Kusyen bergambar 




Oren is Jingga. Dah lah kusyen bewarna Jingga dan dihiasi pula foto Mat Jingga, kucing kesayangan yang  telah meninggalkan mamanya. Pilih punya pilih produk nak menebus 'voucher' dari Printcious.com akhirnya sekali lagi ana memilih kusyen dengan cetakan gambar. Memang inilah produk yang paling 'ngam' dengan nilai voucher yang diberikan, lagipun boleh tahan lama disimpan elok-elok kan.


Pada awalnya, ana bercadang nak meletakkan gambar ana dan suami di kusyen tapi macam tak comel pulak buh gambar pakcik makcik kan. Biarlah yang comel-comel baru sedap mata memandang di sudut ruang nanti. Nak letak gambar Kak Long dan Adik, mereka dan ada dah kusyen sendiri ketika ana menebus 'voucher' pertama dahulu. Akhirnya ana mengambil keputusan mengabadikan gambar Jingga di dua buah kusyen berwarna oren dan 'watermark' www.anajingga.com. Yelah sebagai kenang-kenangan hasil dari blog anajingga juga kan.


kucing comel


Inilah gambar asal Jingga yang masih ana simpan. Masa ni dia kecil lagi, tengah aktif main.. dan nakal sangat. Gambar ni di ambil adik Ika ketika Jingga sedang lepak atas peti ais, 'port' lepak feveretnya. Rindu sangat pada Jingga. Kadang-kadang terjumpa sahaja kucing berwarna oren pasti teringat kat Jingga ni. Manja, tidur dalam sangkar di dalam rumah setiap malam. Bila masa nak tidur je, dengan sendiri dia masuk dalam sangkarnya. Macam-macam budak-budak ni hias tempat tidurnya.Siap bantal sekali dengan langsir. Namun dia tak chichi pula kat dalam biliknya ni.. bijak anak mama ni kan.




Dua ni lah kusyen pilihan Kak Long dan Adik Ika. Bagi yang berminat nak memiliki atau menempah kusyen bercetak gambar insan tersayang atau pelbagai lagi pilihan untuk hadiah kan buat yang teristimewa boleh lah ke www.printciuos.com. Macam-macam ada dan semuanya mengikut pilihan kita sendiri.