Tak pernah ku pinta akan hadirmu
Singgah bertandang di ruang kosong hati
Hadir tanpa di undang
Menemani saat-saat sepiku 

Usah datang lagi wahai rindu
Bawa jauh segala kisah lalu
Yang terindah cuma disekelumit waktu
Kini sekadar secarik rasa yang kian tawar di detik hati

Andai rindu menerjah emosi
Pada kisah yang telah lama terpadam
Ku usir jauh dari benak hati
Biar jauh berlabuh dari dermaga jiwa
Kerana segalanya sekadar permainan ilusi




Namun aku tahu insan kerdil ini sentiasa diuji
Sejauh mana diri mengenali Penciptanya
Bait helaian jiwa di tukar ganti
Dengan duri ranjau dan penawar bersilih ganti
Mencari siapa aku disisiNya nanti...

Maha Suci Mu ..

Aku tahu dan aku sedari
Lalai dan alpanya diri setiap kali diuji
Hanya bertamu di kala sepi
Menjejak rindu di kala sunyi
Bersujud padaMu ketika getirnya hati
Merintih sayu di kala laranya jiwa

Bila rindu bertandang nanti
Ku khabarkan padanya aku juga merindui
Sekalung doa ku iringi 
Menjadi teman di kala sunyi
Disetiap persingahan sehingga tibanya destinasiku nanti





Nukilan sepi : anajingga 2016


kredit foto : Google Image

0 Comments