Inilah Buah Kelubi
Sebut je pasal jeruk kelubi, meremang pipi teringat pada jeruk kelubi yang masam tapi sedap sangat tu. Ana ni memang lah antu jeruk dan asam-asam ni semua. Walaupun gastrik sering kali menyerang dan membadai isi perut, tak pernah serik-serik makan asam-asam ni. Nak buat macam mana, dah itu yang sedap di tekak dan selera kan..tabahlah ana...
Buah Asam Kelubi
Kita sembang kisah buah kelubi pula kali ni, nak tak?? Ana yakin ramai yang tak kenal rupa paras buah kelubi, dan kalau pernah jumpa tu mungkin keliru sebab buah kelubi ni lebih kurang sama dengan buah salak.Cuma beza dari segi saiz, warna dan rasanya.Ana sendiri dah berpuluh tahun tak jumpa buah kelubi, tetapi baru-baru ini, ana jumpa di pasar tani, Teluk Intan, ambil gambar dan jadikan sebuah entri disini.Mana tahu berguna buat mereka yang tercari-cari info kisah buah kelubi ni kan...semoga bermanfaat..
Buah kelubi bersaiz kecil-kecil lebih kurang sebesar buah kundang.Kulitnya bila cukup masak berwarna merah gelap dan seperti bersisik sama macam buah salak.Tetapi kulit kelubi lebih lembut dan senang dikoyakkan dari kulit buah salak ni. Pokoknya seperti pokok kelapa sawit tu, cuma ia rendang dan kebanyakkannya tumbuh di kawasan berair atau berpaya. Dulu pokok kelubi ni memang terdapat dikampung ana, di Teluk Intan. Namun kini dah pupus dah sebab sungai belakang rumah tu telah dipisahkan dengan sebuah batas yang tinggi dan panjang untuk megelakkan limpahan air banjir masuk ke kawasan perumahan kampung kami.
Buah kelubi ni, memang tak mungkin lah mampu di makan mentah sebegitu sahaja kerana rasanya ya amatlah masam.Ngilu terus kalau cuba menggigit buah kelubi. Semasam maksimum rasanya. Oleh itu, buah kelubi lebih gemar dijeruk dan dimakan sebagai jeruk kelubi.Haa...hat tu ana suka, bagi sebalang pun boleh habis. Lepas tu pandai-pandailah menanggung gastrik dan sakit perut yer.. :)
kredit foto: Google Image |
Kenalkan jeruk kelubi? Sedap... Selalu di jual dipasar malam atau dipasar awam. Ana difahamkan kebanyakan jeruk kelubi yang dijual disini datangnya dari negara jiran. Memang tak baik untuk kesihatan jika dimakan selalu atau dalam kuantiti yang banyak sebab ia mengandungi bahan pengawet. Berpada-padalah kan.
18 Comments
Sedapnya kalau buat jeruk kelubi ni :)
ReplyDeletekan norma, ngilu2 pun sedap je :)
DeleteSA membesar dengan jeruk kelubi...uish..sebut je terliur..
ReplyDeletekan SA, terliur je bila terbayang jeruk kelubi ni
DeleteBuah kelubi mmg x pernah tgk. Tp jeruknya mmg selalu mkn.....
ReplyDeletehaha hari ni dah dapat tengok kan cik La :)
DeleteBiasa dipanggil buah asam paya.
ReplyDeleteOO ye ke, baru tahu..terima kasih atas perkongsian Mazlan Othman, belajar sesuatu yang baru hari ni :)
DeleteSuka makan asam ni...macam tu rupa buahnya
ReplyDeletehaah itulah rupa parasnya Qhaifa Nur :)
Deletekenal sangat kak...(telan ailio) dedulu time kekecik selalu beli jeruk ni...seposen 3 biji...kunyah dengan kulit2 sekali (telan ailio lagi) selalu beli sampai beringit2 tapi kakak sy punye duit la...memang dia pon yg selalu suh beli...sy tumpang makan je...kikiki
ReplyDeleteamboi Malinda..sekali telah dengan kulit tu, ganeh ampa naa :)
Deletealamak! terbaca pulak pagi-pagi ni. dah terasa nak makan. dah lama sangat tak makan jeruk ni. ish!! sedapnya...
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
amboi, asal baca je teringin..macam-macam ejoy ni kan hihi :)
DeleteMasam tapi suka..
ReplyDeletetu la SS yang masam yang suka tuu hihi :)
DeleteAdoi... terngiur bila teringat jeruk kelubi
ReplyDeletekan Mrs A...:)
Delete