Ana  kurang sikit minat makan sotong ni, tapi kadang-kadang tu buntu juga memikirkan menu harian untuk anak-anak. Ikan pun balik-balik ulang ikan yang sama. Tapi syukurlah dengan segala rezeki yang ada untuk kita nikmati setiap hari. 

Baru-baru ni ana beli sotong, boleh  tahan gak lah harganya sekilo. Nak buat macam mana, nak tak nak kena beli untuk keperluan hidup. Sebagai langkah berjimat cermat, selalunya ana ambil dalam jumlah yang cukup-cukup untuk makan kami empat beranak. Maksud ana masak untuk sekali makan, In shaa Allah. Lagipun selalunya kami makan nasi campur ni tengahari sahaja, malam jarang makan nasi dah. Ermm...sebagai suri rumah kenalah bijak juga membajet kewangan keluarga kan. Maklumlah menteri kewangan rumahtangga la kata kan..




Fikir punya fikir tentang menu dari sotong ni, akhirnya ana masakkan sotong masak merah. Ni kira resepi hentam keromo je ni, janji sedap dan mengenyangkan, Alhamdulillah. Ana shared kannya di Page Anajingga dot com dan ping di beberapa group resepi, berpuluh juga orang share semula. Semoga bermanfaat buat semua yang senasib macam ana,buntu mencari idea memasak harian. Kali ini, ana kongsikan pula di blog picisan mungkin juga boleh membawa kebaikan, In Shaa Allah.

Sotong Masak Merah 

Bahan:

Sotong
Kentang 
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Sos tiram
Sos cili
Garam


Cara-cara:
Kentang - slice dan goreng seketika.
Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan cili api.
Masukkan sos tiram dan sos cili.
Masukkan sotong dan kentang.
Jangan tambah air sebab sotong tu akan mengeluarkan air nanti.
Biar mendidih ,masukkan garam dan siap untuk satu menu ringkas.

Selamat Mencuba puan-puan 🍛🍜🍝🍚

2 Comments