Malas sebenarnya nak menulis pasal isu-isu semasa ni, tak ke mana pun sudahnya..Tapi sebagai blogger di mana kita di ada ruang dan peluang untuk menulis, ana nyatakan juga lah kegusaran yang melanda masyarakat masa kini. Ana jenis yang tak simpan stok barang runcit di rumah berlebihan, sekadar keperluan sahaja. Maklumlah kedai runcit ada dua buah tak sampai 1 km dari kediaman. Pasaraya pun banyak di sekitar tempat tinggal. Aeon, NSK, Speedmart 99 semua dalam lingkungan 5 km dari rumah. Jadi tak la panik nak simpan barang dapur banyak-banyak.


Cuma beberapa minggu lepas, agak panik bila bekalan minyak masak hampir putus di rumah.Anak-anak ada ni kerap depa menggorang sosej, nugget, daging burger dan sebagainya bila lapar. Dah besar-besar pandai dah berdikari. Ana ke kedai runcit belakang rumah, dua kedai cari tak ada minyak masak, yang ada cap pisau 5 kg. Harga mahal sungguh, dua puluh ringgit lebih. Tak ingat sangat.


Suami balik kerja ana ajak ke NSK, pun sama.Hat peket tak ada cuma tinggal cap bunga matahari tu, lagi laa mahal dan semua pun botol sahaja. Bermakna minyak yang masih bersubsidi tiada dipasaran buat masa ini. Last-last ana ke Tesco, Alhamdulillah berlambak minyak masak Alif. Botol 5 kg berharga RM19.95 mampu beli lah juga pada marhein macam kami ni.

Jumaat lepas, ana ke NSK sekali lagi mencari barang dapur. Okay kali ni dah ada minyak masak peket 1 kg. Harga masih sama RM 2.50. Syukur Alhamdulillah. Cuma limit 2 peket seorang. Ana pun beli dua peket sahaja, nak buat apa banyak-banyak. Hat yang Alif tu pun ada lagi. Bagilah pada orang lain yang memerlukannya juga.

Apa yang kami harapkan, pihak berwajib pantaulah bekalan minyak masak ni. Jangan asyik memberi alasan disebabkan kes penyeludupan di sempadan. Buat lah penguatkuasaan untuk mempastikan kami marhein yang kian hari kian terbeban ni masih di beri keutamaan dari  mencari alasan. Ini satu keperluan hidup untuk makan, mereka yang berniaga mencari rezeki dan sebagainya. Hentikan lah alasan-alasan dan jawapan yang menyakitkan hati semata.