kuih bangkit

Kuih bakar atau kuih bangkit 


Lama sungguh ana tak makan kuih bakar ni. Kami di Teluk Intan, panggil biskut ni kuih bakar namun ada juga yang memanggilnya kuih bangkit. Ikut dialek daerah masing-masing kan. Ada kisah yang penuh nostalgia apabila ana melihat semula kuih bakar ni. Teringat kembali zaman kanak-kanak ketika penghujung Ramadan. Arwah mak saudara ana wajib nak menyediakan kuih bakar ni untuk hidangan di pagi raya. Caranya bukan lah semudah masa kini. 


Bayangkan diketika kita sedang berpuasa dipenghujung Ramadan, mak saudara ana ni menyediakan kuih bakar dengan cara yang sungguh tradisional. Mula-mula tepung-tepung yang hendak di adun tu akan dijemur di panas terik. Kemudian di adun, diuli sehingga lembut dengan tangan. Bukan macam sekarang semua guna 'mixer' sahaja. Hampir setengah jam jugalah arwah menguli tepung ni.

Setelah itu di canai di belakang talam, di terap dengan acuan yang dikehendaki, kemudia di bakar dengan arang. Memandangkan pada masa itu tiada oven elektrik di rumah, cara membakar kuih bakar dan kuih bahulu di buat secara manual dan tradisional.

Api kayu arang dinyalakan di bawah sebuah periuk besar yang di alas pasir dalamnya. Ini untuk mengawal kepanasan api tidak terlalu terus ke adunan kuih. Kemudian di isi adunan kuih yang di terap dengan acuan tadi di dalam tudung periuk atau dulang kecil yang disapu minyak agar tidak melekat. Isi kan ke dalam periuk yang beralas pasir tadi. Kemudian ia ditutup dengan satu lagi lapisan bara dari nyalaan sabut kelapa yang di letakkan di atas satu lagi tudung periuk besar, atau talam atau juga kadang-kadang tin biskut yang belah dua.

Pasti anak-anak muda masa kini tidak dapat bayangkan apa yang ana maksudkan di atas. Tak tercapai akalmu kan :) Ia sama seperti teknik oven yang menggunakan haba dari api atas dan bawah untuk memasak biskut. Cuma segalanya secara manual. Penyepit arang digunakan untuk mengangkat lapisan api atas untuk melihat sama ada adunan sudah masak atau belum. Dan yang paling perit ialah haba panas dan asap yang terpaksa dirasai sepanjang proses menyediakan kuih bakar ni. Apatah lagi ketika itu kita sedang berpuasa.


Terjumpa juga imej di Google Image; kredit foto forum.com

Inilah nostalgia yang bermain di fikiran ana ketika terpandang kuih bakar yang ana dapat dari sebuah majlis perkahwinan jiran baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang semua nya mudah. Letakkan sahaja di dalam oven, tentukan suhu dan selaraskan 'timer'. Tak perlu duduk menghadap bahang panas seperti yang pernah dilakukan oleh arwah mak saudara ana dahulu ketika ana masih lagi kanak-kanak. Semangat mereka untuk menyediakan pelbagai juadah hari raya begitu tinggi sekali. Allahu Akbar. Al-Fatihah buat arwah yang telah lama meninggalkan kami semua, Allahyarhamah Esah binti Saidin.

28 Comments

  1. org sekarang thu hulur duit jer..:)

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak ana..kite pun suka makan...

    ReplyDelete
  3. suka gak..tapi rasa kuih bangkit sekarang dengan yang dulu tak sama.untung akak pernah tengok arwah mak saudara akak buat cara tradisional.tak nak cuba ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sal, lama dah tuu, haha tak lah kut nak duk mengadap api bagai tu.. gigih kan org dulu2.

      Delete
  4. Kuih bangkit santan PC panggil kak ana...aura asap tu yang best kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada buh santan juga yang tradisional ni kan :)

      Delete
  5. Kita suka sangat kuih bangkit ni. Paling teringat makan sedap kat rumah tukang urut mak lepas mak bersalinkan adik. Sedapnyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kena cari balik rumah tukang urut tu anis hihi :)

      Delete
  6. Dulu2 kakcik suka makan 'koi bako' ni cecah kopi O... :)

    ReplyDelete
  7. Arwah nenek dah takde.. jadi tak merasa dah air tangan nenek.. :( kalau teringin, beli je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah aiza, betul tu sekarang semuanya kena beli dah kuih2 tradisional ni.

      Delete
  8. lama tak makan kuih bakar...yang tradisional lebih baik rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan arz :) lain sikit rasanya nak2 airtangan insan2 tersayang.

      Delete
  9. Teringat kat arwah wan esah....dia rajin buat kuih bakar ni.....kita tolong titik warna merah kt tgh2 kuih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah efa, takad tu je lah yang kita tolong tak pun tukang sepet kat kuih yang dah di terap tu :)

      Delete
  10. feveret kuih ni...tengok gambar kat atas tu amboi...cantik betul kuih bakar tu. Mesti sedap punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kak mala , antara kuih tradisional kita yang semakin dilupakan.

      Delete
  11. Kuih org lama ni. Wan Cikla mmg pakar buat kuih ni... Kuih yg dibakar dgn sabut lg sedap kn... Isshhh... Teringin pulak... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah cik la kegigihan orang dulu2 dalam menyediakan juadah hari raya,penuh kasih sayang buat anak-cucu yang bakal balik ke kampung halaman

      Delete
  12. Kak ana saya masih ingat cara bako kuih camtu...mak saya kalau bako bahulu tahun 90an dulu pon masih guna cara ni...tong mintak kelapa di belah dua...kemudian letak arang atas dan bawah...sabut kelapa pon mak guna jugak...kalau buat time bulan pose merah2 muka tahan panas...pastu time berbuka mesti minum air berjug2 punye la...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, sama lah Malinda, berbahang hangatnya kata orang Perak, namun tetap nak buat juga, bila berbuka tu siaplah ais dulu yang dicarikan, rindunya saat itu.

      Delete
  13. Patutlah orang cakap kuih tradisional yang dimasak dgn cara tradisional lg sedap dr kuih tradisional yg dimasak cara moden. Zaman kecik2 dulu sempat tengok nenek memasak dgn dapur arang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu rahsianya ia dibuat dengan penuh kasih sayang, bukan untuk mencari keuntungan kan , nilai tu yang amat berharga dahulu dai sekarang ni.

      Delete
  14. skarang ada yang macam2 perisa.. stroberi la.. paandanla.. CT tak minat sngt tp okayla kalo orang jamu. tibai je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelbagai inovasi telah dilakukan secara moden kan CT, betul lah, kalau ada ngap je kan, senang hidup .

      Delete