SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE


Dulu lagi ana dah menggunakan pelbagai rangkaian penjagaan wanita dari Syahirah ni, malah sehingga ke hari ini, ana masih menggunakan talkum dan losyen tangan dan badan Syahirah. Pertama sebab ianya mampu milik atau antara yang murah harganya di pasaran, sesuailah untuk bajet suri rumah macam ana ni kan. Keduanya sebab Syahirah ni antara produk yang diyakini Halal untuk kita wanita Muslimah membawanya ketika solat, jadi pastilah ia pilihan yang sesuai untuk wanita seperti ana kan. 

Namun baru-baru ini, ana diberi peluang untuk mencuba satu produk terkini dari Syahirah, iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne.Mesti anda semua dah tahu kan Cologne sesuatu yang elegen untuk digunakan melambangkan keperibadian yang unggul. Ye laa, jangan kata suri rumah ni tak perlu tampil elegen, walaupun hanya bergelar suri rumah, ana tetap menjaga keterampilan apabila berada dikhalayak umum. Biar sentiasa yakin dan selesa sentiasa. Barulah suami akan bangga bila berpimpinan tangan dengan kita di luar sana.






Sebenarnya ana jarang menggunakan Cologne , sebelum ni, ana hanya menggunakan perfume atau body mist dan juga deodoran sahaja sebagai wangian badan. Apabila pertama kali menyemburkan cologne dari Syahirah ni...ianya suatu pengalaman yang luar biasa. Serius!! Segar sangat aromanya.Bila ana pakai di malam hari, suami pun suka sangat dengan suasana dalam kamar tidur. Rasa lain katanya...ehem ehem... tak perlu cerita lagi kay...


SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE mempunyai haruman yang agak unik pada ana. Semburannya terasa fresh, soft dan mempunyai tarikan dalaman yang amat kuat. Ia seperti mencipta satu personaliti baru dalam diri ana. Dua variasi SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE yang ana gunakan ialah Haute Couture dan Glam Star .Okay, jom ana ceritakan secara detail empat pilihan variasi SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE ni. Orang kata benda yang baik ni tak boleh simpan sorang-sorang, biar semua wanita di luar sana mendapat manfaat yang bagus ni kan..:)



Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia. 




Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:




1. Haute Couture


Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.


2. Femme Chic 


Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.




3.Celebrite 


Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.






4.Glam Star 


Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.





Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa. 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

6 Comments

  1. Best kan bau diaa :D Wangi ajee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa nani, kak ana pun dah fall in love dengan cologne ni :)

      Delete
  2. wahhh walaupun nama saya syahirah, sy taktau pun syahirah dah keluarkan produk baru XD

    http://jarikontot.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk terbaharu dari syahirah ni Uwais ":)

      Delete