Dah masuk awal tahun 2017, bagi yang mempunyai anak-anak yang masih menuntut di bangku sekolah, telah pun bermula lembaran baru. Bermakna pasti ada anak-anak anda yang naik kelas, naik tingkatan dan lebih penting lagi, ada antaranya yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan awam. Sebagai ibu bapa pastilah kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Mengharapkan pencapaian yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya. 

Namun semua itu perlukan keperhatinan kita menjalankan tanggung jawab dan memikul amanah besar ini untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Untuk sistem pendidikan di tanahair kita, keputusan peperiksaan di setiap peringkat menjadi kayu ukur kejayaan anak-anak. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berwajib dengan matlamat memudahkan serta menambah baik sistem yang ada. Salah satu kaedah yang telah diperkenalkan sebagai rujukan ibubapa secara online ialah SAPS.




Apa itu SAPS


SAPS ialah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di mana kini tidak ada peluang dan ruang lagi anak-anak kita merahsiakan setiap keputusan peperiksaan mereka. Tidak seperti zaman era 1990-an dahulu teringat cerita kawan-kawan yang agak nakal menandatangani buku report atau report card sendiri kerana bimbang di marah ibu bapa kerana keputusan yang tidak begitu baik. Dalam kata lain, sekiranya GAGAL pandai-pandai lah kita menyorokkan buku laporan dari pengetahuan ibubapa.

Ibu bapa kini tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya  SAPS Ibu Bapa https://www.sapsibubapa.co/2016/10/saps-ibu-bapa-semak-keputusan.html , mereka boleh sahaja mengetahui keputusan penuh anak-anak dari seawal tahun 1 sehingga lah ke peringkat tingkatan 5. Semakan secara online ini boleh diekses oleh ibubapa secara terus dengan hanya memasukkan No Kad Pengenalan anak, nama sekolah dan pilihlah tahun atau peperiksaan yang telah pun dijalani oleh anak-anak anda. 




Ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dalam mempastikan kerjasama dan tindakan bersama dapat di lakukan oleh ibubapa dalam memantau tahap pencapaian pendidikan anak-anak dan tidak akan ada alasan lagi di mana ibubapa tidak diberitahu keputusan anak-anak mereka. Dalam dunia di hujung jari seperti masa kini, segala capaian lebih mudah dan tepat dibuat diatas talian.

Sebelum ini, tidak semua ibubapa dapat menghadirkan diri ke bilik darjah ketika Hari Terbuka Sekolah di adakan. Mungkin atas faktor desakan masa atau mungkin juga kerana tidak di maklumkan oleh anak tentang tarikh hari penyerahan buku laporan kerana bimbang dengan prestasi masing-masing. Namun kini, untuk  semak keputusan http://sapsibubapa.co/ bukan lagi satu masalah buat semua ibubapa diluar sana.

Seperti yang ana maklumkan sebelum ini, sistem SAPS ini juga dikenali sebagai https://www.sapsibubapa.co/2016/10/saps-nkra-semakan-ibu-bapa.html, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan tanahair.





Bagaimana caranya untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak melalui SAPS ni? Mudah sahaja caranya. Untuk memeriksa secara online klik sahaja pada link ini  --> https://www.sapsibubapa.co/2016/10/saps-ibu-bapa-semak-keputusan.html - Semak Keputusan Peperiksaan.Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Kemudian ikuti sahaja arahan demi arahan yang diberikan seperti memasukkan no kad pengenalan anak, tahun peperiksaan , nama sekolah dan sebagainya. Seketika kemudian, kita akan dapat melihat paparan keputusan peperiksaan anak yang di kehendaki.


Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang ana cadangkan, insyaAllah ia memudahkan kerja kita lagi In Shaa Allah.

Saps https://government.my/sapsibubapa/ boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5 di setiap peringkat peperiksaan seperti ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahu, peperiksaan percubaan atau pun peperiksaan akhir tahun.

Mudah bukan, dengan adanya sistem yang membolehkan kita memantau setiap pencapaian anak-anak kita dari peringkat awal lagi.Dengan ini, kita dapat mengambil beberapa tindakan pro aktif untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak kita. Contohnya mengambil inisiatif seperti menghantar ke kelas bimbingan tusyen dan sebagainya agar dapat memperbaiki keputusan di masa hadapan. Pastikan kita sebagai ibu bapa peka dan prihatin dengan sistem-sistem seperti  SAPS https://www.malaysiastream.com/2016/12/saps-ibu-bapa.html ini.

2 Comments