Dah lama benar bertangguh nak ziarah Along,kakak angkat kesayangan ana ni. Persahabatan ana dengan Kak Long Aisyah atau lebih mesra dengan panggilan Along dah lama terjalin. Dari ana mula melangkah kaki bekerja di Putra, pernah terputus hubungan seketika dan Alhamdulillah terjalin semula hingga ke hari ini. Terputus hubungan tu bukan sebab gaduh tau, sebab Along berhijrah ke JB kemudian hilang contact nombor, sehingga lah Along kembali ke KL ni dipertemukanNya kami semula menjalin ukhuwah silatur-rahim. Sayang Along ai tau.

Ahad lepas, ana sekeluarga bertandang ke rumah Along.Ermm..korang tau tak, Along ni pandai masak, selama ni hari-hari duk tengok Along update kat FB menu hariannya. Hari tu rezeki ana sekeluarga menikmati air tangan Along. Petang tu Along sajikan kami pelbagai menu dan yang paling awesome ialah Mihun Goreng Siam katanya. Special tau sebab Mihun Goreng ni berkuah. 





Istimewa sebab inilah kali pertama ana merasa menu mihun goreng Siam dengan kuah nya ni. Along kata, mihun goreng tu sama jer macam mihun goreng biasa tapi meriah ko, dengan udang tergolek-golek dalam mihunnya hihi, yang special kuahnya tu, di masak dengan taucu dan rasanya pedas-pedas sikit. Ana okay je dengan pedas ni, memang kena dengan selera. Nanti ana dapatkan resepi sekali lagi dari Along, sebab hari tu memang dah ambil resepi tapi biasa lah belajar sambil borak kan, banyak beno yang diborak last-last lupa terus bab resepi tu. Nanti nak suruh Along whatsapp, ana try masak dan shared dengan korang kuahnya yang sedap bangat tu, In Shaa Allah.




Selain mihun goreng, Along sediakan juga cengkodok pisang tanduk dari kampung halamannya. Adoi sedap, ranggup sangat, manis lak tu...pandai sungguh kakak ana masak cengkodok, elok je cantik gebu geban rupa parasnya. Nak kena belajar petua gak lah dengan Along. 




Hat ni pula kacang pol, first time juga ana makan..adoi terima kasih laa Along, macam-macam ana dapat rezeki menikmati pelbagai makanan dari air tangan Along ni. Alhamdulillah. Selama ni selalu tengok je kat Facebook bagai orang share, ni laa dapat rasa dengan lidah sendiri.Sedap juga, ada pelbagai jenis kacang, daging dan rasa rempah sikit.




Huhu ni pula buah-buahan sebagai pencuci mulut. Buah kundang tu memang besar dan manis sangat. Mahal gak laa, Abang Long kata sekilo RM50 buah Kundang ni. Ermm kira first gred laa kan. Apapun terima kasih kat Along sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga petang tu. Semoga Along sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.Aamiin. Love you Along..



11 Comments

  1. banyak betul benda..hahahaha...sedapnya semua...kalau Sally goreng bihun Singapore selalunya warna putih je kak AJ..first time nmpk berkuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. betoi2.. ni memang ori dari Singapore ea kak Ana ?? heee

      Delete
    2. Dah edit Sally, Zaff bila kakak angkat kak ana baca dia kata dia tersilap, rupanya mihun goreng Siam..salah negara haha :)

      Delete
  2. wa, memang nampak menariklah emua

    ReplyDelete
  3. Belum pernah makan lagi mee siam style berkuah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Kak Mala, ana pun pertama kali merasanya, sedap ada rasa taucu dan pedas sikit pada kuahnya :)

      Delete
  4. Replies
    1. Rasa mihun goreng tu sama je Mar, cuma kuah tu yang buat special sikit :)

      Delete