10 Hadiah Yang Saya Impikan Dari Lazada Sempena Hari Jadi
Wah, andainya ana diberi peluang untuk memilih sendiri hadiah yang diimpikan untuk sambutan Hari Jadi, pasti rambang mata membuat pelbagai pilihan yang ada di mana kalau bukan di www.lazada.com.my . Impikanlah apa sahaja yang dihajati semuanya ada di LAZADA. Cuma perlu klik dan klik dn terus klik, bayar dan tunggu hadiah akan sampai ke tangan kita.
Hari ini, ana ingin menyenaraikan 10 item atau barang yang sangat-sangat ana idamkan dari LAZADA. Manalah tahu kan tiba-tiba ada insan-insan tersayang yang terbaca entri ini, sekurang-kurangnya mereka dah tahu apa yang ana nak sangat dari LAZADA. Senang kan, tahu-tahu 'suprise' ana terima bila tiba Hari Lahir nanti. Jom kita cuci mata dahulu di LAZADA.COM.MY
10 Hadiah Yang Saya Impikan Dari Lazada Sempena Hari Jadi
1. Samsung 65" Series 7 Smart 4K UHD LED Curved TV
Fuhh, siapa tak nak kan Smart TV, saiz 65 " 'Curved' lagi atau dalam bahasa lazimnya TV Melengkung 65". Kalau dapat ni, puas sangatlah menikmati dan menghayati drama-drama pilihan sambil menatap wajah-wajah hero pujaan hati. Pasti kualiti gambar yang begitu baik dan paling best ianya Smart Tv. Kalau dah bosan menonton rancangan TV gunakannya untuk melayari internet. Wah bahagianya hidup kan.
2. Lenovo Laptop :
Nama lagi blogger, apalah seorang blogger tanpa laptop. Memang ana idamkan sangat sebuah laptop atau komputer riba yang mudah untuk ana menulis dan melayari internet di mana-mana dan disetiap ketika. Mudah-mudahan tercapai impian ana suatu hari nanti.Amiin.
3. Sony Mirrorless Digital Camera
Lagi satu gajet wajib bagi seorang blogger ialah kamera. Dapat pula kamera Mirrorless yang sangat sesuai untuk kaum wanita. Saiz yang lebih kecil,ringan dan mudah untuk menggunakannya.
4.Samsung Galaxy Note 5
Walaupun ana memang mempunyai smartphone buat masa ini, namun tak salah berangan untuk upgrade memiliki sebuah Samsung Galaxy Note 5 ni. Pasti lebih banyak gambar-gambar yang lebih cantik dapat ana ambil dan di kongsikan di blog www.anajingga.com atau pun di Instagram.
5.Hisense i Door Fridge
Kenapa ana nak sangat petisejuk comel ni? Sebab ana nak letakkannya di dalam bilik tidur. Cuaca panas sekarang ni memang cepat haus apatah lagi di tengah malam. Malas juga nak turun ke dapur untuk minum air dari peti sejuk yang ada. Bayangkan dapat memiliki sebuah mini fridge yang comel ni di dalam bilik tidur, selesai masalah kan.
6. Juicer
Sekarang ni ana sedang diet untuk kurus. Dan kebanyakkan hidangan diet yang bagus untuk badan ialah minum pelbagai jus yang berkhasiat. Alangkah indahnya jika dapat memiliki sebuah juicer yang awesome ni. Macam-macam jus boleh disediakan untuk menu sihat seisi keluarga.
7.Crocodile Leather Handbags
Dah nana lagi perempuan kan, handbag ni memang kegilaan semua wanita di luar sana. Cuba lihat tawaran dari LAZADA untuk Emberry Set of 3 in 1 Luxury Faux Crocodile Leather Handbags ni. Tiga barang pada harga yang tak masuk akal langsung. Mungkin cik abang boleh beli siap-siap sempena LAZADA Birthday Sales ni dan simpan sampai hari lahir ana nanti bagi, bolehkan..
8.Ray-Ban
Ana memang minat sangat dengan Ray-Ban Classic Aviator Sunglasses ni. Nampak sangat hebat bila dipakai oleh lelaki mahupun wanita. Gaya yang pasti menjanjikan kelainan pada si pemakainya. Dapat ni bolehlah gantikan yang lama tu.
9. King Size Multifunctional Wardrobe
Pelik kan, kenapa ana nak memiliki Wardrobe ni,sebabnya ia sangat sesuai untuk dijadikan organizer di dalam bilik tidur. Pakaian makin hari makin bertambah, ruang penyimpan di almari dah penuh, jika dapat hadiah wardrobe ni pasti menyelesaikan masalah ana. Jimat ruang dan yang paling penting, harganya tu, cuba bandingkan dengan yang dijual-jual di mana-mana online shop di kaca tv tu, berpuluh kali ganda lebih murah. Maka jadilah pengguna yang bijak kay.
10. Koleksi Tudung Aidi Juma
Ana ni seorang yang simple je, tak lah demand sangat dalam bergaya. Dan pilihan tudung yang ana suka ialah dari koleksi Aidijuma. Murah dan sangat selesa di pakai. Terdapat pelbagai pilihan corak yang ditawarkan di LAZADA dengan harga yang sangat-sangat mampu milik.
Inilah sepuluh hadiah yang sangat ana idamkan untuk hari lahir yang akan datang. Mungkin dengan perkongsian disini, dapat memberi inspirasi kepada pembaca www.anajingga.com yang sedang tercari-cari hadiah untuk yang tersayang. Jangan lupa, cepat-cepat ke LAZADA.COM.MY kerana sekarang terdapat jualan 'Birthday Sales LAZADA' yang menawarkan potongan harga sehingga 90%. Jangan berlengah lagi, nanti menyesal tak sudah. Sebut apa nama barang yang diinginkan semuanya ada di LAZADA.
This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
30 Comments
memang barang2 kat LAZADA murah2 giler..akak pun rambang mata dan terbeli jugak la beberapa kali..terutamanya tudung AJ tu..
ReplyDeletebetul tu kak Kamsiah, tudung Aj tu menawan hati sangat kan ,harga pun berpatutan sangat .
DeleteAamiin...
ReplyDeleteSemoga impian Ana di harijadi akan dimakbulkan Allah..
Kalau akak nak handbag tu Ana ;)
Haha NMI , berangan je ye..kan Handbag tu awesome sangat 3 in 1 lagi. :)
DeleteHiii amboi kemain wishlist...kalau lah jadi kenyataan kan apalah salah nak berangan sekejap.. Wani nak sangat kamera camtu.. Mudah - mudahan tercapai la hajat kak ana
ReplyDeletesamalah Wani kan, kamera tu pun kak ana mengidam sangat :)
Deletemoga ada antara impian menjadi kenyataan...
ReplyDeleteamiin, In shaa Allah azie kan mana tahu rezeki kan :)
Deletekak ana kebanyakan senarai kat atas tu saya pon mahuuuuuu jugakkkk...:') barang2 kat Lazada memang cantik2 kan
ReplyDeletewah sama taste kita ye malinda ,cayalah :)
Deletegood luck kak
ReplyDeleteThank you mommy Lynda :)
DeleteGood luck kak Ana
ReplyDeleteTQ CP :) good luck untuk CP juga ye :)
DeleteBerangan percuma kan. Saya pulak dah mintak husband belikan alat2 jahitan.
ReplyDeleteTu lah anis, kan FOC je..lagi bagus tu anis, boleh buat side income tuu :)
Deletesemoga apa yang diimpikan tu kesampaian..inshaAllah
ReplyDeletetq aryan azra :)
Deletegood luck Kak Anaaa
ReplyDeletetq Zaf :)
DeleteFuyooo kak ana..tu tu ray ban tuu cam adi putra punya laaa hahahhaa...semoga impian jadik kenyataan ya kak ana..
ReplyDeletehaa Lya sebab tu nak juga baru sedondon dengan pak aji adi putra kan haha :)
DeleteMoga ada rezeki kak Ana. InsyaAllah amin ;)
ReplyDeleteIn shaa Allah Ros, amiin :)
DeleteIn syaa Allah ana diberikan rezeki untuk dapat barang2 idaman.
ReplyDeleteKak Zai tak pernah beli barang online sbb tak pandai. Lebih suka pergi butik pekenan terus beli.
terima kasih kak zai, erm beli online ni untuk memeudahkan mereka yang ketiadaan masa kan kak zai :)
DeleteMrs. A dah terjebak pun K. Ana.
ReplyDeleteSedang menunggu-nunggu parcel dari Lazada ler ni hik!
wah hebat tu, seronok kan shoping di lazada ni, macam2 ada :)
Deleteterima kasih Wanz, dah daftar dengan IA dah :)
ReplyDeleteGood luck kak ana...
ReplyDelete