Hai semua, nama saya Afiq...comel tak saya??Haha...inilah Afiq, anak buah ana. Anak adik bongsu ana. Usianya baru setahun lebih je..tapi aktif sangat tak boleh duduk diam walau seminit pun.Mesti nak bergerak sana sini. Jadi maaf lah ye, semasa nak buat sessi fotografi budak kecik ni, memang huru-hara. Habis goyang gambar dibuatnya.Maklumlah mak longnya guna handphone je nak ambil gambar budak Afiq ni. Eh...apa kisah Afiq dengan Minyak BeBe Anugerah ni?? Jom ana nak kongsikan disini. 


Afiq dilahirkan sebagai bayi pra-matang atau tidak cukup bulan dalam bahasa yang selalu kita dengarkan. Jadi penjagaannnya perlu agak khusus dan teliti sebab dia mudah sensetif serta mudah meragam. Salah satu yang kena berhati-hati ialah sebarang penggunaan ubat padanya. Kulitnya mudah terkena alahan sekiranya tersalah guna losyen,minyak bayi, sabun dan sebagainya. 


Masalah utama bayi dan kanak-kanak yang sering kali terjadi ialah kembung perut. Afiq yang masih menyusu ni selalu juga terkena kembung perut. Lepas menyusu, terlena tapi tak lama terjaga semula dan meragam. Itu salah satu tanda kembung perut pada bayi, kalau mak-mak kita dulu siap tepuk-tepuk perut dengar bunyi kembung kan. 

Afiq pernah menggunakan beberapa minyak angin lain yang selalu di gunakan sebelum ini, namun ada yang tidak sesuai dengan kulitnya dan menjadi alahan.Mungkin panas atau bahan yang digunakan tidak sesuai dengan masalah sensetif kulit Afiq.Namun kini...syukur Alhamdulillah. Setelah diperkenalkan dengan Minyak BeBe Anugerah, Afiq sudah tidak kerap lagi kembung perut, malah sesuai untuk kulitnya serta Afiq semakin aktif setiap hari. Bijak Afiq kannnn...





Ibu Afiq akan menyapukan Minyak BeBe Anugerah ni di perut, tapak kaki serta kedua kaki kecilnya serta melakukan urutan mudah setiap kali selepas mandi. Ini untuk memastikan bayi akan berasa lega sepanjang hari serta dapat mengelakkan terjadi masalah kembung perut. Perut yang selesa pasti akan membuat anak-anak serta bayi kita tidur nyenyak, bermain dengan seronok sehingga ke petang. Ulangi semula apabila kita memandikannya di waktu petang supaya bayi tidur lena dari malam sehingga pagi.In Shaa Allah.




Lenanya Afiq tidur...Dan yang paling penting Minyak BeBe Anugerah ini diyakini HALAL, produk Muslim, berbau wangi,tidak melekit bila disapu dan tidak panas pada kulit bayi yang lembut umpama kapas tu kan. Alhamdulillah, Anugerah satu jenama yang sangat sinonim dengan perubatan Islam kita di tanahair ni. 

Minyak BeBe Anugerah 





Bebe bermaksud ‘yang tersayang’ atau ‘ bayi’ dalam bahasa Sepanyol. Minyak Bebe Anugerah dirumus khas dengan penuh kasih sayang kerana keselesaan bayi tiada kompromi. Apabila bayi rileks, selesa sesiapa pun ceria di sampingnya.

Khasiat Minyak Bebe Anugerah


Minyak BeBe Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut. Ia membantu :

• Menghangatkan tubuh bayi,
• Melembab dan melembutkan kulit bayi.
• Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Kandungan Minyak BeBe Anugerah :

• Minyak kayu putih
• Serai
• Lengkuas
• Pudina
• Limau purut

~ Minyak kayu putih amat bermanfaat, memberikan sensasi rasa hangat pada tubuhnya dan efeknya yang lembut amat sesuai untuk bayi. Antiseptik yang terkandung sangat efisyen sebagai pencegah penyakit.

~ Diyakini membantu mencegah perut kembung dan merangsang sistem metabolisma dalam tubuh agar lebih aktif.

~ Serai menghindari bayi dari terkena gigitan serangga / nyamuk.
~ Pudina membantu meredakan kekejangan otot, merawat cirit-birit serta melegakan demam, selsema dan rasa loya. Pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

~ Lengkuas menggalakkan pembuangan angin berlebihan di dalam badan bayi. Amat berkesan untuk merawati lelah.

~ Limau purut untuk kesegaran bayi dan penjagaan kulit agar tidak kering.

Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi. Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.

Mudah-mudahan, bayi anda dapat menikmati susu yang diminum dan tidur nyenyak sepanjang malam.




Jadi ibu-ibu semua, pastikan menggunakan Minyak BeBe Anugerah ini untuk keselesaan bayi dan anak-anak kecil kita. In Shaa Allah akan memberi keriangan buat anda sekeluarga apabila bayi sihat dan aktif setiap hari dan terus membesar sebagai anak-anak soleh dan solehah.Aamiin. 

Bagaimana dan di mana boleh dapatkan Minyak BeBe Anugerah ni? Layari serta hubungi sahaja laman-laman media yang ana berikan di bawah ini. Harga yang sangat berpatutan untuk khasiat yang amat mujarab. RM 15 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 di Sabah dan Sarawak sebotol bersaiz 50ML.

Beli secara online di www.anugerahwellness.com

atau


atau

 hubungi :  019- 2227 006
             03- 4143 0441

Semoga satu perkongsian yang bermanfaat buat semua... 

12 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah Mar, ada dah produk Muslim yang diyakini halal dan berkesan untuk kanak-kanak dan bayi kita :)

      Delete
  2. Memang ada sesetengah minyak tak sesuai dengan baby kan. Bagus minyak ni. Harga pun tak mahal mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nani, memudahkan ubu-ibu diluar sana , In Shaa Allah

      Delete
  3. best minyak ni..fariza pun sesuai

    ReplyDelete
  4. Ammar pun guna minyak ni masa dia baby dulu... Mmg elok minyak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Cik La, nanti boleh gunakan untuk baby Cik La nanti kan In SHaa Allah

      Delete
  5. mmg bagus minyak anugerah ni ana cucu kaknoor pun guna ni
    kaknoor guna losyen nya mmg wangi sangt sangat sukaaa

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas info ni.. ooo bagus rupanya minyak bebe ni ya.. tahu ada minyak anugerah je.. rupanya ada juga keluaran untuk baby..

    Blogwalking sini, jom baca

    Uber Taxi Malaysia article....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Hasif, banyak sebenarnya produk-produk Islamik dari Anugerah ni, Alhamdulillah

      Delete