej yang bersih dan cinta suci, cinta halal.







Sinopsis Langit Cinta 


Langit yang cerah tidak menjanjikan kebahagiaan, hanya sekadar harapan. Begitu juga dengan hari-hari yang dilalui oleh Khadeja, gadis kampung yang menetap bersama ibunya di Pulau Perindu.

Kehidupan Khadeja berubah apabila, Aliff ,anak kepada Datuk Affendi seorang usahawan yang ingin membuat pelaburan di Pulau Perindu, jatuh cinta pandang pertama pada Khadeja. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff untuk mendapatkan Khadeja berjaya melembutkan jiwa kental gadus itu hingga cinta mereka berputik dengan segar. Mereka tetap hidup bahagia biarpun menerima tentangan hebat daripada keluarga Aliff.

“Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu… dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang,” kata-kata luhur seorang suami yang dicintainya membuat Khadeja semakin bahagia.

Namun, langit cinta mereka tidak selalunya cerah. Kegembiraan Khadeja diduga apabila Aliff tidak pulang selepas menziarahi bapanya yang dikhabarkan sakit di Kuala Lumpur. Penantian Khadeja hanyalah sia-sia apabila Aliff tidak juga muncul mahupun mengutuskan khabar berita. Budiman, sahabatnya sejak kecil sentiasa di sisi memberi semangat dan pertolongan setiap kali diperlukan wanita yang dicintai dalam diam itu.

Walaupun Khadeja bukan lagi gadis seperti dahulu, cinta Budiman tidak pernah berubah. Ketulusan Budiman yang sentiasa memberi sokongan membuatkan Khadeja tersepit.

Tajuk : Langit Cinta
Genre Filem : Romantik Drama
Pengarah : Osman Ali
Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Nuansa Sdn. Bhd.
Produksi : Nuasa Sdn. Bhd.


BARISAN PELAKON

Nur Fazura sbg Khadeja
Keith Foo sbg Aliff Affendi
Farid Kamil sbg Budiman
Siti Saleha sbg Suzanna
Nadzmi Adhwa sbg Leroy Affendi
Fauziah Ahmad Daud sbg Mak Piah
Zaidi Omar sbg Pak Tam
Dato Jalaluddin Hassan sbg Datuk Affendi
Dian P Ramlee sbg Datin Soraya
Normah Damanhuri sbg Hasnah
Ammar Alfian Aziz sbg Jali
Aida Khalida sbg Puan Sri Salina








Lirik Langit Cinta - Dayang Nurfaizah


Ku bermohon
Bawah langitMu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta
Sekuat mana pun
Takkan melepasi
CintaMu yang suci


Hati ini
Pedih menanti
Mengharapkan
Kasih kembali
Semua cinta
Yang telah ku beri
Hanya kepadanya
Tak mungkin berganti


Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hatinya


Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu


Jika bukan dia
Cintaku ini
Ambillah kembali
Dari hati


Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hatinya


Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu


Ku bermohon
Bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat
Mana pun
Takkan melepasi
Cinta-Mu yang suci


20 Comments

  1. memang best ..lagu pun meleleh tu anaJ

    ReplyDelete
  2. Ini filem kedua Osman Ali kak tonton selepas Ombak Rindu, pada masa yang sama nak tengok kenalan yang berlakon dlm filem tu..tapi tak puas tengok filem ni sebab Osman tak tonjolkan latar belakang kehidupan dan suasana sebenar penduduk pulau tu....nampak tak real...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke kak Mala, osman ali kreatif dalam mencantikkan sesebuah filemnya dari aspek cinematografinya kan... ,sama seperti ombak rindu latar belakang desa, cuma mungkin beliau nak fokus pada watak kali ini kak mala :)

      Delete
  3. Allahu..pasti banyak pengajarannya kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang baik kita jadikan pengajaran PC in shaa Allah .

      Delete
  4. lagu langit cinta ni best kak. lagu jiwang2 mmg yumida suka layan
    tgk iklan kat tv mcm best je, keith foo lg berlakon tu, buah hati :)
    tunggu cd keluar baru dpt tgk filem ni
    xde pawagam kat sini, pekan kecil. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi peminat keith foo rupanya mama amirah ni ye.. hihi kak ana menontonnya di astro first yumida , pawagam hari tu tak berkesempatan :(

      Delete
  5. nnti nk tgk lah..sha suka lagu tema tuu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sedih Mar, memang tangkap leleh menontonnya :(

      Delete
  7. Dengar lagu yang dinyanyikan Dayang pun dah tangkap leleh. Mesti cerita dia pun best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedpakan lagu ni kak zai, filem ni memang filem airmata :(

      Delete
  8. Wow.. sinopsis dia menarik..
    Fazura nya lakonan memang ohsem..
    Sha sama macam kak ana, meminati lakonan fazura namun tidak gosipnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana memang meminati fazura ni Sha, cantik sangat dan berbakat dalam setiap watak yang dibawanya :)

      Delete
  9. Ni yang nak order kat Astro 1st ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat cepat Mrs A order sekarang juga hihi :)

      Delete