Dalam entri ana yang lepas-lepas duk bercerita tentang percutian keluarga ana ke Melaka baru-baru ni, pertama kali ke Masjid Selat, dan pertama kali juga kami ke Melaka Premium Outlet atau nama rasminya Freeport A' Farmosa Outlet. Melaka ni terlalu banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, jadi setiap kali kembali ke Melaka, ada sahaja tempat terkini yang akan di kunjungi. Sedikit tips untuk bercuti ni, rajin-rajin lah Google perkongsian dari blogger-blogger Malaysia yang tak pernah lokek berkongsi pengalaman mereka, Alhamdulillah.

Untuk ke MPO dari Bandar Melaka, kami menggunakan khidmat Waze sahaja, jauh juga lah dari bandar Melaka kerana MPO ni lokasinya terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah. Senang cerita korang cari je A'Farmosa Themes Park tu sebab ianya berada di lokasi yang sama berhampiran sahaja.Jom ana nak kongsikan dengan korang apa yang menarik di MPO ni..




Melaka Premium Outlet

Apabila kita masuk sahaja ke MPO ni yang paling menarik perhatian pastilah senibina kompleks ni. Memang cantik dan pastinya di kelilingi outlet dari pelbagai jenama antarabangsa yang terkenal. Sebut sahaja brand apa, kebanyakkannya ada terdapat disini. Dari Nike, Adidas, Victoria Secret, Sembonia, Carlo Rino, Zang Toi dan banyak lagi lah. Semuanya menawarkan tawaran harga promosi yang hebat-hebat. 




Tuu diaa.. Sembonia.. ermm sempat juga lah suami belanja sebuah handbag kat sini hari tu, rezeki jangan di tolakkan.. dapat beli dengan harga sales, potongan 50 %. Not bad.. Dapatlah buah tangan dari sini kan...  




Bab parkir kereta korang tak perlu risau sebab parkir adalah percuma dan  memang banyak sungguh ruang parkir  di luar kompleks ni. Cuma ia terbuka maknanya tak berbumbung sahaja. Tempat makan pun ada kat sini, surau juga selesa dan besar juga. 




 Tarikan paling utama di tengah-tengah kompleks ni pastinya sebuah kincir angin ala-ala Belanda yang tersergam ni.Korang boleh je masuk dan naik ke tingkat atas kincir ni. Cantik sangat dan jadi port wajib bergambar kalau ke sini.




So kalau korang memang plan nak singgah sini, semoga perkongsian ana di sini dapat memberikan serba sedikit gambaran situasi di MPO atau Melaka Premium Outlet ni. Cuma kalau korang dari KL nak ke sini,keluar di exit Alor Gajah/Simpang Ampat tu sahaja, mudah nak cari lokasinya ikut sahaja papan tanda A'Farmosa tu, In Shaa Allah sampai la nanti.

18 Comments

  1. selalu balik melaka,tapi tak pernah pulak ke sana...


    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang macam tu kan, kalau dekat memang tak pergi dah tempat tu :)

      Delete
  2. Belum berkesempatan lagi untuk pergi ke Melaka Premium Outlet. InsyaAllah, akan pergi kalau ada masa dan peluang. Thank you for sharing Kak Ana! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh lah singgah Pojie sambil ronda2 melaka :)

      Delete
  3. belum sempat lagi ke MPO. harap bolehlah pi nanti

    ReplyDelete
  4. Wah menarik nie, nanti kalau Sue ke sana lagi boleh lah singgah..

    ReplyDelete
  5. Hmm .. kalau Melaka tu dekat, memang saya pergi. Saya pernah pegi yang kat airport KLIA tu ... masa awal2 dibuka. Masa tu tak banyak kedai lagi .. tapi memang menarik la kalau nak shopping barangan berjenama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mitsui tu kan HH, hat tu kak ana tak pernah sampai lagi, tapi lebih kurang laa dengan MPO ni :)

      Delete
  6. Tak pernah sampai lagi sini. Heheh. Next time boleh lah pulak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay nani masukkan dalam list nanti kay :)

      Delete
  7. MPO ini walaupun tersangatlah dekat dengan kampung Mrs. A tapi tak pernah pergi lagiks!

    Asyiklah tergendala planning nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi dekat lagi la tak pergi kan Mrs A :)

      Delete
  8. aida pernah g skali tau.
    tapi x lama. gi dgn mak, anak2 dan adik-beradik.
    singgah jap, before ke rumah makcik, kenduri.
    gi da la kejap, izzat buat pe'el plak, merengek.
    mak aida terus ajak ke rumah makcik. so x dpt explore FAO ni.
    umah nenek aida lebih kurang 10 minit dari FAO ni, kak.
    tu la sebab musabab tak gi sini lagi :) ha ha ha... dekat sgt kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaha biasanya camtu la aida, lagi dekat lagi laa tak ambil port nak pergi kan :)

      Delete