Image result for roses in the rain


Tak perlu rasanya mencoretkan semua ini di ruang sepi ini, namun hati terusik jua bila terbaca kata-kata yang diluahkan di kaca mata hati.Tersentuh jua hati perempuan ku atas pengakuan tulus ikhlas darinya. Hati perempuan memang rapuh, mudah tersentuh apa tah lagi bila berbicara tentang hati. Tak wajar untuk aku meneruskan coretan ini,kerana keterbatasan yang harus ku jagai. Cuma biarlah sekadar coretan hati buat tatapanku sendiri di kala mengimbas kembali nostalgia lampau. 

Bukan menggamit memori silam sekadar meluahkannya di sini agar tidak terus membelenggu jiwa sepanjang waktu yang hadir. Dan lepas ini, akan ku usir jauh ia dari sudut hati kecil ini, biarkan ia berlalu sedesir angin yang menyapa.Hilang kan...lenyapkan terus jangan hadir lagi di mana-mana ruang kerana cinta dan hati ini, ada pemilik abadi.

Image result for red rose


Lama benar kisah itu telah berlalu, baru kini aku tahu apa yang sebenarnya kau lalui. Maafkan aku kerana demi sesungguhnya aku tidak tahu, itu yang terjadi. Tak bermaksud menolak sekeping hati yang tulus suci cuma waktu itu, aku terlalu naif dan menganggapnya sekadar sebuah persahabatan. Usia terlalu mentah ketika itu, sedangkan engkau telah pun melangkah ke alam dewasa. 

Hari ini, aku fahami apa yang kau rasai dahulu, maafkan aku sekali lagi. Bukan itu yang ku mahu namun ianya terjadi tanpa disengajakan. Dan bila kita dipertemukannya semula di ruang yang hadir, baru ku tahu apa sebenarnya yang terjadi, Tuhan sahaja yang tahu, walau berpuluh kali ku pohonkan kemaafan tak kan dapat menebus segala keperitan yang pernah kau lalui satu waktu dahulu. Maafkan aku, maafkan aku buat sekian kali nya.

Permintaanmu, meminta izinku untuk menyimpan kisah ini di dalam sudut hati mu hingga ke penghujung hayat, terlalu menyentuh hati seorang perempuan seperti aku. Simpanlah ia sebagai satu catatan sejarah dalam coretan kehidupan. Kita tak bisa mengubah sejarah silam, bukan mudah memadamkannya kerana ia telah pun terjadi.


Image result for red roses


Hari ini, kau lepaskanlah ia, bebaskanlah dari bayangan hidupmu. Dengan izinNya kita dipertemukan di arena ini, dan segala yang berlaku juga adalah ketentuanNya juga.Sejauh mana kita mengingininya sekali pun, jika bukan takdirNya bukanlah milik kita jua. Aku dan kau ada takdir yang berbeza telah kita jalani. PercaturanNya adalah yang terbaik buat kita. Biarkan kisah silam tinggal sebagai sisa kenangan. Dan yang terjadi adalah suratan yang harus kita tempuhi.

Perjalanan hidup kita telah melewati jarak waktu yang terlalu jauh. Aku hargai sangat atas setiap yang bibit kasih sayang yang pernah kau berikan padaku suatu masa dahulu. Terima kasih kerana pernah meletakkan aku di suatu sudut yang bermakna dalam hidupmu. Terima kasih atas segalanya, sekali lagi, maafkan aku.... Maafkan aku...

6 Comments