Masih lagi nak bercerita mood raya tahun ni. Maklumlah hari ini, baru sahaja mencecah hari ke sepuluh Syawal 1437H kan. Dah habis beraya di kampung halaman, kita sambung raya di pejabat dan bersama jiran taulan di kawasan kediaman masing-masing. Entri ana kali ini, masih nak flashback raya di kampung, mana tak nya, kali ini seminggu beraya sakan di Teluk Intan, bersama sanak saudara dan kawan-kawan. Alhamdulillah...dengan izinNya dipertemukan kami semua dalam suasana yang sangat meriah. 

Ana nak sembang pasal biskut raya pula kali ni. Sepanjang jalan-jalan raya di sekitar negeri Perak ni, macam-macam biskut raya ana jumpa. Dan yang paling feveret ana tak lain tak bukan kuih samprit atau semperit. Tahun ni, bagi ana lah,biskut raya of the year jatuh kepada biskut samperit Anzalna. Dah la cantik berwarna warni, sedap pula tu. Beberapa buah rumah ana jumpa biskut samperit Anzalna ni. Rasanya nama samperit Anzalna ni diambil dari inspirasi gaun perkahwinan Anzalna yang glamz tu kan... 




Inilah dia samperit Anzalna yang ana makan di rumah adik ipar sepupu di Kampung Senin, Parit, Perak. Depa beli je katanya, tapi memang sedap. Masuk mulut cair je... nak resepi samperit anzalna ni kenalah Google sendiri ye, sebab ana tak pernah buat lagi:)





Kalau nama samperit je pasti itu yang ana tuju bila dihidangkan biskut raya ni. Kali ini samperit susu ni ana jumpa ketika beraya di rumah sepupu di Padang Tembak, Teluk Intan, Perghh!! Sedap kata ko... Lembut dan ada umpph sangat. Bunga dia pun cantik je tegak-tegak kelopaknya. Ni yang rindu ni nak makan samperit susu pula lagi.

Selain samperit banyak lagi biskut raya lain yang ana rasa. Semuanya sedap-sedap, cuma terlupa nak snap gambar.Kadang-kadang bila berborak sambil menguyah ni lupa diri pula yang kita ni blogger kan. Kalau masa tu teringat memang laju je ambil gambar untuk dijadikan entri. Sampai abah ana tegur, engko ni gambo signboard pun nak ambik...hihi... abah tak faham pun blogger tu apa haha :)

Meh, ana kongsikan dua tiga jenis biskut raya yang ana jumpa semasa beraya yang sempat ana ambil gambarnya. Semuanya sedap-sedap sangat. Namanya idak le teman tahu ye... 

Salam Lebaran Syawal 1437H dari 

www.anajingga.com ..







16 Comments

  1. gambar yang ke-3 tu nampak menarik kak..tak pernah jumpa lagi biskut tu..pe namanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zee, rasanya lebih kurang tart nanas, sebab intinya jem nanas, cantikkan macam buah je :)

      Delete
  2. pic no 3 tu biskut ape?mcm buah..

    ReplyDelete
  3. Akak pulak suka tu kuih tart Ana..
    Bila gi raya ni..
    tahun ni akak tak buat biskut langsung..
    adalah beli sebalang utk anak2 makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tart pun sedap CH, sama lah ana pun tak berkesempatan buat sebarang biskut, cuma buat kek je untuk di bawa ke kampung hari tu :)

      Delete
  4. rindu semperit susu... tahun ni Bonde tak berkesempatan buat biskut pon...

    ReplyDelete
  5. Kat rumah pula adik belikn semperit pandan, sedap juga..
    Betul la yg no. 3 tu menarik kuihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi rasanya lebih kurang tart nanas Qhaifa Nur

      Delete
  6. Biskut buah gelugur ka Ana..hehehe..pandai org yang membuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kak mala, abah ana pun panggil biskut buah gelugur, sebab bentuknya ye :)

      Delete
  7. kalau ke rumah orang memang cari kuih raya dlu...baru lemang dan ketupat pulut hehe...pastu sakit perut akibat banyak kuih raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana selalunya biskut raya ni jadikan pencuci mulut arz :)

      Delete
  8. Thn ni aida suka kapit peanut butter.
    aida bukan peminat kuih raya.
    kuit kapit, kerepek jadim pilihan aida...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak jumpa pula kuih kapit tahun ni aida :)

      Delete