Lama dah ana tak melayan drama siri di tv.Sehingga hari ini ana hanya mengikuti siaran ulangan Sanay Wala Nang Wakas dan dah berakhirpun tadi. Namun dari promo di Astro tentang drama siri baru Si Kolot Suamiku ni, macam menarik pula nak menontonnya.Tambahan pula lakonan Elizad dan Amar Baharin. Jawabnya melekatlah malam-malam depan tv. Menarik jugalah dari sinopsis yang ana baca. Ada genre komedi dalam drama siri ni. Jom kita layan sampai episod akhir nanti.




Drama Si Kolot Suamiku


Drama siri terbaru adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz  menggantikan drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria. Drama komedi romantik arahan sutradara Eyra Rahman itu mengandingkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Akan ditayangkan bermula 15 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Membariskan pelakon popular masa kini antaranya Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Waris, Kuza, Atikah Suhaime, Fahmy Reza, Shiela Mambo, Kismah Johar, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Dania Azmi, Vicha Saywho, Epy Kodiang, Tengku Fiella, Syaa Nasir, Lisdawati, Kazar, Zila Bakarin.

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku



Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!


Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.


Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.


Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.


Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

(kredit sinopsis : myinfotaip.com)

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Kudin
Siti Elizad sebagai Tengku Edrina
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aisyah
Sheila Mambo sebagai Mak Cik Kunah
Fahmy Reza sebagai Badrul
Atikah Suhaime sebagai Lisa
Waris sebagai Mokhtar
Zila Bakarin sebagai Puan Sri Suria
Aizat Hassan sebagai Gabriel
Dania Azmi sebagai Sofea
Tengku Fiella sebagai Lara
Syaa Nasir sebagai Farah




Jom kita layan sampai habis :)

10 Comments

  1. untungla tetiba boleh kawin dgn anak raja. hahah

    ReplyDelete
  2. aida mcm x nak follow la.
    sebab nanti addicted.
    payah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar cerita ni aida, tu yang terlekat depan tv hihi :)

      Delete
  3. singgah sini lepas kak ana singgah blog saya, dah letak link di blogroll saya :)

    saya tak boleh tengok drama ni, suami tak suka tengok drama hahahaha

    ReplyDelete