Perghh!! Tajuk kan main ko ana..hihi.. Kisah bubur jagung ajer punn..Bubur jagung ni memanglah feveret ana. Jangan kata bubur jagung, segala yang berkaitan dengan jagung semua ana suka. Jagung rebus, jagung bakar, puding jagung, apam jagung semua suka, kecuali popcorn je ana kurang minat, jagung juga kan..





Kisahnya macam ni, ana beli tiga ketul jagung cadangnya nak buat cucur jagung resepi dari kawan sekolah ana, Suzana. Sue post kat group whatsapp sekolah menu cucuq jagung dia nampak mengancam sangat. Ana pun minta lah resepi kengkonon nak try buat la. Semangat dah beli jagung. Bawa balik rumah, suami tanya nak masak apa jagung tu? 

Ana bagitau nak buat cucur, ermmmm... suami pula dengan muka sedih cakap dah lama tak makan bubur jagung.. Adoi, maka petang tu menu pun bertukar dari cucur jagung maka terhasillah bubur jagung.

Selalu ana masak bubur jagung, ana akan tambah satu tin jagung manis dalam tin tu, untuk menambah kepekatannya. Tapi ni kira bubur jagung emergency maka yang ada hanya lah isi jagung sahaja. Masaklah dalam santan pekat dan masukkan gula secukup rasa. Buh juga secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak dan jangan lupa masukkan daun pandan untuk aroma tradisionalnya. Maka siaplah bubur jagung untuk si dia ...laaa sangatttt :)

8 Comments

  1. assalamualaikum ana, aduh lama nya kaknoor tak makan bubur jagung ni macam tingin saja lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam KakNoor, adoi kalau kak noor masak lagi laa pasti sedap :)

      Delete
  2. assalamualaikum ana...wah !! sedap ni...menu buat minum ptg...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, sedap kan minum petang dengan bubur jagung ni :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Ana, feveret Kak Sue juga bubur jagung nie 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sue, ana ni segala neka menu jagung pun suka hihi :)

      Delete