Nak Makan Apa di Orchid Bistro, Aeon Anggun ?
Dah lama dah kisah ni sebenarnya, cuma hari ni baru dapat di terbitkan.. Terlepas pandang ler tueww kengkononnya. Kisah kami pi lepak makan di Orkid Bistro, Aeon Anggun, bersama sepupu-sepapat ana untuk celebrate kejayaan Adik Ika dan Nasrin anak buah ana (anak sepupu ana Intan ). Alhamdulillah, Adik Ika beroleh kejayaan 8 A dan Nasrin pula mencapai 6 A dalam SPM 2016 mereka. Berkat doa kedua ibu bapa dan atas usaha gigih anak-anak solehah kami.
Ana dan Intan ni bukan setakad sepupu tapi lebih dari itu.Kami ni kawan baik dari kecil, satu sekolah dari sekolah rendah, sampai lah ke sekolah menengah.Kemudian sama-sama berhijrah ke Kuala Lumpur hinggalah masing-masing berumah tangga baru lah ikut haluan masing-masing. Namun rezeki juga untuk tidak berjauhan kerana kami kini tinggal pun tak lah jauh antara satu sama lain. Bestnya....sayang ko Intan Payung ku..
Tengahari tu, Intan whatsapp kat group Piknikjom ,group kazen-kazen kami ler tu untuk date di Aeon Anggun. Ana pun laju je ajak Adik Ika bergegas ke Aeon..sampai je kami ronda sambil menemankan sepupu yang seorang lagi Eja shopping kasut. So, tengahari tu ana,Intan, Eja, Nasrin, Adik Ika dan juga si kecil Aisyah. So ladies day out laa tuu..
Selesai membeli belah, Eja mengajak kami makan tengahari, nak celebrate budak-budak SPM katanya. Ana dengan Adik Ika memang dah late breakfast sebelum ke sini jadi agak kenyang lagi laa, tapi Eja nak juga belanja kami berdua, ikutkan juga. Kami ke cafe Orchid Bistro di Aeon Anggun ni. Dan jom ana kongsikan dengan korang apa yang kami makan di Orchid Bistro. Manalah tahu kan, kut-kut korang nak try menu-menu disini suatu hari nanti dapatlah serba sedikit review ikhlas dari www.anajingga.com :)
Seperti yang ana ceritakan awal tadi, perut ni masih kekenyangan jadi tengahari tu ana pesan semangkuk mee kari sebagai menu pilihan. Okay jujurnya , mee kari disini kurang kena dengan selera ana. Agak cair kuah dia dan tak banyak isi dalam menu mee kari ni berbanding harganya. Namun selera kita berlainan citarasa, ia hanya dari pandangan peribadi ana sahaja kay..may be orang lain okay dengan menu mee kari ni..
Air sirap laici ni memang best, menyegarkan tekak ana tengahari tu..Tapi ye laa.bila order air macam ni makan kat luar mesti anak-anak akan cakap, alaa air ni kat rumah pun boleh buat ibu ...tapi air ni lebih ekonomi kalau nak bandingkan dengan jus buah-buahan segar kan..
Adik Ika nak try menu Grill Chicken Chop kat sini pula, Cik Eja nya pula tambah kan mushroom soup. Kami pakat rasa sikit-sikit dari menu-menu yang di order ni..dapatlah nak rasa dari menu yang berlainan kan.. Grill Chicken Chop dia , okay not bad kata orang putih. Brown Gravy Sauce dia pun sedap. Begitu juga dengan mushroom soup, kira okay pada selera ana dan Adik Ika.Harga Grill Chicken Chop ni RM 12.98 kalau tak salah sebab ana rujuk pada Google Image masa makan tu tak teringat pula nak catat atau snap gambar menunya.Mungkin ada perubahan harga, ana tak pasti.
Menu ni pilihan Nasrin rasanya...apa nama menu seriuos ana tak ingat la pulak. Tapi rasanya macam Chinese Style sebab di Orchid Bistro ni sajian menu dia memang pelbagai pilihan.
Air Honey Lemon dia memang heaven sangat. Ana suka..air ni Adik Ika yang order. Sempat la teguk sikit nak rasakan..baru lah boleh gelar diri ana sebagai food hunter, semua benda nak cuba :)
Okaylah lain-lain menu berikutnya memang sedap dan mengenyangkan kerana dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak untuk keperluan menu kami kaum ibu dan anak-anak ni. Sampai Intan boleh kongsi dengan si kecil Aisyah untuk menu nasi goreng. Budak Aisyah makan sikit jer pun..
Kalau ikut menu yang ana google nasi goreng ni nama dia Spicy Sambal Fried Rice. Disertakan dua ekor udang goreng salut tepung dan telur mata serta keropok.
Dan menu nasi ni ialah Black Pepper Chicken With Rice, pun disertakan telur mata dan keropok. Nampak pun sodapp kan.
Secara amnya, menu-menu di Orchid Bistro ni tidak mengecewakan. Menu nya juga ada pelbagai pilihan seperti Chinese Style, Mamak Style, Menu Melayu dan juga Western. Pendek kata tepuk dada tanya selera check dompet juga laa.. Tengahari tu Eja belanja kami sekitar RM90 lebih. Alhamdulillah..semoga Eja terus dimurahkan rezeki melimpah ruah sepanjang masa, Aamiin..terima kasih Cik Eja yang comel.
4 Comments
wow bestnyaaaaaaa
ReplyDeletebest makan free kazen belanja kan NH hihi :)
DeleteSemua nampak sedap ni kak Ana :)
ReplyDeletehihi sedap juga la Nani :)
Delete