Tak kira lah majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, majlis alqiqah dan cukur rambut bayi, majlis pertunangan dan sebagainya, selain sajian utama di meja makan yang menyajikan lauk pauk, candy buffet atau candy bar merupakan salah satu lagi perkara yang sering menjadi tumpuan tetamu yang hadir. Khasnya kanak-kanak lah pasti teruja dengan pelbagai manisan dan pencuci mulut yang tersusun cantik di satu sudut ruang majlis. Bagi yang muda remaja ni pula sudut candy buffet pastilah tempat paling cun untuk bergambar kan. Dan hari ini, ana kongsikan di www.anajingga.com, beberapa idea susun atur sebuah meja candy buffet yang mungkin dapat memberi idea bagi mereka yang ingin membuatnya sendiri. 


 Idea Candy Buffet Untuk Majlis




Antara yang sering dijadikan bahan kudapan di dalam menu sebuah meja candy buffet ialah marshmallow, coklat. wafer, gula-gula pelbagai warna dan saiz, cupcake,apam dot-dot dan pelbagai apam yang berwarna-warni, keropok, kuih muih dan macam-macam pilihan yang ada. Terdapat juga yang turut menyediakan coklat fountain untuk dipping sauce nya. Yang penting ianya mengikut tema warna dan sambutan majlis. 






























Hebatkan, semua cantik-cantik. Apa yang penting dalam meyediakan sebuah meja candy buffet atau candy bar ini ialah tema. Tema dari segi warna dan juga probs yang bakal digunakan untuk menatarias sebuah meja candy buffet yang pastinya bersesuaian dengan majlis. Atau paling mudah boleh sahaja hubungi mana-mana katering yang menyediakan perkhidmatan candy buffet. Bagi mereka yang berada di Teluk Intan dan berminat untuk menempah candy buffet untuk majlis boleh ke SINI

13 Comments

  1. Ana, tiba2 saja mcm nak buat candy bar...cantik dan menariknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak Mala seronok tengok dekorasi yang comel dan cantik macam ni kan :)

      Delete
  2. Tumpuan utama anak2 kan.. hihi
    Thanks for sharing this collection sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, most welcome acik idah..kongsi-kongsi idea disni :)

      Delete
  3. sume cantik2 dan nampak manis...tapi kalau yg guna balang2 kaca tu nampak cam ngeri sikit kak...hahaha...pepaham jelah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm biasalah tu Malinda, tapi boleh sahaja kita tukarkan dengan balang atau bekas lain, tengok ada majlis kan :)

      Delete
  4. Kalau kenduri saudara mara, CP mesti ditugaskan untuk buat candy bar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab CP kreatif agaknya diberi kepercayaan untuk menyediakan candy bar ni :)

      Delete
  5. cantiknyeeee...idea yang baik ni untuk majlis kawen nanti...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececeh, jangan lupa kad jemputan untuk kak ana ye zatie :)

      Delete
  6. Cantik! Kreatif betul org yg design ni..

    ReplyDelete