Teh Tarik Place - Sunway Putra Mall




Sebelum ni, ana telah pun menerima jemputan dari Food Ink untuk review Teh Tarik Place di Selayang, namun ana tidak dapat hadir ke sana. Baru-baru ni, selepas menonton filem Dilwale di TGV Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, bersama jiran sempat juga kami minum petang di Teh Tarik Place disini. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan kepada pelanggan yang mana bercirikan makanan popular masyarakat Malaysia.

Konsep dan hiasan dalaman yang sempoi dan santai membuatkan kita berasa lebih selesa berbual bersama kawan dan keluarga sambil menikmati hidangan yang tidak mengecewakan. Di Teh Tarik Place, Sunway Putra Mall ini juga kita boleh memilih untuk duduk di ruang terbuka di luar bangunan sambil melihat pemandangan sekitar kawasan menghadap hotel Seri Pasifik. 






Untuk yang ingin menjamu selera di sini, hari ini ana kongsikan semula beberapa menu yang kami order dan makan hari tersebut. Mungkin boleh jamu-jamu mata dahulu dan mana tahu bila berkesempatan bolehlah singgah makan di Teh Tarik Place yang terdapat banyak cawangannya di Malaysia.




Dah nama pun Teh Tarik Place, maka minuman wajib  yang kena rasa disini pastilah teh tariknya kan. Pada selera ana, teh tarik disini biasa-biasa sahaja kesedapannya. Rasa yang selalu kita minum di mana-mana gerai atau kedai makan, kalau ikut kepekatan atau 'kaw' nya, pada ana, teh tarik di restoran mamak jauh lebih 'kaw'. Namun kita kena ingat, teh tarik yang terlalu pekat dan manis tidak bagus diminum selalu dari segi kesihatan. Berpada-padalah kan...



Set menu ini pula ialah nasi kerabu bersama ayam percik. Sedap, tidak mengecewakan dan ayam perciknya lebih pada rasa rendang ayam. Turut di hidangkan separuh telur masin dan sambal.


Nasi Goreng Ayam Teh Tarik Place 

Nasi lemak sambal udang 


Nasi lemak biasa 


Cucur udang 

Okay secara jujurnya ana rasa menu cucur udang disini memang tidak berbaloi dengan harga. Seketul cucur udang di atas berharga Rm2.80. Saiz yang kecil dan cuma terdapat seekor udang kecil di dalamnya dan disajikan bersama sos.

Lain-lain menu makanan agak sedap juga. Harganya berpadananlah dengan lokasinya di dalam pusat membeli belah lima bintang di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kita kena relevan tentang harga dan lokasi sesebuah restoran yang kita kunjungi. 








Apapun pilihan di tangan kita, buatlah pilihan untuk makan di mana-mana restoran mengikut bajet masing-masing. Pada selera ana, Teh Tarik Place tidak mengecewakan dari segi sajian makanan yang kami makan petang itu. Harga berpatutan dan suasana santai ruang makan amat selesa. 



12 Comments

  1. Laksa dan mee goreng mamak dia sedap tau kak...cuba la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke SA, nanti boleh lah kak ana cuba in shaa allah :)

      Delete
  2. Nasi kerabu tu hari tu ibu makan, memang sedap..

    Laksa pun sedap bak kata kak SA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Zaf nasi kerabu tu not bad, tu lah kena cuba ni laksa dia kan :)

      Delete
  3. Wahhh nanti boleh lah try pergi :)

    ReplyDelete
  4. sesekali nak mencuba apa salahnya kan kak ana..mungkin nak ubah rasa suasana..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi makan dekat sini..nampak sebelum ini tapi tak singgah pon..kalau ade masa nanti boleh pergi try..terliur tgk nasi kerabu.

    ReplyDelete
  6. Dah buka eh mall ni ....nanti pesta buku boleh lepak sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah suzie, boleh lah maii lepak2 sini nanti :)

      Delete