Jom Masak Mihun Sup Daging
Petang semalam keluarkan daging dari peti sejuk. Tanya kat Adik Ika, nak masak apa daging ni? Adik Ika suruh masak sup katanya. Jemu makan nasi malam nanti ibu buatlah mihun sup.Okay , good idea anak ibu ni. Ana ke kedai runcit belakang rumah tu beli lah mihun, perencah sup, daun sup, taugeh dan daun bawang. Balik rumah bermulalah xpdc memasak mihun sup kita.Macam laa susah sangat ye 😊😊
Resepi Mihun Sup Daging
Bahan-bahan yang ana gunakan untuk masak kuah sup daging:
Daging (potong kecil-kecil dan bersihkan)
Ubi Kentang (potong dadu )
Bahan tumisan :
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Rempah sup ( ana guna ADABI perencah sup)
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia ( ditumbuk)
Cara masak sup daging :
Tumiskan bunga lawang dan kayu manis.Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk.
Gaul serbuk rempah dengan sedikit air. Masukkan ke dalam bahan tumisan.
Masukkan daging dan renehkan seketika. Kemudian masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
Tambah air sedikit demi sedikit sehingga daging semakin empuk.Masukkan kentang dan tambah kan air mengikut keperluan kuah sup.
Apabila dah empuk daging dan kentang, barulah masukkan garam dan rasakan.Siap.
Untuk mihun, ana celurkan seketika selepas direndam mihun dalam sejam lebih kurang.Bahan-bahan penambah selera pula, ana taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan juga bawang goreng jika ada.Tambah enak di makan bersama sambal kicap cili api.
Cara buat sambal kicap cili api :
Cili api (mengikut citarasa masing-masing)
Bawang putih
Cuka
Kicap pekat
Garam
Gula
Tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat, masukkan kicap, cuka dan gaulkan garam dan gula.
Selamat masak memasak semua
14 Comments
wahhh , sedap pulak tgk gambar tu . hehe
ReplyDeleteSedap pada selera kami sekeluarga Zafirah :)
Deleteya.
ReplyDeletememang tak susah mana pun nak masak.
janji, kita nak belajar.
senang kan, kena cuba dulu baru tau kan UL :)
DeleteHujan hujan ni sedap hirup kuah panas2 dengan bihun... kagi suka kalo menu bersup
ReplyDeleteTu laa Wani, time hujan-hujan ni lapar memanjang :)
DeleteSedapnyaa kak Ana :D
ReplyDeleteSimple je Nani :)
DeleteSyoknya, petang-petang makan mihun sup.. ;)
ReplyDeletelawan lak dengan kopi O panas, wallaaa :)
DeleteHijau saja bihun sup tu...cantik nampak di gambar...
ReplyDeletehijau warna daun sup nya Fida :)
Deletesedapnya lahai......
ReplyDeletejom pekena mihun sup NH :)
Delete