Mula-mula sampai sini memang rasa lain sangat, serius.... seperti kembali ke era Retro dengan suasana yang old-skool. Dari dekorasi cafe dengan meletakkan bangku-bangku pelbagai jenis yang antik sangat hinggalah ke sajian yang di sajikan di dalam pinggan mangkuk lama ni. Kena sangatlah dengan jiwa retro ana ni, tambah nampak pinggan mangkuk lama yang memang menjadi sebahagian dari koleksi di rumah, amatlah teruja sekali. Itu belum lagi menikmati sajian makanan kat sini yang tak payah cerita lah... memang sedap.Kat mana tempat lepak yang awesome ala-ala hipster ni? Jom teruskan membaca di www.anajingga.com 




cafe hipster
kredit foto : IG Kecil By Kedai




Kecil By Kedai - The Hide-out in town


Bayangkan di tengah-tengah kesibukan kota raya Kuala Lumpur ni, tiba-tiba ada satu tempat lepak sambil minum kopi bersama kawan-kawan atau pun mengadakan majlis-majlis keraian seperti re-union, sambutan hari lahir serta pelbagai majlis yang sangat chill dan mendamaikan. Jauh dari kesesakan dan hanya di kelilingi pohon-pohon yang menghijau dan mendamaikan. Tak perlu pergi jauh, kerana tempat yang nyaman dan awesome untuk lepak ni cuma berada di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Di mana? Damansara Heights...erm percaya tak? Sebab itu lah Kecil By Kedai ni mengggunakan tagline - The Hide out in town.Best kan..





Jom ana kongsikan dahulu suasana di sekitar Cafe Kecil By Kedai . Kita ambil mood keadaan sekitar  yang dikelilingi kawasan hijau dengan pokok-pokok yang meneduhkan. Duduk santai sambil berbual dengan kawan-kawan dengan menikmati secawan kopi serta pelbagai hidangan yang sedap-sedap.






Nak tengok lagi banyak foto-foto tentang Cafe Kecil By Kedai dari sudut fotografi yang lebih cantik, jom klik sahaja di sini - Kecil By Kedai . Ana pasti ramai yang akan terkasima dengan foto-foto cantik sekitar cafe dengan pelbagai tema majlis yang pernah di adakan di sini. Selain datang lepak dan minum, Kecil By Kedai juga menerima tempahan untuk majlis persendirian. Tapi kenalah booking atau buat tempahan terlebih dahulu, boleh hubungi terus : 012-4899 771.


kredit foto : IG kecilbykedai



kredit foto: IG kecilbykedai

kredit foto:IG kecilbykedai


Menu sedap dari Kecil by Kedai


Now, lets talk about food... Kita jamu mata dulu dengan menu makanan yang ada di Kecil By Kedai.Serius...memang sempoi sangat menu-menu yang ada di sini. Petang tu, ana mencuba pelbagai menu mereka.. dan paling best ialah meatball Kecil. Meatball yang di hidangkan bersama homemade sos bersama kentang goreng memang menawan hati Adik Ika. Separuh juadah dia sahaja yang habiskan..

Meatball

Cuba tengok fries tu, happening sangat di hidang di dalam bekas mangkuk tingkat lama atau kalau orang Perak, kami panggil si'a. Unik kan..

Latte


Suami dan Adik Ika minum latte petang tu,dan ana dan kak long, macam biasa kurang sikit menggemari minuman berkrim ni, jadi ana minum plain tea atau teh o lah senang cerita kan.Dan paling awesome ia di hidangkan di dalam teko lama yang cantik sangat corak dan bentuknya. Geram je tengok dan memang lepas ni nak gi cari  teko lama pula tambah koleksi pinggan mangkuk lama di rumah tu.


teko antik


Turut menjadi pilihan kami petang tu ialah chicken wrap dan juga spicy chicken pop.Sambil berborak sambil makan. Mau tak kenyang kan....


chicken wrap

spicy chicken pop


Dan hidangan pencuci mulut atau dessert kami petang tu ialah Dark Chocolate Tart with Sprinkle of seasalt yang penuh rasa coklat dan juga Smores Cupcake.


chocolate tart


dark chocolate tart


smores cupcake


Okaylah...nak cerita lebih pun tak larat dah nak baca kan, bagi yang memang suka lepak-lepak di tempat yang santai, dikelilingi alam semula jadi dengan pokok-pokok serta suasana old skool, ala-ala hipster tu tempat ni lah yang paling sesuai untuk korang semua. Kat mana lokasinya ... dekat sahaja sekitar Kuala Lumpur ni.

Kecil By Kedai terletak di No: 2, Lorong Kekabu, 
Jalan Jelutong, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

Hubungi : 012-4899 771 
(untuk sebarang pertanyaan dan tempahan)

Dibuka setiap hari 4 petang hingga 11 malam (kecuali Isnin)

Boleh juga lawati di :
 Instagram - kecilbykedai 
atau
 Facebook :Kecil By Kedai

Terkini dari Kecil By Kedai - juga menyediakan perkhidmatan lunch-box 


lunchbox

Free delivery!! Sekitar Bandar Utama, TTDI,Bangsar,Jalan Dungun,Jalan Batai,Bukit Damansara,PWTC, KL Sentral 

Nak order sila hubungi : 

Whatsapp/Telegram : 012-5900 392 (Talia)

34 Comments

  1. Bestnya Ana dapat pegi tempat macam ni, syukur berkongsi di sini bole la ada ilmu sikit kut kut lalu kut damansara heights tu. Snow cupcake tu nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, mana tahu ada kesempatan ke damansara heights bolehlah singgah babYpose :)

      Delete
  2. Replies
    1. cantikkan NH :) bolehlah singgah nanti kay

      Delete
  3. nice place to hang out.. thanks for the info..hehee..

    ReplyDelete
  4. Ana, cantiknya cafe ni dan mmmg oldies kan...kreatif!

    ReplyDelete
  5. macam back to basic..best jer kalau kedai makan macam ni, simple and paling peting selesa dan jauh dari town..bestnya,,ase macam nak pi jer..huhu

    ReplyDelete
  6. Cantik dan tenang tempatnya. Kak Zai suka tengok pinggan lama tu.

    ReplyDelete
  7. mak aihh! perkakasan dan dekorasi kedai.. kerusi jaman kita kecik2 dulu.. sangat rare! nak gi jugaklah.. hehe..

    Nak tahu apakah tumbuhan paling kuat akarnya?

    ReplyDelete
  8. tengok pinggan cawan teringat dulu2 masa dikampung

    ReplyDelete
  9. Kerusi plastik tu...teringat sangat zaman kecik2 dulu. Kat rumah ada ni masa tahun 70an...retro betul la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah gak tengok kerusi macam tu dulu kak Mala ,duduk pun best je :)

      Delete
  10. retro tuuu..kerusi pakai tali wayar wrna warni tu pyh dh kot nk jumpa skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha.. retro sungguh kalau lepak kat sini :)

      Delete
  11. best gilerrrr la..nostalgia betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kalau dekat boleh mai lepak naa CP sambil review kan :)

      Delete
  12. Macam-macam idea orang kreatif.
    Nostalgia bagi mereka yang lahir di tahun 70an macam Mrs. A nih!

    ReplyDelete
  13. dekorasi memang menarik, tapi menunya tak variety sangaet eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini more to lepak santai FR so hidangan yang agak light food kebanyakkannya..boleh je call mereka dan tanya menu yang ada kay :)

      Delete