Kiriman wang menerusi Pejabat Pos ni memang antara servis yang disediakan oleh Pos Malaysia berpuluh tahun lagi. Masih kekal di ingatan, ketika ana mula-mula melangkah kaki ke Kuala Lumpur dan mula ke alam pekerjaan, ana akan mengirimkan Wang Pos kepada mak di kampung setiap bulan. Ye laa, ketika itu belum ada lagi internet banking atau bank transfer. Jadinya, ana akan ke Pejabat Pos, ketika itu ana akan ke Pejabat Pos di Bangunan Daya Bumi. Membeli Wang Pos ikut nilai wang yang nak dikirimkan kepada mak, dan masukkannya ke dalam sampul surat berdaftar dan pos kannya.




Semalam ana menemani Kak Long ke Pejabat Pos untuk menghantar borang mendapatkan transkrip tamat pengajiannya dari UiTM Shah Alam. Antara proses yang perlu dilakukannya ialah, memuat turun atau download borang permohonan dari portal rasmi UiTM, kemudian dilengkapkan sertakan Wang Pos atas nama Bendahari UiTM,poskan bersama ke alamat yang disertakan.

Kali ini ana nak kongsikan kepada semua bagaimana cara membeli wang pos di mana-mana Pejabat Pos. Mula-mula korang kena ambil no la kan..haha. Bila giliran korang sampai, minta pada kerani bertugas tu borang Wang Pos. Isikan butiran lengkap yang diminta kemudian kembalikan ke kaunter. Wang Pos akan dicetak mengikut jumlah yang diperlukan. Untuk pembayaran transkrip UiTM ni, bayaran Wang Pos cuma RM10 sahaja. 

Bayarannya ana tak berapa ingat sebab ana bayarkan sekali dengan sampul surat Pos Ekspress. Ada caj komisen juga dikenakan termasuk GST kalau tak salah laa.Pastikan korang mengisi butiran Bayar Kepada tu mengikut nama penuh kerana ia akan disemak apabila mereka menunaikannya nanti. Dibahagian belakang tu pula jangan lupa isikan butiran pengirim kay.

6 Comments

  1. Dah lama betul tak beli wang pos ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Kak cik , ana pun sampai dah lupa cara nak membelinya.. terimbau kisah sekitar 1990-an dahulu ketika menggunakannya utk kiraman wang ketika itu :)

      Delete
  2. wang pos tak pernah guna...tapi guna kiriman wang melalui bank...lupa dipanggil apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah moden dah tu aRZ , zaman kak ana dahulu inilah caranya nak kirim wang kepada mak di kampung hihi :)

      Delete
  3. wajib poskan kee kalau nak bawa balik kepingan tu boleh ka sebab lecturer nak bukti kepingan wang pos mcm gmbr kt atas, katanya nanti pos mengepos tu dia buat.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau urusan by hand tak perlu pos rasanya, hantar sahaja ke kaunter cuba tanya pegawai bertugas ye :)

      Delete