Bas Hup Soon ni merupakan bas awam utama di sepanjang jalan Changkat Jong, Teluk Intan suatu masa dahulu sehinggalah ke hari ini. Jika dahulu bas ni dikenali sebagai 'town bus' di kalangan mak-mak. 'Town bus' membawa maksud bas yang digunakan untuk ke bandar Teluk Intan. Ini pengaruh dari perkataan yang digunakan di era kolonial British satu masa dahulu. Bas Hup Soon ni berulang-alik dari bandar atau kami panggil pekan Teluk Intan sehingga lah ke Batu 4, Ladang Selaba. 

Bas ini jugalah yang ana gunakan untuk ke sekolah rendah dan menengah untuk aktiviti diluar waktu persekolahan seperti latihan sukan dan ko-kurikulum sebelah petang atau hari Sabtu ketika tiada bas sekolah yang akan menghantar dan mengambil ana. Ketika itu tambang yang di kenakan cuma 50 sen.

Sekarang kalau tak silap ana, bas ini hanya mengambil dan menghantar penumpang dari pekan Teluk Intan sehingga ke Kampar dan Bidor sahaja. Sudah tiada lagi perkhidmatan 'town bus'. Ini bermakna sekiranya mereka yang ingin ke bandar Teluk Intan disekitar Jalan Changkat Jong, perlu menunggu trip perjalanannya sama ada dari Kampar atau Bidor.Lama tuu..Apapun pada ana, bas Hup Soon tetap lejen buat penduduk Teluk Intan kerana masih bertahan dari dulu hingga sekarang.