Wah wah..mood raya dah sampai. Ececeh..tak ada lah, sesaja je mencetuskan fenomena..Sebenarnya hari ini ana nak kongsikan idea menghias jubah yang dibuat oleh kak long semasa di masih bercuti sem baru-baru ini.Trend tahun ini agaknya bila kebanyakkan tudung dan jubah menggunakan dokoh glitz sebagai hiasan. Malah semasa ana ke Kenanga Wholesales City minggu lepas juga kebanyakkan jubah, baju kurung serta tudung bertemakan hiasan dokoh glitz ni. 




Dokoh-dokoh ini ana beli ketika ke Kenanga tempoh hari. Memang rambang mata nak membuat pilihan design, pelbagai saiz mengikut kreativiti sendiri. Jika beli tiga ke atas, setiap satu set kita akan mendapat sehingga 50% diskaun disini. Dalam setiap set ada  tiga, lima atau sepuluh keping dokoh.





Okaylah , ana kongsikan di www.anajingga.com bagaimana cara untuk melekatkan dokoh glitz ini pada jubah,baju ataupun tudung. Mudah sangat cuma pastikan teknik yang betul agar ia benar-benar lekat kuat pada pakaian kita. 


Cara melekatkan dokoh pada kain 





Pilihlah design bagaimana yang hendak digunakan dan bakal dilekatkan di bahagian mana pakaian atau tudung. Ana menyuruh kak long melekatkannya dengan jarum peniti terlebih dahulu. Buat ukuran tepat supaya ianya akan kelihatan sama dari sudut atas,bawah dan sisi.




Apabila telah benar-benar pasti, tekapkan dengan seterika.Laraskan darjah kepanasannya mengikut jenis kain kerana jika suhu terlalu panas dan kain jenis yang lembut, bimbang akan melekat dan kain mudah renyuk atau rosak. Adalah lebih baik, naikkan kepanasan seterika sedikit demi sedikit. Teknik ini sama seperti kita melekatkan lencana pada baju sekolah.




Dan inilah hasilnya setelah kak long melekatkan dokoh glitz yang dibelinya pada sehelai jubah kosong serta dua helai shawlnya. Lupa pula nak ambil gambar sebelum dan selepas. Dengan modal serendah 50sen sekeping dokoh boleh menghasilkan hiasan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing :)