Buah Kulim


Pertama kali ana terlihat buah ni, mati-mati ingatkan buah pinang kering. Sebabnya dulu masa kecil memang selalulah nampak buah pinang kering ni kerana arwah moyang makan sireh dengan buah pinang sebagai aksesorinya. Lepas tu suami kata, bukan ni buah pompom yang banyak kat tepi jalan tu..ermm lagi lah salah sebab buah ni kecil-kecil je saiznya berbanding buah pompom bersaiz lebih besar. 

Sebenarnya sesaja nak mengarut tunjuk pandai , pak cik tu siang-siang dah letak nama kat buah tu, iaitu buah Kulim. Haa...pernah dengar tak? Jujur ana nak bagi tau, ni lah kali pertama sepanjang hayat jumpa buah Kulim ni. Kalau nama tempat Kulim kat Kedah tu pernah lah tahu tentangnya walaupun tak pernah sampai lagi.

Kat mana ana bersua muka dengan buah Kulim ni? Kat Pasar Tani Teluk Intan, baru-baru ni...Memang best sangat sesekali jengok Pasar Tani ni, macam-macam ada. Dari makanan tradisional Perak sampai lah aneka tumbuhan atau buah-buahan yang belum pernah kita jumpa sebelumnya. 

Menurut pak cik yang menjualnya, buah Kulim ni banyak khasiat. Katanya boleh mengubati penyakit buah pinggang. Waallahu a'lam. Itu kena rujuk pakar-pakar herba tradisional dari laman web atau blog mereka untuk kepastian. 

Buah Kulim ni mempunyai tempurung yang keras, dan perlu di pecahkan untuk mendapatkan isinya. Menurut pak cik tu lagi, isi buah kulim ni boleh di gunakan dalam masakan harian menggantikan bawang putih. Memang isinya yang telah dihiris berbau kuat seperti bau bawang putih. Ada yang memanggilnya bawang hutan.

Macam-macamkan kejadian Allah swt Yang Maha Pencipta. Dari carian di internet ana dapati selain di gunakan sebagai herba tradisioanl untuk pelbagai penyakit, di gunakan dalam masakan ia juga di gunakan oleh pemancing untuk umpan. Mungkin kerana baunya yang kuat menarik ikan untuk menghampiri mata kail. Bolehlah rujuk mana-mana laman web atau blog berkaitan untuk keterangan lebih lanjut. Disini, ana hanya kongsikan kisah buah Kulim yang pertama kali ana lihat depan mata.