Bila ada sahaja sesuatu yang viral laju je rasa nak mencubanya juga. Bukan apa semua tu hasil kreativiti insan-insan di luar sana yang merekacipta sesuatu makanan atau kudapan yang baru yang lain dari kebiasaan kan. Jadi tak salah kita nak mencubanya sendiri.Kalau sedap dan kena dengan selera tekak, lain kali boleh buat lagi, kalau tak berapa nak kena dengan selera sekurang-kurangnya kita telah mencuba kan. 

Kali ini mungkin bersempena dengan musim rambutan ni, yang sedang viral di media sosial ialah rambutan asam boi. Ianya mungkin kesinambungan dari mangga asam boi sebelum ni, jadi mereka kreatifkan pula pada buah rambutan. Dan ana pun terjebak samalah mencuba rambutan asam boi maka terhasillah kudapan yang maveles, sedap kena sangat dengan selera ana yang gila masam-masam ni.Meh, ana kongsikan cara-cara nak buat rambutan asam boi yang sedang viral ni...

Rambutan Asam Boi




Dalam perjalanan balik dari Teluk Intan minggu lepas, ana singgah di Behrang di mana terdapat jualan buah-buahan tempatan di tepi jalan utama seperti durian, rambutan, pulasan dan sebagainya. Ana membeli sekilo buah rambutan berharga RM4 sahaja. Murah dan lekang isinya. 

Esoknya, ana kupas kulitnya dengan hirisan pisau, letakkan kedalam tupperware. Kemudian masukkan beberapa biji asam boi. Ana terpaksa gunakan asam boi merah sebab di kedai runcit tiada pula asam boi putih tu, jadi nampak agak kemerahan pula warna pada buah rambutan tersebut. Kemudian hiriskan beberapa biji cili api, dan perahkan asam limau kasturi. Kalau suka boleh juga tambahkan sedikit gula. Ana tak letak sebab rambutan tu airnya dah memang manis.

Perapkan atau simpan dalam petisejuk semalaman. Dan kemudian nikmatinya dengan penuh kenikmatan. Apa rasa rambutan asam boi ni? Haa ramai yang tanya ketika ana uploadnya di FB. Rasanya manis-manis, masam dan pedas sikit. Memang sedap sebab ianya berjus dan dimakan sejuk.




Gambar di atas ni pula versi adik ipar ana, Julia Alisya yang membuat rambutan asam boi dengan menggunakan asam boi berwarna putih. Nampak lebih cantik kan dan pasti rasanya lain sikit dari yang menggunakan asam boi warna merah tu. Memang betul, bila kita mengadapnya tak sedar laju je habis sebekas. Rasa tak puas je. Okaylah kalau ada stok rambutan kat rumah tu, ambillah beberpa biji dan jadikan rambutan asam boi dan rasailah sendiri kesedapannya :)

22 Comments

  1. tak pegi kutip buah lagi, nanti dah kutip boleh buat and rasa jugak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya zaff boleh pii kutip je, pos sini sket :)cuba tau memang kaw sedap bangatt

      Delete
  2. hmm..manis campur masam dan pedas? hmm, variasi betul rasa dia..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup enak di makan begitu sahaja ejoy hihi :)

      Delete
  3. Rambutan asam boi pulak! Hehe. Rajin orang sekarang buat resepi :)

    ReplyDelete
  4. Tak sempat letak asam boi,
    terus ngap lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP semangat kena kuat kalau nak merasa rambutan asam boi ni, kalau tak memei rasa rambutan je lah kan hihi :)

      Delete
  5. nanti boleh cuba..memang viral pun tapi kak rasa lebih sedap kalau rambutan tu dikopek bijinya ya..puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mala, ana pun rasa macam tu, cuma hari tu tak sempat nak kopek biji berkobar-kobar nak jeruk kannya dulu hihi :)

      Delete
  6. Kecur airliur. Hahaha. Nanti nak try buat jugak !

    ReplyDelete
  7. Alamak, rasa terkecur air liur saya bila tengok gambar rambutan asam boi.. nampak sedap..

    ReplyDelete
  8. Kecur ayaq liur. Huhuuu mls nk masuk kebun kutip rambutan tapi nak try rambutan asam boi 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya CC ada kebun rambutan, pii gak kutip cepatt pos kat kak ana :)

      Delete
  9. Rumah mil bnyk rmbutan smpai x termakan. Sy pula dpt merasa skit pn jd la. Nk buat gini, x brpa minat. Dlu masa mngga asam boi, layan juga. Masa tu hbis pntng. Hehehe..

    ReplyDelete