Satu Juta Pageview
Satu juta, banyak tak satu juta tu? Kalau duit banyak lah kan..tapi merasalah juga bergelar jutawan, jutawan pageview gitu,boleh?? Erm blogger lain tak hairan pun setakad sejuta ni,ada yang dah berpuluh juta pun ada,tapi blog picisan macam ana ni seronok lah dapat capai sejuta pageview.Bermakna selama menulis di arena blog ni, telah lebih sejuta capaian entri yang dibaca oleh pengunjung blog. Alhamdulillah dan semoga ramai yang mendapat sedikit sebanyak manfaat dari perkongsian-perkongsian ana di www.anajingga.com...In Shaa Allah.
Ini laporan pageview di blog ana beberapa hari yang lepas seronok jer ketika melihat angka sejuta tu..dan ana ingin kongsikannya dengan sahabat blogger serta pengunjung tanpa nama yang sering kali singgah ke sini. Apa yang ana harapkan sangat, perkongsian yang serba sedikit ini dapat menambah pengetahuan serta membantu mereka yang tercari-cari sesuatu dari laman maya.
Ana bukanlah seorang kaki travel serata dunia,namun tetap berkongsi pengalaman perjalanan ke serata tempat-tempat yang ana kunjungi di tanahair. Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang bakal pertama kali ke sana kelak. Ana juga bukan seorang yang pakar dalam masak-memasak, namun ingin juga berkongsi resepi ibunda yang pernah ana masak untuk keluarga dan moga-moga memberi idea dan inspirasi buat kaum ibu untuk sama memasak menu yang pernah ana cuba.
Tidak juga pandai menyusun kata, tetapi ana kongsikan pengalaman-pengalaman catatan perjalanan hidup yang ana lalui, mana tahu ada yang perlukan pengalaman itu sebagai panduan. Menulis tentang tempat-tempat makan yang pernah ana kunjungi, moga-moga membawa mereka yang pertama kali bakal ke sana dengan sedikit gambaran. Yang baik ana kongsikan yang tidak ana padamkan,,,mungkin selera ana dan mereka tak sama, mungkin enak pada ana, tidak pada mereka.
Yang pasti sedaya mungkin, ana cuba tidak menulis tentang orang lain.Bimbang jari ini tertaip dan membuka aib sesama insan. Sesungguhnya inilah di namakan manusia, setiap sesuatu yang kita lakukan pasti akan di audit di mahkamah akhirat. Itulah pegangan ana setiap kali jari mula menaip. Aurat harus dijaga, tulisan jangan sekali menghina atau mengumpat malah,minta dijauhkan dari bercerita tentang aib orang lain.
Semoga apa sahaja yang ana kongsikan disini, sentiasa mendapat keredhaanNya setiap masa dan dikurniakan pahala yang berpanjangan. In Shaa Allah...Aamiin Ya Rabb.Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang pernah bertandang ke www.anajingga.com.
26 Comments
Wahhhhh ! Semoga menjadi semangat untuk terus menulis kak Ana :)
ReplyDeletein shaa allah nani :)
Deletewahh!! tahniah kak..saya ni ha yang sebenarnya blogger picisan..hahaha
ReplyDeleteterima kasih ejoy, in shaa allah sama-sama kita teruskan perkongsian yang mungkin bermanfaat buat insan lain:)
DeleteTahniah...CP lagi la picisan..
ReplyDeleteterima kasih CP, CP antara adik blogger yang banyak memberi inspirasi buat kak ana ,semoga CP juga terus sukses :)
DeleteTahniah. Menjadi pembakar semangat kepada blogger baru spt saya.
ReplyDeleteterima kasih mazlan, in shaaallah :)
DeleteTahniah semoga terus menulis dan berkongsi.moga terus sukses..banyak tu 1 juta!
ReplyDeleteterima kasih PK :)
DeleteAlhamdulillah tahniah kak... :)
ReplyDeleteALhamdulillah terima kasih PC :)antara yang rajin ke sini .
Deletetahniah kak..akak memg rajin,,,n layak utk ini..keep it uppp..
ReplyDeleteterima kasih Sha, antara adik blogger yang sering disisi kak ana di alam blog :)
DeleteTahniah kak ana...kita tak sampai lagi ..tak sabar nak jugak 1Juta ..
ReplyDeleteterima kasih lya, dekat dah tu..caiyok caiyok jom :)
DeleteTahniah anajingga
ReplyDeleteterima kasih nayfatimah :)
Deletetahniah k.ana smoga terus maju..& keep writing
ReplyDeleteterima kasih azie :)
DeleteTahniah..
ReplyDeleteterima kasih kak zai :)
Deletetahniah kak
ReplyDeletesaya dah 10taun berblog ni pun baru 3juta je kak huhuhu
wah hebat el ni, dah 3 juta tu dan lama dah berblog rupanya.. tahniah el :)
DeleteTahniah kak
ReplyDeleteterima kasih Lokman :)
Delete