STAND 2 - Graduation Day 2016
STAND 2 Graduation Day
STAND 2 The Best!!! Cogan kata Sekolah Menengah Taman Desa 2. Lima tahun Adik Ika menimba ilmu disini. Kak Long juga anak didik STAND 2. Alhamdulillah kedua-dua puteri solehah ana tamat pengajian dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperiksaan umum yang mereka duduki. Kak long telah pun berada di sem akhir di UiTM dan Adik Ika, semalam merupakan hari graduasi tamat sessi persekolahan menengah di STAND 2. Ibu bangga dengan pencapaian dan sasiah anak-anak ibu. Dan ibu sentiasa doakan kejayaan demi kejayaan buat kalian berdua hari demi hari dari dunia hingga akhirat, Aamiin Ya Rabb.
Mengambil sedikit ruang disini, ana abadikan detik-detik manis, Adik Ika di hari graduasinya pada 15hb Oktober 2016 sebagai catatan kenang-kenangan buatnya bersama rakan-rakan tersayang. Ana tahu bukan satu perjalanan yang mudah buat kedua-dua puteri menempatkan diri di kelas pertama aliran sains tulen setiap tahun hingga ke tingkatan lima. Kedua-dua puteri berada di kelas 5A1 pada pengakhiran pembelajaran mereka.Bersaing sesama rakan yang berbilang kaum dan latar belakang.
Adik Ika selalu mengingatkan tentang diri ana. Ana dapat rasakan diri ana ada dalam Adik Ika ketika di zaman persekolahan dari sekolah kebangsaan hinggalah ke peringkat menengah ni.Kami sama-sama sentiasa nak berada di frontline dalam sekolah. Berkawan dengan kawan-kawan non-Malay most of the time. Menjadi rakan feveret dalam kelas dan teacher's pet. Semua tu pernah ana lalui suatu masa dahulu. Semua itu satu pengalaman yang pasti berharga di dalam perjalanan hidupnya nanti.
Inilah kawan-kawan paling rapat Adik Ika, Fatin, Zulaikha dan Alya. Ke mana sahaja mereka berempat pasti bersama. Dan mereka ni juga bagaikan anak-anak ana sendiri, malah mereka memanggil ana juga dengan panggilan ibu. Ke sana sini, ana bawa jika ada masa terluang, ke pesta buku, shopping mall, bersantai di Taman Tasik Titiwangsa dan sebagainya. Ibu doakan semoga anak-anak ibu semuanya beroleh kejayaan dari dunia hingga akhirat. Jadilah puteri solehah kebanggaan ayah bonda kalian semua.
Pada pandangan peribadi ana, Graduation Day diperingkat sekolah menengah ni satu acara yang banyak positifnya. Kalau zaman kami dahulu memang tak wujud acara-acara sebegini. Last paper SPM sahaja, berpisah lah kami semua. Sekurang-kurangnya, majlis graduasi ni akan mencipta kenangannya sendiri. Ada gambar-gambar bersama rakan, guru-guru dan juga sebagai satu dorongan untuk melangkah ke menara gading atau mana-mana institusi pengajian melanjutkan pelajaran. Mereka berjubah, di anugerahkan sijil graduasi malahan ianya pembakar semangat untuk terus mara ke alam yang lebih mencabar di masa hadapan.In Shaa Allah.
Tak banyak yang ingin ana coretkan disini, namun ana kongsikan beberapa keping lagi gambar anak-anak STAND 2 di hari bersejarah mereka sebagai mengisi ruang di sebuah coretan entri kasih sayang ni. Ana doakan semoga semua anak-anak didik STAND 2 akan melangkah, mara ke masa hadapan yang cemerlang, menuju puncak kejayaan yang diidamkan dan menjadi generasi harapan yang baik dari segi ilmu dan sasiah perilakunya. STAND 2 THE BEST !!!
Jutaaan terima kasih juga dikalungkan buat semua guru-guru yang pernah menabur bakti dan jasa buat kesemua anak-anak didik STAND 2. Tidak terbalas jasa baik cikgu semua melainkan ganjaran pahala dari Allah swt dan dikurniakan kesihatan dan sentiasa di dalam Rahmat dan Kasih SayangNya setiap masa. Terima kasih cikgu.. :)
6 Comments
Comel anak dara kak ana ,, dah macam konvo pulak.... student zaman sekarang dah ada graduasi.. zaman sekolah dulu tak merasa.....tapi baguslah sekolah buat majlis macsm ni
ReplyDeletehihi terima kasih wani, kan seronok kak ana tengok anak-anak ketika graduasi ni :)
DeleteDah besar anak kak ana :) Semoga membesar dengan baik dan berjaya dalam kehidupan. Seronok budak sekolah sekarang. Ada majlis graduasi. Kita dulu biasa2 je majlisnya. Hehe
ReplyDeleteterima kasih Siqah, Aamiin, In Shaa Allah
DeleteMeriah majlis nya. Goodluck untuk anak kak Ana untuk SPM nanti. Moga cemerlang dan ikut jejak kakak nya :)
ReplyDeleteterima kasih Nani, Aamiin In Shaa Allah
Delete