Lama sungguh dah tak masak gulai lemak nangka muda. Ana ni semput juga kadang-kadang kalau silap makan boleh jadi macam-macam. Faktor usia dah tu. Syukur jua atas apa yang telah dikurniakanNya sepanjang usia ini. Tiada satu pun nikmatNya yang dapat didustai. Subhanaallah..Jangan banyak merungut..

Suami minta nak makan gulai lemak nangka muda. Ana beli lah dua peket di pasaraya. Sepeket cuma RM1.50 tiga jurai, memadai dah dapat seperiuk kecil juga. Ana teringat petua mak, kalau masak gulai nangka dan petua nak elakkan angin katanya, masukkan lada hitam dalam gulai. Ini lah yang ana lakukan. Jom..ana kongsikan petua masak gulai lemak nangka muda mengelakkan angin dalam badan selepas memakannya. Tak salah mencuba kan..




Caranya tak susah mana pun, sama kaedah masak gulai lemak biasa. Ana gunakan ikan bilis, bawang merah,cili api dan lada hitam dalam sesudu kecil tumbuk lumat di dalam lesung batu.Nangka muda yang telah dibersihkan, ana celurkan sehingga empuk terlebih dahulu. Kemudian buang airnya dan masukkan semula ke dalam periuk bersama bahan yang ditumbuk tadi.Masukkan santan pekat dan kacau di atas api perlahan sehingga masak kuahnya. Rasakan dengan garam..dah siap matikan api. Pastikan kacau selalu kay, agar tidak pecah minyak nanti .

Alhamdulillah, tengahari tu ana makan bersama keluarga sehingga keesokkan paginya tidak semput pula. Rezeki dapat makan gulai lemak nangka muda tanpa semput. Berkesan juga petua mak ni.. terima kasih mak dan ana kongsikan semula disini, mungkin boleh bermanfaat buat insan lain dengan berkongsi kebaikan..In Shaa Allah.

4 Comments