Pangako Sa'Yo - Throwback Telenovela
Baru sahaja selesai menyaksikan episod ke 100 dan 101 throwback telenovela di Astro Bella Sanay Wala Nang Wakas, jangan tak tahu di gantikan pula dengan satu lagi drama siri telenovela lama sekitar tahun 2000 yang tak kurang hebatnya iaitu Pangako Sa'yo. Drama siri sehingga 400 episod ini menggandingkan hero dan heroin yang sama feveret ana iaitu Kristine Hermosa dan Jericho Rosales. Alamatnya memang tak boleh miss laa menonton telenovelayang memang pasti nangis punya setiap Isnin hingga Jumaat jam 3 petang dan ulangannya 11 malam di Astro Bella.
Pangako Sa yo
Kalau nak cerita sinopsis drama bersiri Pangako Sa Yo ni memang panjang dan agak berbelit. Kena tonton sendiri baru boleh faham , namun ana ceritakan jugalah semampu yang ana fahami dari rujukan di Wikipedia.
Sinopsis Pangako Sa Yo
Pangako Sa Yo bermaksud Janjiku padamu . Berkisar percintaan Amor (pembantu rumah) dan Eduardo (anak tuan tanah) yang dihalangi oleh keluarga mereka kerana perbezaan kedudukan. Ketika ibu Eduador mendapat tahu yang Amor sedang hamil, dia dihalau dari rumah agam dan Eduador di paksa berkahwin dengan Claudia anak hartawan. Amor kembali ke tempat asalnya di tempat pembuangan sampah dan melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Maria Amor. Amor bekerja di kelab malam dan kemudian mengikuti seorang lelaki Negro ke Amerika meninggalkan anak dan ibunya di Manila. Satu hari berlaku trajedi runtuhan sampah dan ibu Amor terkorban namun bayinya terselamat di pelihara oleh keluarga angkat yang miskin iaitu Isko dan Belen.
Mereka menamakannya Ynamorata sempena sebuah lukisan tangan yang dijumpai bersama bayi tersebut dan juga seutas gelang tangan pada bayi itu. Yna membesar dengan kehidupan yang susah dan akhirnya berkerja sebagai pembantu rumah di rumah agam keluarga Beunavista.Disini Yna bersua dengan Angelo anak lelaki tuan rumah yang merupakan anak Eduardo dan Caludia dan mereka telah jatuh cinta. Banyak konflik terdapat di sepanjang drama siri ini dan rahsia disebalik setiap hubungan diantara ahli keluarga Gabenor ini. Macam yang ana katakan kita kena menonton sendiri baru dapat memahami plot drama ini hingga akhirnya.
Apakah hubungan Yna dengan Angelo ?Adakah mereka adik beradik? Bagaimana Yna mencari identiti dirinya yang sebenar? Dan pelbagai lagi konflik yang perlu kita tonton hingga ke akhir episod nanti.
Pelakon Pangako Sa 'Yo
Seperti yang ana nyatakan drama siri ini diterbitkan sekitar tahun 2000 dan pastilah pelakon-pelakonnya telah banyak berubah dari segi wajah mereka.
Kristine Hermosa sebagai Ynamorata / Maria Amor
Jericho Rosales - Angelo Buenavista
Eula Valdez - Amor de Jesus/ Amor Power
Jean Garcia - Claudia Beunavista
Tonton Gutierrez - Gov Eduardo Beunavista
Jestoni Alarcon - Diego Beunavista
Dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat, kacak dan cantik menjayakan telenovela Pangako Sa'Yo ini.
14 Comments
fuh lejen kot cerita ni..
ReplyDeletekan lama tu 400 episod :)
Deletesuka tengok cerita ni dulu! <3
ReplyDeletekan Eeca, best sangat siri ni walaupun lama :)
DeleteDulu dulu memang layan habis :)
ReplyDeletekan Nani, sekarang kak ana layan balik hihi :)
Deletegila cerita ni dulu.. sekarang nak tengok balik, ada je yang kacau.. katanya dulu kan dah tengok.. T_T
ReplyDeleteadoi memang spoil kena kacau kan Zaf :)
Deleteciter lama kan ni? mmg legenlah
ReplyDeletetu laa Raihanah lejen habis ni :)
DeleteSuka gila cerita ni!! Satu-satunya drama Filipino yang siqah tengok! Hehe.
ReplyDeletebest kan lama dah siri ni sekitar tahun 2000 macam tu rasanya :)
DeleteSape tau kat mana nk tgok episod 125..??
ReplyDeletecuba cari di youtube Nkayy :)
Delete