Bagi yang mengenali ana di Facebook dan Instagram, pasti tahu bahawa Aniq pemenang tempat ke tiga Rancangan Ceria Popstar 2016 ni, merupakan anak buah ana. Mulanya tak sangka juga dapat nak jumpa dengan Bintang Cilik ni di rumah ketika Hari Raya yang lalu, kerana pada hari raya pertama, Aniq terlibat dalam persembahan di satu majlis rasmi di Putrajaya. Tapi tu lah, hanya pada hari raya ke empat, baru lah berkesempatan berjumpa dengannya yang berkunjung ke rumah kami di Teluk Intan. Ermm dapatlah jumpa artis kecil ni kan... Mak long nya , apa lagi cepat-cepat ajak Aniq berposing dulu sebelum menghidangkan minuman petang tu.

Beraya bersama Aniq Ceria Popstar 2016



Petang tu Aniq datang bersama ibu ayah serta adik beradiknya yang lain. Datang pun secara mengejut tak sempat lah nak jamu juadah istimewa. Kebetulan menu petang kami hari tu lempeng pisang jer, opah we ( mak ana ) yang buat, kami jamulah Aniq sekelurga. Dan jangan tak tahu, rupanya segala jenis makanan berasaskan pisang ni feveret Aniq rupanya. Wahhh patutlah boleh nyanyi sedap :) 




Tengok tu, bukan main suka lagi dia, tiga keping dimakannya lepeng pisang atau kami kat Teluk Intan ni panggil tetepek pisang. Pisang, campur tepung gandum, buh inti kelapa, bakar dalam kuali je. Inilah dia kanak-kanak kan, walau sehebat mana mereka di persada dunia, keletah mereka tetap sama seperti anak-anak lain yang luhur dan murni. 

Walau apapun, mak long Ana doakan semoga Aniq akan terus sukses dalam segala bidang yang diceburi. Cemerlang dalam pelajaran, aktiviti seni serta terus membesar sebagai seorang putera yang soleh kebanggaan ayah bondanya,,Aamiin... Rock laa Aniq...mak long pun rock kapak gak dedulu haha :)



Biodata Aniq boleh klik ke SINI

14 Comments

  1. wahhh..anak buah kak ana rupanya..semoga terus berjaya yer aniq..

    ReplyDelete
  2. Kecik2 dah berbakat patutlah... Glamor lah kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha apa pulak kak ana yang glamour wani hihi :)

      Delete
  3. Bakatnya perlu digilap. Moga Aniq beraya melakar masa depan dengan memanfaatkan bakar anugerah Tuhan. Selamat hari raya Kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..in shaa Allah, selamat hari raya juga buat shameel

      Delete
  4. wah ! anak buah Kak Ana rupanya.. tapi, suara Aniq memang power..

    ReplyDelete
  5. ade budak2 lain dtg serbu tak k.Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak ada Sha, kat area rumah ni tak ramai budak-budak hihi :)

      Delete
  6. Anak-anak Mrs. A peminat Aniq.
    Hahhaaa motif sangat nak bagitahu k.Ana

    ReplyDelete
  7. Aniq... acik aida in d house :-)

    ReplyDelete