Losing Heaven Telenovela Filipina di Astro Bella
Habis sahaja mengadap siri ulangan Pangako Sa 'Yo, jam 4 petang ana sambung pula dengan satu lagi drama siri Filipina yang tidak kurang touching nya Losing Heaven. Mulanya secara tak sengaja tertonton satu episod, bila dah layan separuh jalan terus jatuh hati dengan plot drama ni maka kena lah layan episod demi episod hingga ke akhirnya nanti. Pelakon pun cantik-cantik dan heronya tak kurang kacak.Meh ana kongsikan sinopsis dan pelakon-pelakon drama siri Pinoy di Astro Bella ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang selepas drama throwback telenovela Pangako Sa 'Yo iaitu Losing Heaven atau dalam Tagalognya Kung Aagawin Mo ang Langit.
Drama siri Losing Heaven
Sinopsis drama Losing Heaven
Mengisahkan persahabatan dari zaman kanak-kanak antara Ellery dan Bridgitte. Mereka berkawan baik sehingga ke alam remaja di mana Bridgitte jatuh cinta kepada Jonas sebaliknya Jonas menyintai Ellery sehingga mereka berkahwin. Apabila ibu bapa Bridgitte meninggal dunia, dia dipelihara oleh keluarga Ellery. Agak malang pada Ellery apabila dia tidak boleh hamil dan mereka memilih untuk menggunakan ibu tumpang untuk hamilkan bayi mereka.
Atas dasar persahabatan dan keluarga angkatnya, Bridgitte sedia menjadi ibu tumpang untuk anak Ellery dan Jonas, namun Bridgitte mempunyai muslihat sendiri untuk mendekati Jonas. Lebih malang pada hari anak mereka hendak dilahirkan, Ellery di langgar kereta dan koma selama tujuh tahun. Ini memberi peluang untuk Bridgitte mengambilalih tempat Ellery dan akhirnya Bridgitte dan Jonas berkahwin setelah Jonas membatalkan perkahwinannya dengan Ellery.
Pada hari perkahwinan mereka, Ellery sedar dari koma.Pada peringkat awal, ibu Ellery, Melissa meminta semua merahsiakan perkahwinan Bridgitte dengan Jonas dari pengetahuan Ellery. Anak mereka Samantha juga telah berusia tujuh tahun dan lebih mengenali Bridgitte sebagai ibunya. Konflik bermula selepas Ellery menangkap Jonas dan Bridgitte di kamar tidur dan lebih trajis lagi Samantha sendiri tidak menerima Ellery sebagai ibunya kerana Bridgitte sering memburuk-burukkan Ellery di mata Samantha.
Jom kita saksikan episod demi episod drama airmata ini sehingga ke akhirnya nanti.
Pelakon drama siri Losing Heaven :
Carla Abellana - Ellery Martinez-Alejandro
Michelle Madrigal - Bridgitte Samonte
Mike Tan - Jonas Alejandro
Ricky Davao - Delfin Martinez
Shamaine Buencamino - Marissa Martinez
Ces Quesada - Leila Samonte
Kevin Santos - Lester Feliciano
Jan Marini - Sonia Tercero
Will Devaughn - Waldy Buenafe
Steph Henares - Janice Baluarte
kredit :foto-foto Google Image
0 Comments