Apa Nak Buat Bila Handphone Masuk Air
Credit photo Google Image |
Masuk tandas, baru nak buka zip...plupppp!!! Handphone kedebuk masuk dalam mangkuk tandas. Huwaaaa!!! 😱😱😱 Habislaa.. menangis nak beli baru, bajet ciput, handphone masih elok je sebelum ni. Apa nak buat sekarang, jangan panik... Ana nak kongsikan dengan korang apa yang korang perlu buat jika handphone masuk air, sebab ini lah yang terjadi kat Adik Ika beberapa hari yang lepas.
Apa nak buat apabila handphone masuk air
Menurut Adik Ika, handphonenya terjatuh ke dalam mangkuk tandas apabila ia mengelunsur dari dalam poket jeans. Nasib juga lah tandas belum digunakan 😏😏 . Bila sempat mengambilnya keluar, phone tersebut telah off dengan sendiri.Panik dah budak ni. Bawa keluar tandas, Adik Ika buka dan cabutkan bateri phone. Kemudian keluarkan semua sim kad, memori kad dan keringkan dengan tisu. Letak dalam kereta dan bawa balik ke rumah.
Sampai di rumah, JANGAN ON kan lagi phone yang belum kering sepenuhnya. Biarkan semalaman sekurang-kurangnya. Dan hanya apabila kita dah pastikan betul-betul kering baru lah pasang bateri dan cuba ON kan semula. Alhamdulillah, handphone Adik Ika masih boleh digunakan. Legaaa..Jimat duit ibu ayah 😊😊.
Ana juga ada terbaca dari entri rakan blogger yang salah satu cara untuk mengeringkan phone ialah dengan meletakkannya ke dalam tong atau bekas beras juga. Boleh lah cuba kay, mana tahu berkesan. Yang PENTING!!! JANGAN TERUS ON kan phone dan pastikan kering terlebih dahulu. Banyak juga tips-tips dan panduan dari carian enjin bagaimana mengatasi masalah apabila Phone masuk atau terjatuh ke dalam air. All the best 😃😃
14 Comments
Alhamdulillah hp Adik Ika boleh guna lagi...syukur...
ReplyDeleteterima kasih kak kongsi tips..
Alhamdulillah PC, jimat jugala kan.,semoga bermanfaat buat semua
Deletebetul-betul..buka setakat fon jer boleh apply cara ni, laptop pun..nanti dayah buat entri laptop dayah masuk longkang sebab dayah accident dan macam mana dayah boleh guna laptop yang sama sampai sekarang =)
ReplyDeletealhamdulillah Dayah, berkesan juga untuk laptop Dayah kaedahnya ye.
DeleteTips yang berguna. Terima kasih. Anak anty pun hp pernah masuk mesin basuh
ReplyDeletehaah Ogy, selalu gak terjadi hp masuk mesin basuh ni :)
DeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D
ReplyDeleteterima kasih GV :)
Deleteada baca kering dalam beras
ReplyDeletetu la Nad, anak kak ana masukkan juga dalam tong beras bagi kering :)
DeletePernah buat keringkan dalam beras dan alhamdulillah boleh guna semula.
ReplyDeleteAlhamdulillah, menjadi kan cara ni Mrs A
DeleteTeringat masa awal kahwin, masa tu belum jadi smartphone lagi, phone biasa... jenis clamp. Ala flip untuk buka tu.
ReplyDelete..
Phone CHina tapi mahal gak la.
..
Wife tak keluarkan dari seluar. Terus masuk mesin basuh. Uhhh .. terus saya kebumikan .. haha.
..
Dah baca ni tak? Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Haha bersemadilah ia dengan aman kan HH :)
Delete