Idea Mencantikkan Jubah Dengan Dokoh Glitz
Wah wah..mood raya dah sampai. Ececeh..tak ada lah, sesaja je mencetuskan fenomena..Sebenarnya hari ini ana nak kongsikan idea menghias jubah yang dibuat oleh kak long semasa di masih bercuti sem baru-baru ini.Trend tahun ini agaknya bila kebanyakkan tudung dan jubah menggunakan dokoh glitz sebagai hiasan. Malah semasa ana ke Kenanga Wholesales City minggu lepas juga kebanyakkan jubah, baju kurung serta tudung bertemakan hiasan dokoh glitz ni.
Dokoh-dokoh ini ana beli ketika ke Kenanga tempoh hari. Memang rambang mata nak membuat pilihan design, pelbagai saiz mengikut kreativiti sendiri. Jika beli tiga ke atas, setiap satu set kita akan mendapat sehingga 50% diskaun disini. Dalam setiap set ada tiga, lima atau sepuluh keping dokoh.
Okaylah , ana kongsikan di www.anajingga.com bagaimana cara untuk melekatkan dokoh glitz ini pada jubah,baju ataupun tudung. Mudah sangat cuma pastikan teknik yang betul agar ia benar-benar lekat kuat pada pakaian kita.
Cara melekatkan dokoh pada kain
Pilihlah design bagaimana yang hendak digunakan dan bakal dilekatkan di bahagian mana pakaian atau tudung. Ana menyuruh kak long melekatkannya dengan jarum peniti terlebih dahulu. Buat ukuran tepat supaya ianya akan kelihatan sama dari sudut atas,bawah dan sisi.
Apabila telah benar-benar pasti, tekapkan dengan seterika.Laraskan darjah kepanasannya mengikut jenis kain kerana jika suhu terlalu panas dan kain jenis yang lembut, bimbang akan melekat dan kain mudah renyuk atau rosak. Adalah lebih baik, naikkan kepanasan seterika sedikit demi sedikit. Teknik ini sama seperti kita melekatkan lencana pada baju sekolah.
Dan inilah hasilnya setelah kak long melekatkan dokoh glitz yang dibelinya pada sehelai jubah kosong serta dua helai shawlnya. Lupa pula nak ambil gambar sebelum dan selepas. Dengan modal serendah 50sen sekeping dokoh boleh menghasilkan hiasan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing :)
24 Comments
k.ana,bj raya sy pun letak dokoh jugak
ReplyDeletehahah
trend tahun ni kak ana rasa zie ,wah wah cun laa nii :)
Deleteperkongsian yang baik dan menarik kak ana...apatah lagi raya nak dekat ni...Selamat berpuasa kak ana sekeluarga
ReplyDeletein shaa allah arz,salam ramadan juga buat arz sekeluarga
Deleteprojek baju raya ke ni kak ana..hehe.. selamat berpuasa kak
ReplyDeletehaha lebih kurang cikgu, lama tak muncul,salam Ramadan dari kak ana buat cikgu nasibah :)
DeleteCantiknya, mudah pula nak tempek dokoh kat baju. Selamat berpuasa!
ReplyDeleteselamat berpuasa azwar..
Deletesalam , haah trend tahun ni berdokoh dokoh nak try cari jugak
ReplyDeletewaalaikumsalam yana,jom kita berdokoh dokoh tahun ni :)
DeleteCantik ! Nani pulak belik jubah yang dah ada dokoh tu siap siap. Malas betul nak buat sendiri. Hehehe
ReplyDeletejanji ada dokoh kan nani tak kiralah tepek sendiri ke beli ke haha :)
DeleteCantik!!..boleh cari mana2 baju kosong lekat kan si dokoh ni....jadi lah berseri-seri..macam baju baru
ReplyDeletekann azie, boleh je mencubanya
Deletecantik. boleh cuba buat kat baju lama...
ReplyDeletekan cikT, makeover semula baju-baju lama tu :)
Deletealamak kak..senang beno haihhh..boleh lah try nti tupun kalo rajin kahkahkahkahhh
ReplyDeletesenang beno el, yang payah kerajinan yang jarang kali munculkan dirinya haha:)
DeleteSalam Ramadhan dan selamat berpuasa Ana.
ReplyDeleteSalam Ramadan buat kak Mala juga ,selamat menjalani ibadah puasa .
Deletekalu bsh gn mesin mmg x boleh la ya? nnt tanggal
ReplyDeletehaah rasanya, seeloknya basuh dengan tangan je kan.. :)
DeleteKak Ana dekat mana nak beli dokoh yang cantik tu... info plz
ReplyDeleteKak ana beli kat kenanga wholesales city, bonde :)
Delete