Jumaat yang lepas, suami ana menghabiskan cuti tahunannya. Lepas solat Jumaat, mulanya kami bercadang untuk menaiki MRT di stesen Sungai Buluh yang masih dalam tempoh percubaan percuma tu. Bila sampai di sana rupanya tempat parkir mereka beroperasi secara cashless iaitu Touch n Go sepenuhnya. Kebetulan TnG suami tak sempat nak top-up dan kesemua mesin TnG di situ pula offline. Last-last kami tangguhkan dahulu laa dan fikir punya fikir kami ke Kuala Selangor nak mencuba naik ke Bukit Malawati.

Ini kerana pada hari-hari biasa sahaja kenderaan sendiri boleh dipandu naik ke puncak bukit. Pada hari cuti umum dan hujung minggu, jika hendak naik ke atas kena menaiki trem dan bayaran dikenakan.Untuk merasa sendiri pengalaman dan melihat apa yang terkini dan apa yang menarik di Bukit Malawati, Kuala Selangor ni bersama anak-anak, kami sampai juga ke puncak dan menyaksikan panorama dan lanskap yang tidak kurang menariknya disini. Alhamdulillah.


Apa yang menarik di Bukit Malawati, Kuala Selangor


Bukit Malawati ni merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung. Lebih tepat lokasi ini sebagai salah satu tempat-tempat bersejarah yang kaya dengan mitos dan kisah lagenda silam. Disini terdapat pelbagai tinggalan sejarah Raja-raja pemerintah Selangor zaman dahulu. Tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat dan info yang tepat sejarah Bukit Malawati ni ialah di Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.




Muzium ini terletak bersebelahan Rumah Api di atas puncak Bukit Malawati. Ianya dibuka secara percuma untuk pelawat. Banyak info dan kisah-kisah sejarah di setiap daerah di Negeri Selangor boleh didapati disini di samping cerita-cerita legenda seperti misteri Telaga Beracun dan Batu Hampar yang ada di atas bukit ini turut dipamerkan di galeri muzium.




Sesuatu yang lupa untuk ana cerita di awal-awal lagi ketika sampai di sini ialah kalau sampai sahaja di atas Bukit Malawati ini, pertama yang akan kita jumpa ialah puluhan atau ratusan ekor monyet-monyet yang berkeliaran. Serius , ana agak takut juga dengan kehadiran mereka ini kerana menurut pegawai di Muzium ni, ada kalanya monyet-monyet ini bertindak ganas juga. Ada beberapa ekor ana lihat sedang memanjat belakang pengunjung yang datang. Cuak juga la kan mana tahu tiba-tiba ia bertindak ganas.



Cuma apabila monyet-monyet ni datang berhampiran kita, buat tak peduli sahaja dan jangan pula terjerit-jerit takut monyet tu terkejut akan menerkam kita semula kan.. 😊😊 Terdapat juga beberapa orang menjual makanan untuk diberi kepada monyet-monyet.




Tarikan utama atau mercu tanda dipuncak Bukit Malawati ialah Rumah Api. Dari jauh lagi kita dah dapat melihat Rumah Api dan memang cantik sekali untuk mereka yang meminati fotografi lanskap pemandangan di sekitar Rumah Api.




Selain Rumah Api, meriam memang banyak di sekitar kawasan puncak bukit. Udara pun agak dingin dan berangin. Boleh dikatakan seronok juga melihat keindahan alam dan tinggalan sejarah disini. Antara yang boleh dilawati disini seperti Batu Hampar, Telaga Beracun, Makam Diraja dan lanskap dengan meriam yang menghala ke kuala sungai Selangor. 












Menarikkan.. kalau kebetulan korang berada di sekitar Kuala Selangor bolehlah singgah makan angin ke puncak bukit ni. Satu pemandangan dengan panorama yang sangat cantik untuk dilihat sambil mempelajari sejarah silam setempat. 



6 Comments

  1. Menarik ni kak ana...menjadi salah satu tarikkan pelancong juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC, salah satu daya tarikan menarik di Kuala Selangor ni

      Delete
  2. syoknya.. hari tu tengok RI singgah.. ni Kak Ana pulak

    ReplyDelete
  3. Kakcik selalu juga lalu jalan Kuala Selangor, tapi jarang naik ke Bukit Malawati ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Kak cik, ana pun selalu lalu lalang tapi kali ni memang nak naik ke puncak bukit :)

      Delete